
🇲🇾 MUGELLO, ITALI | 31 Mei 2026 – Hakim Danish Ramli mencipta detik paling manis dalam kariernya apabila berjaya meraih podium sulung Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di tempat ketiga.
Kejayaan bersejarah di Litar Mugello itu hadir dalam keadaan yang cukup dramatik apabila pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu bangkit daripada insiden ngeri pada sesi latihan untuk menghadiahkan keputusan terbaik sepanjang kariernya di pentas dunia. Hakim Danish terlibat dalam kemalangan ‘highside’ ketika sesi latihan, namun pelumba Terengganu itu menunjukkan semangat juang luar biasa untuk kembali bersaing dan membuktikan kemampuannya yang mampu bersaing bersama kelompok hadapan.
Akibat insiden tersebut, Hakim Danish terpaksa memulakan cabaran daripada sesi Kelayakan Pertama (Q1), namun berjaya mengharungi tekanan dengan cemerlang sebelum mara ke Q2 dan seterusnya meraih petak kedua. Nasib turut menyebelahinya apabila dinaikkan ke petak utama selepas pelumba Sepanyol, David Almansa disahkan tidak cergas untuk memulakan perlumbaan di Mugello.
Sebaik lampu menyala, Hakim Danish terus memecut laju untuk berada dalam kelompok hadapan dan berjuang habis-habisan dengan barisan pelumba terbaik dunia dalam perlumbaan 17 pusingan itu. Persaingan sengit Moto3 itu menyaksikan kedudukan Hakim Danish turun naik beberapa kali, malah tergelincir sehingga ke tangga kelapan di pertengahan perlumbaan. Hakim Danish tidak berputus asa dan enggan mengibarkan bendera putih lebih agresif mencari ruang memintas pelumba hadapan sehingga kembali menyertai kelompok podium.
Pada pusingan terakhir apabila Hakim Danish bijak mencari ruang dan merampas kedudukan tiga terbaik ketika di penghujung perlumbaan. Hakim Danish akhirnya melintasi garisan penamat di tempat ketiga di belakang dua pelumba Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte yang muncul juara dan Alvaro Carpe di kedudukan kedua. Lebih membanggakan, pencapaian itu turut menamatkan penantian selama sedekad Malaysia untuk kembali menaiki podium Moto3 sejak kali terakhir dilakukan oleh Khairul Idham Pawi menerusi kemenangan sensasi pada GP Jerman 2016.
Tambahan 16 mata yang diraih di Mugello menyaksikan Hakim Danish kini melonjak ke tangga ke-11 keseluruhan kejuaraan dengan kutipan 43 mata selepas tujuh pusingan, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara bakat paling menyerlah dalam saingan Moto3 musim ini.
🇬🇧 MUGELLO, ITALY | 31 May 2026 – Hakim Danish Ramli created the sweetest moment of his career after claiming his maiden Moto3 World Championship podium with a third-place finish at the Italian Grand Prix.
The historic result at Mugello came in dramatic fashion as the AEON Credit-MT Helmets-MSi rider bounced back from a heavy incident during practice to secure the best finish of his career on the world stage. Hakim Danish was involved in a high-side crash during the practice session, but the Terengganu-born rider showed tremendous fighting spirit to return to action and prove he has what it takes to compete among the front runners.
As a result of the incident, Hakim Danish was forced to begin his weekend through Qualifying 1 (Q1), but handled the pressure brilliantly to progress into Q2 before securing second on the grid. Fortune also played its part when Spanish rider David Almansa was declared unfit to start the race at Mugello, promoting Hakim Danish to pole position.
When the lights went out, Hakim Danish made a strong start to stay with the leading group and went toe-to-toe with some of the world’s best riders throughout the 17-lap contest. The intense Moto3 battle saw his position change several times, with Hakim Danish dropping as far as eighth midway through the race. However, he refused to give up and continued pushing aggressively, picking off riders ahead to work his way back into podium contention.
On the final lap, Hakim Danish timed his move perfectly to break into the top three in the closing stages. He eventually crossed the finish line in third place behind Red Bull KTM Ajo duo Brian Uriarte, who claimed victory, and Alvaro Carpe in second. Even more impressively, the result ended Malaysia’s decade-long wait for another Moto3 podium, with the last coming when Khairul Idham Pawi delivered his memorable victory at the German Grand Prix in 2016.
The additional 16 points from Mugello lift Hakim Danish to 11th in the overall championship standings with 43 points after seven rounds, further strengthening his reputation as one of the brightest young talents in this season’s Moto3 World Championship.

🇲🇾 “Hari ini saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga untuk menaiki podium. Ini adalah podium pertama saya dalam saingan Kejuaraan Dunia Moto3 dan saya amat gembira dengan pencapaian ini. Dalam perlumbaan tadi, saya telah memberikan segala-galanya bermula dari awal hingga ke garisan penamat. Saya bertarung habis-habisan hari ini dengan mentaliti enggan menyerah kalah. Saya sentiasa cuba untuk kekal kuat dan fokus hanya untuk memburu kedudukan podium dan berjaya menaiki podium.
Perlumbaan sangat sengit. Kelompok hadapan sentiasa bertukar kedudukan dan kami berlumba pada had maksimum dari awal hingga akhir. Saya tahu satu kesilapan kecil sahaja boleh mengubah segala-galanya. Meskipun pada pusingan terakhir saya agak sedikit ke belakang, namun saya tidak berputus asa. Saya hanya cuba untuk kekal tenang dan mencari ruang untuk memintas pelumba lain satu demi satu, dan Alhamdulillah strategi itu membuahkan hasil untuk saya meraih podium.
Minggu ini bukanlah satu hujung minggu yang mudah buat saya. Saya terjatuh dua kali pada hari Jumaat, namun berjaya bangkit menduduki petak kedua (P2) ketika sesi kelayakan pada Sabtu. Hari ini, segalanya terbayar apabila saya berjaya menamatkan perlumbaan di podium ketiga, saya sangat gembira. Saya harap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa depan.
Terima kasih juga kepada semua yang menyokong saya; keluarga, pasukan dan setiap individu yang tidak henti-henti memberikan dorongan. Terima kasih banyak-banyak.”
🇬🇧 “Today I managed to finish the race in third place and secure a podium. This is my first podium in the Moto3 World Championship and I’m absolutely delighted with the result. In the race, I gave everything from the start right through to the finish line. I fought as hard as I could today with a mentality of never giving up. I kept trying to stay strong and focused with one aim in mind — to fight for a podium finish — and thankfully I managed to achieve it.
It was a very intense race. The leading group kept changing positions and we were all pushing at the limit from start to finish. I knew that one small mistake could change everything. Even though I dropped back slightly on the final lap, I didn’t give up. I just tried to stay calm and look for opportunities to overtake the riders ahead one by one, and thankfully that strategy paid off and helped me secure the podium.
This wasn’t an easy weekend for me. I crashed twice on Friday, but managed to bounce back and qualify in second position on Saturday. Today, everything paid off when I crossed the line in third and stepped onto the podium. I’m really happy, and I hope this is the beginning of many more good results in the future.
I’d also like to thank everyone who has supported me — my family, the team and every single person who has continued to encourage me throughout this journey. Thank you very much.”



🇲🇾 “Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan buat Hakim dan seluruh pasukan. Selepas kemalangan yang dialaminya pada sesi latihan, ramai meragui kemampuannya untuk kembali bersaing pada tahap tertinggi dalam tempoh yang begitu singkat. Namun, Hakim membuktikan mentaliti dan karakter sebenar seorang pelumba. Dia bangkit dengan penuh keyakinan, mengharungi setiap cabaran sepanjang hujung minggu perlumbaan dan akhirnya menghadiahkan podium sulung dalam musim debutnya di Moto3.
Keputusan ini bukan sahaja mencerminkan kerja kerasnya, malah menjadi bukti bahawa dia memiliki potensi besar untuk bersaing secara konsisten di kelompok hadapan. Podium ini juga sangat istimewa dan cukup bermakna buat kami semua. Perjalanan yang ditempuh bersama Hakim sejak awal kariernya bukanlah mudah. Saya mengikuti perkembangan serta membimbingnya sejak usia muda, jadi sudah tentu kejayaan ini memberikan perasaan yang sangat terharu dan emosional buat saya.
Sejak Hakim berjaya melayakkan diri di barisan hadapan selepas sesi kelayakan, saya sentiasa menegaskan kepadanya bahawa sasaran podium pada perlumbaan Ahad adalah sesuatu yang realistik. Saya percaya dengan kemampuan, bakat dan kesungguhan yang dimilikinya. Atas keyakinan itu, saya menggalakkannya supaya meletakkan sasaran yang tinggi dan berani mencabar diri sendiri. Terbukti, Hakim berjaya menyahut cabaran tersebut dengan cukup cemerlang.
Podium ini adalah ganjaran kepada segala pengorbanan, kerja keras dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Lebih penting, ia menjadi suntikan keyakinan yang besar untuk Hakim meneruskan perjuangannya dalam Kejuaraan Dunia Moto3 serta memburu lebih banyak podium dan kejayaan pada masa hadapan.”
🇬🇧 “This is a tremendously proud achievement for Hakim and the entire team. After the crash he suffered during practice, many doubted whether he would be able to return and compete at the highest level again in such a short space of time. However, Hakim showed the true mentality and character of a racer. He bounced back with confidence, overcame every challenge throughout the race weekend and ultimately delivered his maiden podium of his debut Moto3 season.
This result not only reflects the hard work he has put in, but also proves that he has the potential to compete consistently at the front. The podium is also very special and means a great deal to all of us. The journey we have been on with Hakim since the beginning of his career has not been an easy one. I have followed his progress and guided him from a young age, so naturally this achievement is incredibly emotional and meaningful for me.
Ever since Hakim secured a front-row position in qualifying, I kept reminding him that a podium on Sunday was a realistic target. I have always believed in his ability, talent and determination. With that confidence, I encouraged him to aim high and be brave enough to challenge himself. He proved that with an outstanding performance.
This podium is a reward for all the sacrifices, hard work and belief that have gone into the journey so far. More importantly, it gives Hakim a huge boost of confidence as he continues his campaign in the Moto3 World Championship and pushes for more podiums and success in the future.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD