π²πΎ Valencia, 19 November 2025 β FIM JuniorGP World Championship kini hampir ke penghujung musim. Minggu ini menyaksikan pusingan terakhir yang akan berlangsung di Circuit Ricardo Tormo, Valencia, sebuah litar yang mempunyai 5 selekoh kanan, 9 selekoh kiri, laluan lurus sepanjang 876 meter dan panjang keseluruhan 4.01 kilometer.
Hakim Danish, yang baru menamatkan minggu perlumbaan Moto3 World Championship sebagai pelumba gantian bagi Ryusei Yamanaka untuk dua perlumbaan iaitu PortugueseGP pada awal November dan ValencianGP minggu lalu, pastinya membawa semangat tinggi untuk beraksi minggu ini. Selepas menunjukkan prestasi positif dengan menamatkan perlumbaan Moto3 di tempat ke-14 serta mengutip keseluruhan 6 mata daripada tiga perlumbaan, Danish kini lebih berkeyakinan untuk aksi penutup musim.
Minggu ini, dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad dan boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube rasmi FIM JuniorGP.
π¬π§ Valencia, 19 November 2025 β The FIM JuniorGP World Championship is now approaching the end of its season. This week marks the final round, which will take place at Circuit Ricardo Tormo in Valencia β a circuit featuring five right-hand corners, nine left-hand corners, an 876-metre straight, and a total length of 4.01 kilometres.
Hakim Danish, who recently completed his Moto3 World Championship race week as a replacement rider for Ryusei Yamanaka in two races β the PortugueseGP in early November and the ValencianGP last week β arrives with strong motivation for this weekend. Following a positive outing where he finished 14th in Moto3 and collected a total of six points across three races, Danish now heads into the season finale with renewed confidence.
This weekend will feature two races on Sunday, which can be watched live via the official FIM JuniorGP YouTube channel.
Youtube Live Streaming:Β
Β https://www.youtube.com/live/
The schedule in Malaysian time is attached below.

π²πΎ βUntuk minggu ini, saya lebih bersemangat untuk menghadapi final round FIM JuniorGP. Saya akan cuba sehabis baik dan berikan tentangan habis-habisan. Seperti semua orang tahu, ini adalah perlumbaan terakhir saya dalam JuniorGP sebelum saya melangkah ke Moto3 World Championship tahun hadapan.
Daripada pengalaman dan pembelajaran saya dalam Moto3, saya dapat tingkatkan banyak perkara terutama dalam aspek braking, handling jentera dan pace sepusingan. Untuk minggu ini, saya akan all out, berikan yang terbaik dan berjuang sepenuhnya. Sasaran saya adalah untuk meraih kemenangan dalam perlumbaan kali ini.β
π¬π§ βFor this week, I am even more motivated to face the final round of the FIM JuniorGP. I will give my absolute best and fight hard. As everyone knows, this is my last race in JuniorGP before moving up to the Moto3 World Championship next year.
From my experience and learning in Moto3, I have been able to improve many aspects, particularly braking, bike handling, and lap pace. This week, I will go all out, give everything I have, and fight to the very end. My goal is to win this race.β


π²πΎ “Ini merupakan pusingan terakhir JuniorGP di Valencia. Minggu lalu Danish berlumba di Moto3 World Championship dan minggu ini kembali beraksi di JuniorGP. Saya yakin dengan potensi Hakim Danish. Pengalaman berlumba di World Championship telah memberikan keyakinan yang besar kepadanya, dan saya berharap Danish dapat bertarung untuk kedudukan podium mahupun kemenangan. Sama-sama kita doakan kejayaan Hakim Danish untuk minggu ini.β
π¬π§ “This is the final round of the JuniorGP in Valencia. Last week, Danish was racing in the Moto3 World Championship, and this week he returns to compete in the JuniorGP. I am confident in Hakim Danishβs potential. His experience in the World Championship has given him a significant boost in confidence, and I hope Danish can fight for a podium position or even a victory. Let us all pray for Hakim Danishβs success this weekend.β

