
![]()
🇲🇾 Valencia, Sepanyol (16 December 2025) – Hakim Danish menutup tirai penampilan di Moto3 World Championship dengan cemerlang apabila menamatkan perlumbaan ValencianGP di kedudukan ke-14. Pelumba berusia 18 tahun yang beraksi untuk pasukan FRINSA – MT Helmets – MSI itu mempamerkan tunggangan cukup baik di Litar Ricardo Tormo apabila berjaya mengutip dua mata biarpun bermula di petak ke-18.
Pada perlumbaan tersebut, Hakim Danish yang bermula dari petak ke-18 menunjukkan peningkatan prestasi yang konsisten sepanjang 20 pusingan perlumbaan. Danish memberikan saingan sengit dan berjaya memintas beberapa pelumba di hadapannya sebelum melintasi garisan penamat untuk mengesahkan kedudukan dalam kelompok 14 terbaik.
Prestasi positif ini melengkapkan hujung minggu terbaik buat Danish setelah bergelut pada sesi latihan akibat cuaca sejuk, yang memaksanya bermula dari Kelayakan 1 (Q1) dan ketinggalan hampir 5 saat di sesi latihan. Namun, Danish tidak berputus asa dan bangkit mencatatkan masa 1:37.791s untuk muncul sebagai antara empat pelumba terpantas yang layak ke Kelayakan 2 (Q2), sebelum mengesahkan petak ke-18.
Sebagai rekod, Hakim Danish yang menggantikan pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka, untuk 2 pusingan terakhir musim ini telah menunjukkan potensi besar. Danish sebelum ini berjaya mengutip 4 mata berharga apabila menamatkan perlumbaan di PortugeseGP di kedudukan ke-12. Hasil keputusan tersebut meletakkan Hakim Danish berada di kedudukan ke-31 dengan 6 mata keseluruhan dalam kalangan 40 pelumba bagi musim ini, biarpun hanya turun sebanyak 3 kali di Moto3.
Keputusan cemerlang di PortugeseGP dan ValencianGP ini pastinya menjadi suntikan semangat dan pengalaman amat bernilai buat Hakim Danish menjelang saingan semusim penuh dalam kelas Moto3 bersama pasukan MSI Racing Team pada tahun hadapan.
🇬🇧 Valencia, Sepanyol (16 November 2025) – Hakim Danish concluded his appearance in the Moto3 World Championship on a high note after finishing the ValencianGP in 14th place. The 18-year-old rider, competing for the FRINSA – MT Helmets – MSI team, delivered an impressive performance at the Ricardo Tormo Circuit, securing two championship points despite starting from 18th on the grid.
In the race, Hakim Danish, who began from P18, showed consistent improvement throughout the 20-lap battle. He mounted a strong challenge, successfully overtaking several riders ahead of him before crossing the finish line to secure a position within the top 14.
This positive result capped off a strong weekend for Danish, who had struggled during the practice sessions due to cold weather. The conditions forced him to start from Qualifying 1 (Q1), where he was almost five seconds off the pace. However, Danish refused to give up, clocking a 1:37.791s lap to emerge as one of the four fastest riders who progressed to Qualifying 2 (Q2), eventually securing P18 on the grid.
As a reminder, Hakim Danish, who replaced Japanese rider Ryusei Yamanaka for the final two rounds of the season, has displayed remarkable potential. Previously, he collected four valuable points after finishing 12th at the PortugueseGP. These results place him 31st overall with six points out of 40 riders this season, despite making only three Moto3 appearances.
The strong performances at the PortugueseGP and ValencianGP will undoubtedly serve as a major confidence boost and a highly valuable experience for Hakim Danish as he prepares for a full season in Moto3 with the MSI Racing Team next year.

🇲🇾 “Dalam perlumbaan tadi saya bermula di grid P18. Pada awal perlumbaan, saya cuba sebaik mungkin dan saya push hard untuk memintas sebanyak mungkin pelumba di hadapan. Awal perlumbaan memang sukar untuk saya ke depan kerana semua pelumba di hadapan sangat laju. Saya perlu lebih berani untuk melakukan overtaking dan akhirnya saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.
Sepanjang minggu ini saya ada good progress. Dari hari pertama saya ketinggalan lima saat dan setiap sesi saya improve sedikit demi sedikit. Saya yakin mampu lakukan yang lebih baik tahun depan. Minggu depan adalah minggu perlumbaan JuniorGP di Valencia. Saya akan gunakan pengalaman daripada dua race Moto3 ini untuk berlumba di Valencia nanti. Saya akan lebih bersemangat dan buat yang terbaik minggu hadapan.
Di Portimao dan Valencia, banyak pengalaman saya dapat. Di Valencia terutamanya pada hari pertama, saya benar-benar tiada perasaan yang baik dan saya ketinggalan agak jauh. Pasukan tidak pernah putus asa dengan saya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang sentiasa membantu saya. Saya tidak berputus asa dan melihat semula data bersama pasukan untuk mendapatkan setup terbaik pada jentera. Saya tahu keputusan di Valencia ini bukan yang saya inginkan kerana saya mahukan lebih lagi. Jadi saya akan terus berusaha untuk persiapan tahun hadapan.”
🇬🇧 “In the race, I started from P18 on the grid. At the beginning, I did my best and pushed hard to overtake as many riders ahead of me as possible. The early laps were challenging because all the riders in front were very fast. I have to take more risk with my overtakes and in the end, I managed to finish the race in 14th place.
Throughout this week, I’ve made good progress. On the first day, I was five seconds off the pace, but in each session, I improved little by little. I’m confident I can do even better next year. Next week is the JuniorGP race week in Valencia, and I will use the experience from these two Moto3 races to race there. I’ll be more motivated and give my best next week.
I’ve gained a lot of experience in Portimao and Valencia. In Valencia, especially on the first day, I really didn’t feel comfortable and fell quite far behind. The team never gave up on me, and I want to thank them for always supporting me. I didn’t give up either; I reviewed the data with the team to find the best setup for the bike. I know this result in Valencia isn’t exactly what I wanted because I aim for more. I will continue working hard in preparation for next year.”



🇲🇾 “Perlumbaan di ValencianGP adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan bagi saya. Hakim Danish berjaya mengutip mata di World Championship, dan 2 mata kali ini hadir selepas permulaan yang agak sukar pada hari Jumaat. Namun, Hakim Danish menunjukkan peningkatan ketara melalui sesi latihan bebas serta berjaya memahami beberapa perkara penting seperti gaya tunggangan yang sesuai untuk litar Valencia.
Kita tahu litar Valencia merupakan antara yang paling mencabar, terutama kerana ramai pelumba Sepanyol sangat laju di sini. Walau bagaimanapun, kita dapat melihat saingan sengit dalam kalangan pelumba rookie, dan itu sebenarnya fokus utama kami. Hakim Danish berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan mereka.
Terima kasih kepada semua pihak, terutamanya para penaja dan pasukan yang telah membantu Hakim Danish sepanjang minggu ini. Saya berharap pada sesi pramusim nanti, kita dapat melakukan satu lonjakan prestasi menjelang musim 2026. Terima kasih kepada semua pihak, penaja dan pasukan yang membantu Hakim Danish sepanjang minggu ini.”
🇬🇧 “The race at the ValencianGP was a very proud achievement for me. Hakim Danish managed to score points in the World Championship, with these two points coming after a rather challenging start on Friday. However, Hakim Danish showed significant improvement during the free practice sessions and was able to understand key aspects, such as the riding style best suited for the Valencia circuit.
We know Valencia is one of the most challenging tracks, especially as many Spanish riders are extremely fast here. Nevertheless, we saw strong competition among the rookie riders, which was actually our main focus. Hakim Danish managed to finish the race ahead of them.
We would like to thank everyone, especially the sponsors and the team, who have supported Hakim Danish throughout the week. We hope that during the pre-season sessions, we can make a significant step forward in preparation for the 2026 season. Thank you again to everyone, including our sponsors and the team, for all their support this week.”

