🇲🇾 Hungary | 2 Jun 2026 – Hakim Danish Ramli bertekad meneruskan momentum cemerlang yang dipamerkannya di Grand Prix (GP) Itali pada Ahad lalu apabila bersedia menghadapi cabaran baharu di GP Hungary yang berlangsung di Litar Balaton Park dari 5 hingga 7 Jun ini.
Hakim Danish hadir ke Hungary dengan suntikan keyakinan tinggi selepas melakar sejarah peribadi dengan meraih podium sulung tempat ketiga pada Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 di Mugello pada Ahad lalu, sekali gus menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk menyaksikan bendera Malaysia kembali di pentas podium dalam saingan Moto3. Kejayaan di Itali bukan sahaja menghadiahkan keputusan terbaik dalam kariernya di pentas dunia, malah memberikan pengalaman berharga buat pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu untuk bersaing secara konsisten dalam kelompok hadapan.
Hakim Danish mengakui banyak pengajaran diperoleh daripada perlumbaan di Mugello, terutama dalam aspek pengurusan perlumbaan, strategi serta ketenangan ketika berdepan tekanan sengit bersama barisan pelumba terbaik dunia. Menurutnya, pengalaman bersaing dalam kelompok hadapan sehingga ke garisan penamat memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai cara mengendalikan jentera dan membuat keputusan penting ketika perlumbaan memasuki fasa kritikal.
Kini, fokus Hakim Danish terarah sepenuhnya kepada cabaran di Litar Balaton Park yang bakal menjadi pengalaman baharu buat dirinya kerana belum pernah berlumba di litar berkenaan sebelum ini. Meskipun berdepan cabaran menyesuaikan diri dengan karakter litar baharu, Hakim Danish yakin persiapan rapi yang dilakukan mampu membantunya tampil kompetitif sejak sesi latihan bebas pertama lagi.
Sebagai persediaan menghadapi pusingan kelapan musim ini, Hakim Danish tidak mengambil masa lama untuk kembali bekerja sebaik tamat perlumbaan di Mugello apabila terus pulang ke Sepanyol bagi melakukan analisis terperinci terhadap prestasinya. Hakim Danish menggunakan tempoh rehat yang singkat itu untuk mengkaji rakaman video perlumbaan serta menilai setiap aspek tunggangannya dalam usaha memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi prestasi pada perlumbaan seterusnya. Selain itu, rutin latihan fizikal dan persediaan mental turut diteruskan seperti biasa bagi memastikan dirinya berada pada tahap terbaik menjelang aksi hujung minggu ini.
Hasil pencapaian membanggakan tersebut, Hakim Danish kini melonjak ke tangga ke-11 keseluruhan kejuaraan dunia Moto3 dengan mengumpul 43 mata selepas tujuh pusingan perlumbaan. Hakim Danish juga sudah meraih empat penamat dalam kelompok 10 terbaik musim ini, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara muka baharu paling menyerlah dalam saingan Moto3.
🇬🇧 Hungary | 2 June 2026 – Hakim Danish Ramli is determined to carry forward the impressive momentum from last Sunday’s Italian Grand Prix as he prepares to take on a fresh challenge at the Hungarian Grand Prix, which takes place at Balaton Park Circuit from 5 to 7 June.
Hakim Danish heads to Hungary with a strong boost of confidence after making personal history by claiming his maiden Moto3 World Championship podium with a third-place finish at Mugello last Sunday. The result also ended Malaysia’s 10-year wait to see the national flag return to the Moto3 podium. The achievement in Italy not only delivered the best result of his career on the world stage, but also provided valuable experience for the AEON Credit-MT Helmets-MSi rider as he continues to establish himself consistently among the front-running group.
Hakim Danish admitted that he learned a great deal from the race in Mugello, particularly in terms of race management, strategy and maintaining composure under intense pressure against some of the world’s top riders. According to him, battling in the leading group all the way to the chequered flag gave him a deeper understanding of how to manage the bike and make key decisions when the race enters its most critical stages.
His full focus is now on the challenge at Balaton Park Circuit, which will be a completely new experience as he has never raced there before. Although adapting to the characteristics of a new circuit presents its own challenge, Hakim Danish remains confident that the preparations he has put in will help him be competitive from the opening free practice session.
In preparation for round eight of the season, Hakim Danish wasted no time getting back to work after Mugello and returned straight to Spain to carry out a detailed analysis of his performance. He used the short break to review race footage and assess every aspect of his riding in an effort to improve on weaknesses and continue raising his performance for the next race. At the same time, his physical training routine and mental preparation have continued as usual to ensure he is in the best possible condition heading into this weekend.
Following that impressive result, Hakim Danish has now climbed to 11th in the overall Moto3 World Championship standings with 43 points after seven rounds. He has also secured four top-10 finishes so far this season, further strengthening his reputation as one of the brightest emerging talents in the Moto3 field.

🇲🇾 “Sudah tentu selepas berakhirnya perlumbaan di Mugello, Itali saya kini lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi saingan di Hungary minggu ini. Banyak pengajaran yang saya peroleh di Itali, terutamanya dalam aspek menguruskan perlumbaan dengan lebih matang selain kekal tenang di atas litar. Saya mendapat banyak pengalaman berharga apabila bersaing dalam kelompok hadapan. Ini merupakan kali kedua saya berada dalam kelompok itu di Mugello. Saya banyak belajar cara untuk mengendalikan jentera pada lima pusingan terakhir serta bersaing dengan pelumba-pelumba bertaraf dunia yang sangat pantas. Ia benar-benar satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya.
Mengenai Litar Balaton Park pula, ia merupakan litar yang baharu buat saya. Justeru, saya akan cuba memberikan yang terbaik untuk menyesuaikan diri dengan litar tersebut secepat mungkin. Matlamat saya adalah untuk tampil kompetitif sejak awal lagi, bermula daripada sesi latihan bebas pertama (FP1) sehinggalah hari perlumbaan pada Ahad nanti.
Persiapan saya untuk perlumbaan minggu ini berjalan lancar. Saya sentiasa memastikan rutin latihan diteruskan dengan konsisten. Sebaik tamat perlumbaan lalu, saya terus kembali ke kediaman di Sepanyol untuk mengkaji semula rakaman video perlumbaan serta melakukan analisis demi memperbaiki tunggangan saya.”
🇬🇧 “Of course, after the race in Mugello, Italy, I feel even more motivated and fired up for the challenge in Hungary this week. I learned a great deal in Italy, especially in terms of managing the race more maturely while staying calm on track. I gained a lot of valuable experience racing in the leading group. It was only the second time I’ve been part of that group, and it happened in Mugello. I learned a lot about how to manage the bike over the final five laps and how to battle with world-class riders who are incredibly fast. It was truly a very meaningful experience for me.
As for Balaton Park Circuit, it will be a new track for me. Because of that, I will do my best to adapt to the circuit as quickly as possible. My goal is to be competitive right from the start, beginning with the first free practice session (FP1) all the way through to race day on Sunday.
My preparations for this week’s race have been going well. I’ve made sure to keep my training routine consistent. As soon as the last race finished, I returned straight to my base in Spain to review the race footage and carry out further analysis to improve my riding.”

🇲🇾 “Podium di Mugello adalah bukti bahawa Hakim memiliki kemampuan untuk bersaing dengan pelumba terbaik dunia. Apa yang dicapainya bukanlah satu kebetulan, sebaliknya hasil kerja keras, disiplin dan perkembangan yang ditunjukkan sejak awal musim. Saya melihat keyakinan Hakim semakin meningkat selepas perlumbaan di Itali. Lebih penting, dia kini memahami apa yang diperlukan untuk berada dalam kelompok hadapan dan bagaimana untuk menguruskan perlumbaan apabila bersaing merebut podium.
Akan tetapi, Balaton Park bukanlah litar yang benar-benar sesuai dengan gaya tunggangan Hakim Danish. Atas sebab itu, saya menjangkakan pusingan ini akan menjadi antara cabaran yang lebih sukar buatnya musim ini. Masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki bagi membolehkan Hakim tampil lebih kompetitif di litar ini. Namun, saya percaya dengan sikap dan semangat juang yang dimilikinya untuk terus berusaha berada dalam kelompok hadapan.
Jika berdasarkan karakter litar semata-mata, ia mungkin tidak memihak kepada Hakim. Tetapi sekiranya dia berjaya berada bersama kelompok pendahulu dan bersaing untuk kedudukan terbaik, itu sudah boleh dianggap sebagai bonus.”
🇬🇧 “The podium in Mugello is proof that Hakim has the ability to compete with the best riders in the world. What he achieved was no coincidence, but the result of hard work, discipline and the progress he has shown since the start of the season. I can see Hakim’s confidence growing after the race in Italy. More importantly, he now understands what it takes to run with the leading group and how to manage a race when fighting for a podium.
However, Balaton Park is not a circuit that particularly suits Hakim Danish’s riding style. For that reason, I expect this round to be one of the more challenging weekends for him this season. There are still several areas that need to be improved in order for Hakim to be more competitive at this circuit. Nevertheless, I have full confidence in his attitude and fighting spirit to keep pushing and remain among the front runners.
Based purely on the characteristics of the circuit, it may not play to Hakim’s strengths. However, if he is able to stay with the leading group and challenge for the top positions, that would already be considered a bonus.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD