
๐ฒ๐พ LOSIAL, QATAR, 10 NOVEMBER 2026 โ Hakim Danish, mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Qatar di kedudukan ketujuh selepas mengharungi perlumbaan sengit di Litar Antarabangsa Lusail.
Mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Hakim Danish menunjukkan prestasi kompetitif sepanjang hujung minggu perlumbaan. Beliau memulakan aksi dengan menduduki tempat kelima dalam sesi Latihan Bebas 1 (FP1), sebelum mengesahkan kemaraan automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) selepas mencatat kedudukan keempat dalam sesi Practice. Pelumba negara itu kemudiannya berjaya mengunci petak ketujuh untuk perlumbaan.
Bagaimanapun, permulaan perlumbaan yang kurang sempurna menyaksikan Hakim Danish kehilangan beberapa kedudukan dan berada di tempat ke-13 pada peringkat awal.
Tidak berputus asa, beliau segera memperbaiki rentak tunggangan dan mula memintas beberapa pelumba bagi kembali bersaing dalam kelompok hadapan.
Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Hakim Danish berjaya menembusi kelompok empat terbaik pada dua pusingan terakhir, sekali gus memberikan saingan sengit kepada Joel Kelso (GRYD Racing), Veda Pratama (Honda Team Asia) dan Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo).
Namun, sedikit kesilapan di pusingan terakhir apabila beliau diasak oleh Alvaro Carpe menjejaskan peluangnya untuk memperoleh kedudukan lebih baik sebelum melintasi garisan penamat di tempat ketujuh.
Perlumbaan GP Qatar menyaksikan David Almansa daripada pasukan Dynavolt Intact muncul juara, diikuti Adrian Fernandez (Leopard Racing) di tempat kedua, manakala juara dunia musim ini, Maximo Quiles, melengkapkan podium di tempat ketiga.
Keputusan tersebut menyumbang sembilan mata berharga buat Hakim Danish, menjadikan keseluruhan kutipan musim ini sebanyak 125 mata dan mengekalkan kedudukannya dalam kelompok lapan pelumba terbaik Kejuaraan Dunia Moto3.
ZK Racing menyifatkan keputusan di Qatar sebagai satu lagi perkembangan positif dalam perjalanan musim rookie Hakim Danish di pentas Kejuaraan Dunia Moto3. Pencapaian ini membuktikan peningkatan dari segi kelajuan, keyakinan serta keupayaannya untuk bersaing secara kompetitif dengan kelompok hadapan.
Dengan hanya dua pusingan berbaki di Portugal dan Valencia, ZK Racing berharap Hakim Danish dapat mengekalkan momentum positif ini dan terus memberikan aksi terbaik dalam usaha menamatkan musim pertamanya di Kejuaraan Dunia Moto3 dengan keputusan yang membanggakan.
๐ฌ๐ง Lusail, Qatar | 09 November 2026 โ Hakim Danish demonstrated tremendous fighting spirit to secure a seventh-place finish in the Qatar Grand Prix (GP) following a highly competitive race at the Lusail International Circuit.
Riding for the AEON Credit-MT Helmets-MSi team, Hakim Danish showed strong pace throughout the race weekend. He began by finishing fifth in Free Practice 1 (FP1), before securing automatic qualification for Qualifying 2 (Q2) with fourth place in the Practice session. The Malaysian rider subsequently secured seventh on the starting grid.
However, a difficult start saw Hakim Danish lose several positions, dropping to 13th place during the early stages of the race.
Refusing to give up, he quickly worked to improve his pace and began overtaking several riders to fight his way back towards the front group.
His efforts paid off as Hakim Danish broke into the top four with just two laps remaining, engaging in a close battle with Joel Kelso (GRYD Racing), Veda Pratama (Honda Team Asia) and Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo).
However, a slight mistake on the final lap, while coming under pressure from Alvaro Carpe, compromised his chances of securing a higher finishing position, and he eventually crossed the finish line in seventh place.
David Almansa of Dynavolt Intact claimed victory in the Qatar GP, followed by Adrian Fernandez (Leopard Racing) in second, while this season’s World Champion, Maximo Quiles, completed the podium in third.
The result earned Hakim Danish nine valuable championship points, bringing his season tally to 125 points and maintaining his position among the top eight riders in the Moto3 World Championship standings.
ZK Racing regards the Qatar result as another positive step forward in Hakim Danish’s rookie season in the Moto3 World Championship. His performance reflects continued progress in terms of pace, confidence and his ability to compete at the front of the field.
With only two rounds remaining in Portugal and Valencia, ZK Racing hopes Hakim Danish can maintain this positive momentum and continue delivering strong performances as he looks to conclude his debut Moto3 World Championship season on a high note.

๐ฒ๐พ โSecara keseluruhan, saya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh. Permulaan saya agak perlahan sehingga kehilangan beberapa kedudukan dan turun ke tempat ke-13 pada peringkat awal perlumbaan.
Selepas itu, saya cuba bangkit dan memperbaiki kedudukan dengan meningkatkan kelajuan. Walaupun terdapat jurang dengan kelompok hadapan, saya terus berusaha mengejar mereka pusingan demi pusingan sambil mengekalkan fokus dan rentak tunggangan.
Pada pusingan terakhir, saya cuba bersaing dengan Carpe untuk merebut kedudukan lima terbaik. Namun, motosikal saya sedikit tersasar daripada laluan perlumbaan di selekoh terakhir.
Walaupun begitu, saya tetap gembira dapat mengutip mata penting di Qatar. Keputusan ini memberikan motivasi kepada saya untuk terus bekerja keras sebagai persiapan menghadapi dua perlumbaan terakhir di Portugal dan Valencia.โ
๐ฌ๐ง โOverall, I finished the race in seventh place. I had a rather slow start, which cost me several positions and dropped me down to 13th place during the early stages of the race.
After that, I tried to fight back and improve my position by increasing my pace. Despite the gap to the front group, I continued pushing to catch up with them lap by lap while maintaining my focus and riding rhythm.
On the final lap, I tried to battle with Carpe for a place in the top five. However, my bike ran slightly wide at the final corner.
Nevertheless, I am happy to have secured valuable championship points in Qatar. This result gives me extra motivation to continue working hard as I prepare for the final two races in Portugal and Valencia.โ



๐ฒ๐พ โSecara keseluruhan, ia merupakan hujung minggu yang sangat positif buat Danish di Qatar. Dia membuktikan kepantasannya sejak sesi awal dan turut mara secara automatik ke Q2.
Walaupun permulaan Danish kurang memuaskan sehingga menyebabkan dia ketinggalan, kebangkitan yang ditunjukkan untuk memintas semula pelumba lain dan merapatkan jurang dengan kelompok hadapan membuktikan dia memiliki kelajuan serta mentaliti untuk bersaing di kelompok hadapan.
Kesilapan kecil di selekoh terakhir adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang penting. Sembilan mata yang dibawa pulang untuk terus kekal dalam kelompok lapan terbaik dunia merupakan pencapaian membanggakan sebagai pelumbaan rookie.
Kami yakin pengalaman dan momentum positif di Qatar ini mampu menjadi bekalan terbaik buat Danish untuk menghadapi perlumbaan seterusnya di Portugal.โ
๐ฌ๐ง โOverall, it was a very positive weekend for Danish in Qatar. He demonstrated his pace from the opening sessions and secured automatic qualification for Q2.
Although Danish had a challenging start to the race, which saw him lose ground, his impressive comeback to overtake other riders and close the gap to the front group demonstrated that he has the speed and mentality to compete at the front.
The minor mistake at the final corner is part of an important learning process. Securing nine valuable championship points and maintaining his position inside the world championship’s top eight is a commendable achievement, especially in his rookie season.
We are confident that the experience and positive momentum gained in Qatar will serve Danish well as he prepares for the next race in Portugal.โ


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD