
RACE 1
🇲🇾 12 Julai 2025, Litar Sachsenring, Jerman – Minggu perlumbaan di Litar Sachsenring merupakan satu cabaran besar bagi Hakim Danish, kerana Danish tiada pengalaman sebelumnya di litar tersebut. Litar ini merupakan yang terpendek dalam kalendar Red Bull MotoGP Rookies Cup, dengan panjang hanya 3.67 kilometer.
Danish memulakan sesi Free Practice 1 dengan agak yang baik, menamatkannya di tempat ke-4. Namun, dalam sesi Free Practice 2, Danish tamat di kedudukan ke-12, walaupun masih mencatatkan peningkatan masa berbanding sesi pertama. Sesi Qualifying pula agak mencabar, hanya satu saat memisahkan 20 pelumba dengan pencabar kedudukan pole, Yaroslav Karpushin dari Kyrgyzstan. Danish berjaya menamatkan sesi ini di tempat ke-13.
Dalam Race 1, keadaan hujan dan litar basah menjadikan perlumbaan ini sangat menarik. Bermula dari petak ke-13, Danish menunjukkan konsistensi tinggi dan memilih untuk tidak mengambil risiko kerana cengkaman tayar dan ‘feeling’ kurang memuaskan. Akhirnya, Danish berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.
RACE 2
🇲🇾 13 Julai 2025, Litar Sachsenring, Jerman – Race 2 bermula dalam cuaca cerah dan keadaan litar yang sangat baik untuk perlumbaan sebanyak 19 pusingan. Hakim Danish, yang memulakan perlumbaan dari petak ke-13, melakukan permulaan yang baik apabila berjaya memintas beberapa pelumba di selekoh pertama dan naik ke kedudukan ke-7.
Danish kekal konsisten sehingga ke pusingan ke-4, namun ketika menghampiri selekoh pertama, beliau terjatuh akibat kehilangan cengkaman di bahagian hadapan motosikal.
Tidak berputus asa, Danish bangkit dan meneruskan perlumbaan walaupun sudah jauh ketinggalan di belakang pelumba lain. Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dan gagal mengutip sebarang mata.
Walau bagaimanapun, Danish masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu carta keseluruhan dengan kelebihan 13 mata mengatasi pencabar terdekat, Brian Uriarte.
RACE 1
🇬🇧 12 July 2025, Sachsenring, Germany – Race week at the Sachsenring Circuit proved to be a challenging one for Hakim Danish, as he had no prior experience racing at this venue. Sachsenring is the shortest circuit on the Red Bull MotoGP Rookies Cup calendar, with a total length of just 3.67 kilometres.
Danish started Free Practice 1 on a positive note, finishing the session in 4th place. However, in Free Practice 2, he ended the session in 12th, despite showing an improvement in lap time compared to FP1. The Qualifying session was particularly tough, with just one second separating the top 20 riders. Pole position was claimed by Yaroslav Karpushin from Kyrgyzstan, while Danish qualified 13th.
Race 1 began in wet conditions, with rain making the track slippery, creating an exciting race for the win. Starting from 13th on the grid, Danish maintained a consistent pace and avoided taking excessive risks, as tyre grip and overall feeling were compromised. He eventually crossed the line in 10th place.
RACE 2
🇬🇧 13 July 2025, Sachsenring, Germany – Race 2 began in bright, clear weather, ideal conditions for the 19-lap race. Hakim Danish, starting from 13th on the grid, made a strong start by overtaking several riders at the first corner, moving up to 9th position.
He maintained a consistent pace until lap 4, but unfortunately crashed at the first corner due to a loss of front-end grip.
Refusing to give up, Danish got back on his bike and continued the race, although he had fallen far behind the rest of the field. He eventually finished in 19th place and did not score any points. Nevertheless, Danish remains at the top of the overall standings, holding a 13-point lead over his closest rival, Brian Uriarte.
#13 Hakim Danish
🇲🇾“Selesai Race 1 di Sachsenring, Jerman, saya berjaya tamatkan di tempat ke-10. Keadaan litar yang basah dan licin memang agak mencabar, ditambah pula dengan rasa kurang selesa pada tayar dan grip yang agak berkurangan. Tapi saya banyak belajar daripada perlumbaan ini.”
“Race 2 saya agak kecewa kerana terjatuh akibat over braking yang menyebabkan saya hilang cengkaman di bahagian hadapan. Saya akan jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan berusaha untuk tidak ulangi kesilapan yang sama. Masih ada empat perlumbaan lagi untuk tamatkan musim 2025, dan saya akan terus berjuang habis-habisan hingga ke garisan penamat musim ini.”
🇬🇧 “Race 1 at Sachsenring, Germany is done, and I managed to finish in 10th place. The wet and slippery track conditions were quite challenging, made tougher by a lack of comfort with the tyres and reduced grip. But I’ve learnt a lot from this race.”
“In Race 2, I was a bit disappointed after crashing due to over-braking, which caused me to lose front-end grip. I’ll take this incident as a lesson and work hard to avoid making the same mistake again. There are still four more races to go to complete the 2025 season, and I’ll keep fighting all the way to the final chequered flag.”
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing
🇲🇾 “Minggu yang sangat mencabar untuk Hakim Danish dalam Red Bull Rookies Cup di Litar Sachsenring. Kita lihat prestasi di FP1 agak memberangsangkan dengan kedudukan ke-4, tetapi dari FP2 hingga ke sesi kelayakan, kita tidak dapat menunjukkan kelajuan yang baik. Ramai pelumba lain nampaknya lebih cepat menyesuaikan diri dengan litar ini. Walaupun perbezaan masa dengan pelumba terpantas hanya 0.5 saat, di litar yang pendek seperti ini, itu merupakan jurang yang besar.
Dalam Race 1, Danish bermula dari petak ke-13 dan ini sedikit sebanyak memberikan kekangan. Keadaan tayar selepas perlumbaan juga sangat teruk. Jika tayar dalam keadaan lebih baik, saya yakin Danish boleh bersaing dalam kelompok hadapan.
Bagi Race 2, saya percaya kesilapan itu datang daripada Danish sendiri. Tiada masalah teknikal, dan kita lihat dia berjaya naik dari P13 ke P9, namun gagal menguruskan kedudukan tersebut dengan baik. Perlumbaan di Sachsenring agak panjang 19 pusingan dan ini mungkin menyumbang kepada kesilapan tersebut. Ini adalah kali pertama musim ini kita tidak mengutip sebarang mata.
Namun begitu, kita masih bernasib baik kerana pencabar terdekat, Brian Uriarte, juga terjatuh. Danish masih mendahului carta keseluruhan dengan kelebihan 13 mata. Veda Pratama juga semakin rapat dengan jurang 24 mata, jadi perlumbaan di Austria dan Misano nanti akan menjadi sangat penting.
Saya percaya Danish kini sedikit tertekan kerana terlalu memikirkan soal mata kejuaraan, tapi itu lumrah dalam perebutan gelaran. Kami akan terus beri sokongan dan bantu dia kendalikan tekanan ini dengan lebih baik.”
🇬🇧 “It was a very tough weekend for Hakim Danish in the Red Bull Rookies Cup at Sachsenring. We saw a promising start in FP1, finishing 4th, but from FP2 to qualifying, we couldn’t really show strong pace. Many other riders adapted to the circuit much faster. Although the gap to P1 was only 0.5 seconds, on a short track like this, that’s actually quite a big margin.
In Race 1, Danish started from 13th on the grid, which was a bit of a disadvantage. The tyre condition after the race was very poor, and I believe if the tyres had held up better, Danish could have battled in the front group.
As for Race 2, I believe the mistake was on Danish’s part. There was no technical failure. He made a strong comeback from P13 to P9, but wasn’t able to manage his position well. Sachsenring is quite a long race 19 laps and that likely played a role in the error. This was the first race of the season where we failed to score any points.
That said, we were still fortunate that his closest rival, Brian Uriarte, also crashed. Danish still leads the championship by 13 points. Veda Pratama is also getting closer, just 24 points behind, so the upcoming races in Austria and Misano will be crucial.
I believe Danish is starting to feel some pressure from thinking too much about the championship points, but that’s part of the journey when fighting for the title. We’ll continue to support him and help him manage that pressure better moving forward.”