π²πΎ Sepang, Malaysia | 24 September 2025 – Dua pelumba negara, Adam Danial dan Sharf Muhriz, selamat berangkat ke Motegi, Jepun bagi menghadapi pusingan ke-4 Asia Talent Cup (ATC) yang berlangsung di Mobility Resort Motegi. Litar ikonik ini mempunyai 8 selekoh kanan, 6 selekoh kiri serta laluan lurus sejauh 762 meter, menawarkan cabaran teknikal tersendiri buat setiap pelumba.
Selepas tamat pusingan ke-3 di Litar Antarabangsa Sepang, kedua-dua pelumba negara meneruskan latihan intensif dengan matlamat untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam kejuaraan.
Pada ketika ini, Adam berada di kedudukan ke-21 keseluruhan, manakala Sharf di kedudukan ke-17. Kedua-duanya bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik dalam baki musim ATC yang merangkumi 6 pusingan dengan 12 perlumbaan keseluruhan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi mereka hujung minggu ini, dengan Race 1 dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu dan Race 2 pada hari Ahad. Perlumbaan boleh juga ditonton melalui Youtube Asia Talent Cup:
|
|
|
π¬π§ Sepang, Malaysia | 24 September 2025 – Malaysiaβs riders, Adam Danial and Sharf Muhriz, have departed for Motegi, Japan to contest Round 4 of the Asia Talent Cup (ATC) at the renowned Mobility Resort Motegi. The iconic circuit, featuring 8 right-hand corners, 6 left-hand corners and a 762-metre straight, presents unique technical challenges for every rider on the grid.
Following Round 3 at the Sepang International Circuit, both riders have continued with intensive training, driven by the goal of improving their positions in the championship standings.
At present, Adam sits 21st overall while Sharf holds 17th place. Both are determined to deliver their best performances in the remaining ATC season, which consists of 6 rounds and a total of 12 races.
Donβt miss the chance to watch their action this weekend, with Race 1 scheduled for Saturday and Race 2 on Sunday. The races can also be watched on the Asia Talent Cup YouTube channel:
Youtube Live Streaming:
https://www.youtube.com/@


π²πΎ “Litar Motegi Japan adalah sebuah litar yang sangat mencabar, saya belum pernah race dekat track ini tapi saya akan cuba secepat mungkin untuk adapt litar ini. Namun, saya percaya dengan latihan yang telah saya jalani dan saya akan memberikan yang terbaik untuk perlumbaan kali ini.”
π¬π§ “The Motegi Circuit in Japan is a very challenging track. I have never raced here before, but I will try to adapt as quickly as possible. I believe in the training I have undertaken and I will give my very best in this race.”

π²πΎ “Ini adalah kali pertama saya berlumba di Japan, tetapi ia datang dengan tekanan yang berbeza buat saya. Fokus saya minggu ini adalah untuk berada dalam kelompok hadapan, dan saya semakin yakin untuk memulakan minggu perlumbaan.”
π¬π§ “This is my first time racing in Japan, and it brings a different kind of pressure for me. My focus this week is to be in the leading group, and I am feeling increasingly confident as the race week begins.”


