π²πΎ RACE 1 – Perlumbaan Race 1 tidak memihak kepada kedua-dua pelumba negara, Sharf Muhriz dan Adam Danial, apabila mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua pelumba Indonesia, Alvaro Mahendra dan Davino Britani. Motorsikal Adam terbakar dalam insiden tersebut, menyebabkan beliau dikejarkan ke Hospital Buriram untuk pemeriksaan lanjut. Adam tidak mengalami kecederaan serius tetapi ditahan di hospital untuk pemantauan. Malang bagi Sharf, yang tidak dapat meneruskan perlumbaan dan terlepas peluang mengutip sebarang mata berharga untuk kejuaraan.
Adam yang memulakan perlumbaan dari petak ke-16, manakala Sharf dari petak ke-17, kedua-duanya tampil bersemangat untuk menebus kekecewaan selepas sesi kelayakan yang kurang memberangsangkan. Race 1 menjadi peluang bagi mereka untuk membuktikan kemampuan, namun malang tidak berbau apabila kemalangan berlaku seawal selekoh 9, melibatkan kedua-dua pelumba negara serta dua pelumba Indonesia.
π²πΎ RACE 2 – Adam Danial diberikan kebenaran untuk menyertai Race 2 selepas menjalani pemeriksaan dan pemantauan oleh pihak Hospital Buriram. Bangkit dari insiden di Race 1, Adam yang bermula dari petak ke-16 menunjukkan prestasi lebih konsisten apabila berjaya memintas beberapa pelumba dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Adam turut berjaya meraih 3 mata berharga untuk dibawa pulang, sekaligus menambah semangatnya bagi menghadapi Round 2.
Sharf Muhriz, yang memulakan perlumbaan dari petak ke-18, memulakan aksi dengan baik apabila berjaya memintas tiga pelumba seawal perlumbaan. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika berada di tempat ke-15, Sharf dikenakan Long Lap Penalty akibat Irresponsible Riding. Selepas melengkapkan penalti, jenteranya mengalami masalah teknikal, memaksanya untuk mengundurkan diri daripada perlumbaan. Semestinya Round 1 ini menjadi tanda aras dalam menilai prestasi setiap pelumba, sekaligus menjadi panduan untuk membuat persiapan menjelang pusingan seterusnya. Round 2 Asia Talent Cup akan berlangsung di Lusail International Circuit, Qatar pada 12-13 April 2025.
Adam started the race from P16, while Sharf lined up in P17. Both riders were determined to prove their abilities after a challenging qualifying session. Race 1 was their chance to make amends, but disaster struck early when a crash occurred at Turn 9, involving both Malaysian riders and two Indonesian competitors.
Sharf Muhriz, who started from P18, got off to a strong start by overtaking three riders early in the race. However, misfortune struck while he was in 15th place, as he was handed a Long Lap Penalty for Irresponsible Riding. After serving the penalty, his machine encountered a technical issue, forcing him to retire from the race.
Round 1 has undoubtedly set a benchmark for assessing each riderβs performance, serving as a key reference for preparations ahead of the next round. Round 2 of the Idemitsu Asia Talent Cup will take place at Lusail International Circuit, Qatar, on 12-13 April 2025.

RACE 1
DNS. Adam Danial, Malaysia +10 Lap |
RACE 2
|

RACE 1
DNS. Sharf Muhriz, Malaysia +10 Lap |
RACE 2
DNF. Sharf Muhriz, Malaysia +7 Lap |


Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing
π²πΎ”Keputusan perlumbaan Pusingan 1 di Litar Chang International tidak memenuhi jangkaan bagi kedua-dua pelumba, dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang perlumbaan. Prestasi dalam sesi Latihan Bebas dan Kelayakan juga kurang memuaskan, namun masih terdapat ruang yang luas untuk penambahbaikan.
Sebelum ini, keputusan yang dicatatkan dalam sesi Ujian Rasmi menunjukkan perkembangan positif daripada kedua-dua pelumba. Namun, pada hari perlumbaan, mereka tidak berjaya menampilkan prestasi sebenar yang diharapkan.
Sehubungan itu, saya dan pasukan akan terus berusaha keras untuk meningkatkan persiapan serta memperkukuhkan latihan agar kedua-dua pelumba lebih bersedia dan mampu memberi saingan sengit di Pusingan 2, yang dijadualkan berlangsung di Qatar pada April ini.”
π¬π§ “The results of Round 1 at Chang International Circuit did not meet expectations for both riders, with several incidents occurring throughout the race. Performance in Free Practice and Qualifying was also below expectations, but there is still ample room for improvement.
Earlier, the Official Test showed promising results from both riders. However, on race day, they were unable to showcase their true performance.
Moving forward, my team and I will work harder to enhance preparations and improve training to ensure both riders are better equipped to compete strongly in Round 2, set to take place in Qatar this April.”

