SESI PEMILIHAN TAHUNAN RCB MOTOKIDZ CHAMPIONSHIP TERUS CUNGKIL BAKAT BAHARU

πŸ‡²πŸ‡Ύ Beranang | 4 Mac 2026 – Sesi pemilihan tahunan RCB MotoKidz Championship telah berjaya dilaksanakan di Litar Horizon Beranang Circuit pada 4 Mac 2026. Program ini mula diperkenalkan pada tahun 2025 dan terus menjadi platform penting dalam mengenal pasti serta membangunkan bakat pelumba muda.

Pendaftaran secara dalam talian telah menerima penyertaan seramai 27 peserta. Semua permohonan telah melalui proses tapisan dokumentasi berdasarkan kelayakan umur serta kriteria yang ditetapkan sebelum dipilih ke peringkat seterusnya.

Sesi pemilihan telah dijalankan mengikut format penilaian yang komprehensif bagi mengenal pasti potensi sebenar pelumba muda.

Sesi pemilihan ini merangkumi dua komponen utama iaitu Basic Riding dan Full Riding. Sesi Basic Riding memberi fokus kepada aspek kawalan asas jentera, keseimbangan serta keyakinan pelumba, manakala sesi Full Riding pula menilai keupayaan tunggangan secara keseluruhan termasuk pemilihan racing line, kawalan throttle serta tahap konsistensi di atas litar.

Melalui pendekatan penilaian yang menyeluruh ini, ZK Racing berjaya mengenal pasti bakat-bakat muda yang menunjukkan potensi tinggi serta asas tunggangan yang kukuh.

Hasil daripada sesi pemilihan tersebut, seramai 6 peserta telah terpilih untuk menyertai program pembangunan di bawah RCB MotoKidz Championship.

RCB MotoKidz Championship merupakan kesinambungan kepada program pembangunan bakat sedia ada di bawah MotoMini Malaysia, yang terus memberi fokus kepada pembangunan pelumba muda secara berstruktur dari peringkat akar umbi ke tahap yang lebih kompetitif.

Bagi musim 2026, seramai 8 peserta daripada musim 2025 akan kembali menyertai kejuaraan ini, sekali gus meningkatkan tahap persaingan serta kualiti perlumbaan dalam kalangan pelumba muda.

Sebagai langkah seterusnya dalam laluan pembangunan pelumba, Juara Keseluruhan RCB MotoMini Championship 2025, Fayyadh Anaqi, akan melangkah ke kategori SIC Ohvale Junior Championship, iaitu kategori jentera 110cc di bawah kejuaraan MotoMini Malaysia.

Sebagai penaja utama, RCB terus komited dalam menyokong penganjuran kejuaraan ini bagi musim 2026, selaras dengan aspirasi jenama untuk memperkukuh pembangunan sukan permotoran dua roda di peringkat akar umbi. Kejuaraan ini turut disokong oleh UMA Racing sebagai rakan strategik dalam usaha memperkasakan pembangunan bakat muda dalam sukan permotoran.

Komitmen ini mencerminkan usaha berterusan dalam melahirkan generasi pelumba muda yang berdaya saing, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah berpotensi untuk diketengahkan ke pentas antarabangsa.

Sokongan berterusan ini juga selari dengan visi dalam membangunkan ekosistem sukan permotoran yang mampan, kompetitif serta berimpak tinggi, sekaligus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai antara hab pembangunan bakat sukan dua roda di rantau ini.

Kejohanan ini terus memainkan peranan penting sebagai platform pembangunan akar umbi dalam mencungkil dan membentuk bakat baharu, sekaligus menyumbang kepada pembangunan masa depan sukan permotoran negara.

Senarai Pelumba Terpilih RCB MotoKidz Championship 2026:

1. Muhammad Danish Darwish Bin Erwan Shah
2. Mikael Bin Muslihin
3. Muhammad Z Malique bin Muhammad Iskandar Z
4. Uwais Bin Abdulmuiz
5. Kiden Khoo Yun Shen
6. Mohammad Raimi Bin Mohd Shubli


πŸ‡¬πŸ‡§ Beranang | 4 March 2026 – The annual selection session for the RCB MotoKidz Championship was successfully held at Horizon Beranang Circuit on 4 March 2026. Introduced in 2025, the programme continues to serve as a key platform in identifying and developing young riding talents.

Online registration attracted a total of 27 participants. All applications underwent a documentation screening process based on age eligibility and the stipulated selection criteria before progressing to the next stage.

The selection session was conducted using a comprehensive evaluation format to assess the true potential of each young rider.

The assessment comprised two main components, namely Basic Riding and Full Riding. The Basic Riding session focused on fundamental bike control, balance, and rider confidence, while the Full Riding session evaluated overall riding capability, including racing lines, throttle control, and on-track consistency.

Through this structured evaluation approach, ZK Racing were able to identify young talents who demonstrated strong potential and solid riding fundamentals.

As a result of the selection, a total of six riders have been chosen to join the development programme under the RCB MotoKidz Championship.

The RCB MotoKidz Championship serves as a continuation of the existing talent development programme under MotoMini Malaysia, with a continued focus on structured rider development from grassroots to a more competitive level.

For the 2026 season, eight riders from the 2025 season will return to compete, further enhancing the level of competition and overall race quality among young riders.

As the next step in the rider development pathway, the Overall Champion of the 2025 RCB MotoMini Championship, Fayyadh Anaqi, will progress to the SIC Ohvale Junior Championship, a 110cc category under the MotoMini Malaysia Championship.

As the title sponsor, RCB remains committed to supporting the championship for the 2026 season, in line with its aspiration to strengthen the development of two-wheel motorsports at the grassroots level. The championship is also supported by UMA Racing as a strategic partner in advancing young talent development within the sport.

This ongoing commitment reflects efforts to nurture a new generation of competitive young riders, not only at the national level but also with the potential to compete on the international stage.

This support is aligned with the vision of building a sustainable, competitive, and high-impact motorsports ecosystem, further strengthening Malaysia’s position as a regional hub for two-wheel talent development.

The championship continues to play a vital role as a grassroots development platform in discovering and nurturing new talents, contributing to the future growth of motorsports in the country.

List of Selected Riders for the 2026 RCB MotoKidz Championship:

1. Muhammad Danish Darwish Bin Erwan Shah
2. Mikael Bin Muslihin
3. Muhammad Z Malique bin Muhammad Iskandar Z
4. Uwais Bin Abdulmuiz
5. Kiden Khoo Yun Shen
6. Mohammad Raimi Bin Mohd Shubli

 


πŸ‡²πŸ‡Ύ β€œDari segi sesi pemilihan yang dijalankan, kesemua pelumba yang hadir menunjukkan keupayaan asas menunggang yang baik dan mampu mengawal jentera dengan baik. Cuma terdapat beberapa pelumba yang dikenal pasti masih belum biasa dengan tunggangan di litar penuh, namun ini adalah sesuatu yang normal di peringkat awal dan boleh diperkembangkan melalui latihan serta pendedahan yang berterusan.

Kami melihat potensi yang sangat positif dalam kalangan pelumba-pelumba muda ini dan yakin mereka mampu berkembang dengan baik dalam persekitaran yang kompetitif. Kami juga tidak sabar untuk menyaksikan perkembangan mereka serta keseluruhan musim 2026 yang dijangka lebih kompetitif dan menarik.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada RCB dan UMA Racing yang masih lagi komited bersama-sama saya dalam usaha melahirkan bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi sukan permotoran.

Saya juga ingin menyeru kepada ibu bapa di luar sana, sekiranya mempunyai minat untuk mendedahkan anak-anak dalam sukan ini atau mempunyai sebarang persoalan mengenai program yang dianjurkan, jangan ragu untuk menghubungi pasukan kami melalui emel, platform media sosial, atau berjumpa secara terus dengan saya. Kami sentiasa terbuka untuk membantu dan memberi penerangan yang diperlukan.”

πŸ‡¬πŸ‡§ β€œFrom the selection session, all riders demonstrated good basic riding abilities and were capable of handling the machine well. There were, however, a few riders who are not yet fully accustomed to riding on a full track, but this is completely normal at this stage and can be developed further through proper training and consistent exposure.

We see very positive potential among these young riders and are confident that they can grow well in a competitive environment. We are also looking forward to an exciting and more competitive 2026 season.

I would also like to take this opportunity to express my sincere appreciation to RCB and UMA Racing for their continued commitment in supporting this journey with me to nurture new talents at the grassroots level of motorsports.

I would also like to encourage parents out there, if you have any interest in introducing your children to this sport or have any questions regarding the programme, please do not hesitate to contact our team via email, social media platforms, or meet me in person. We are always open to assist and provide the necessary guidance.”

 


Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
πŸ‡²πŸ‡Ύ AUSTIN, TEXAS | 29 MAC 2026 – Hakim Danish…
πŸ‡²πŸ‡Ύ Austin, Texas | 24 Mac 2026 – Hakim Danish…
πŸ‡²πŸ‡Ύ GOIANIA, BRAZIL | 22 MAC 2026 – Hakim Danish…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright Β© 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia