
🇲🇾 ASSEN, BELANDA | 29 Jun 2026 – Hakim Danish Ramli mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada petak ke-16 untuk menamatkan perlumbaan di Grand Prix (GP) Belanda di kedudukan ketujuh apabila dinaikkan daripada tempat ke-10 susulan beberapa pelumba di hadapan dikenakan penalti, sekali gus mengutip sembilan mata penting dalam kempen Kejuaraan Dunia Moto3 di Litar TT Assen.
Hakim Danish memulakan perlumbaan dengan cukup agresif apabila melonjak ke tangga kelapan seawal pusingan kedua sebelum terus memperbaiki kedudukan sehingga berada di tempat kedua pada pusingan ketujuh. Hakim Danish terus bersaing sengit bersama kelompok pendahulu dengan beberapa kali bertukar kedudukan bersama pelumba Sepanyol, David Almansa dan Maximo Quiles, malah kembali menghuni tangga kedua pada pusingan ke-11. Ketika perlumbaan berbaki lima pusingan, Hakim Danish masih berada dalam perebutan podium, namun masalah cengkaman tayar belakang menyukarkan usahanya untuk mempertahankan kedudukan apabila dipintas beberapa pencabar lain.
Hakim Danish mengakui dia terpaksa mengambil langkah berhati-hati kerana jika salah percaturan dia kemungkinan boleh terbabas sekali gus hilang mata penting kedudukan keseluruhan Moto3. Hasil keputusan itu membolehkan Hakim Danish mengumpul keseluruhan 82 mata untuk melonjak ke tangga keenam keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3, sekali gus berkongsi mata dengan Veda Pratama. Dalam perebutan gelaran Rookie of the Year, Hakim Danish turut mengukuhkan kedudukan di tangga kedua dengan 82 mata dan turut berkongsi mata dengan Pratama, hanya 20 mata di belakang pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte.
Perlumbaan di Assen dimenangi pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team, Maximo Quiles, diikuti David Almansa di tempat kedua, manakala Marco Morelli melengkapkan kedudukan podium. Selepas ini, Hakim Danish akan memberi tumpuan menjelang Grand Prix (GP) Jerman yang akan berlangsung pada 12 Julai nanti.
🇬🇧 ASSEN, THE NETHERLANDS | 29 June 2026 – Hakim Danish Ramli produced a remarkable fighting performance after charging from 16th on the grid to finish seventh at the Dutch Grand Prix, having been promoted from 10th following post-race penalties for several riders ahead of him. The result earned him nine valuable championship points in the Moto3 World Championship at the TT Circuit Assen.
Hakim Danish made an aggressive start, moving up to eighth by the second lap before continuing his charge through the field to reach second place on lap seven. He remained firmly in contention with the leading group, trading positions several times with Spain’s David Almansa and Máximo Quiles, and climbed back into second place again on lap 11. With five laps remaining, Hakim Danish was still in the fight for a podium finish. However, a lack of rear tyre grip made it increasingly difficult for him to defend his position, allowing several rivals to overtake him in the closing stages.
Hakim Danish admitted he had to adopt a more cautious approach towards the end of the race, knowing that one mistake could have resulted in a crash and the loss of valuable championship points. The result lifts his tally to 82 points, moving him up to sixth in the overall Moto3 World Championship standings, level on points with Veda Pratama. In the Rookie of the Year classification, Hakim Danish also strengthened his hold on second place with 82 points, again tied with Pratama and just 20 points behind Spain’s Brian Uriarte.
The race at Assen was won by CFMOTO Gaviota Aspar Team rider Máximo Quiles, with David Almansa finishing second and Marco Morelli completing the podium. Hakim Danish will now turn his attention to the German Grand Prix, which takes place on 12 July.

🇲🇾 “Saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh hari ini. Perlumbaan kali ini memang sangat mencabar kerana saya terpaksa memberikan tekanan maksimum pada setiap pusingan sehingga ke garisan penamat.
Saya melakukan permulaan yang baik dan cuba memotong seorang demi seorang pelumba untuk berada dalam kelompok hadapan. Saya juga cuba mengejar Maximo Quiles dan David Almansa, namun rentak mereka lebih pantas berbanding saya. Dalam lima pusingan terakhir, saya mula berdepan masalah dengan tayar belakang. Saya cuba mempertahankan kedudukan dan terus bersaing untuk merebut podium, tetapi malangnya tidak berjaya.
Saya akan jadikan perlumbaan ini sebagai pengalaman untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan. Saya mahu membawa segala pengajaran yang diperoleh hari ini ke perlumbaan seterusnya. Secara keseluruhannya, saya gembira dengan prestasi yang dipamerkan hari ini dan kini tidak sabar untuk terus menghadapi perlumbaan seterusnya di Sachsenring.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja, khususnya AEON Credit Service Malaysia, pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, keluarga dan para penyokong yang sentiasa percaya dan berdiri di belakang saya. Saya akan terus bekerja keras, memberikan yang terbaik dalam setiap perlumbaan dan meneruskan usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.”
🇬🇧 “I managed to finish the race in seventh place today. It was a very challenging race, as I had to push at the limit on every lap right to the chequered flag.
I made a good start and worked my way through the field, overtaking one rider after another to get into the leading group. I also tried to chase down Máximo Quiles and David Almansa, but their pace was stronger than mine. In the final five laps, I started to struggle with rear tyre grip. I did my best to defend my position and stay in the fight for a podium, but unfortunately it wasn’t enough.
I will take this race as another valuable learning experience and continue working on the areas where I need to improve. I want to carry everything I’ve learned today into the next round. Overall, I’m pleased with my performance today and I can’t wait for the next race at Sachsenring.
I would also like to express my sincere gratitude to all my sponsors, especially AEON Credit Service Malaysia, my team, AEON Credit-MT Helmets-MSi, my family and all the fans who have continued to believe in and support me throughout this journey. I will continue to work hard, give my very best in every race and strive to keep flying the Malaysian flag proudly on the world stage.”



🇲🇾 “Perlumbaan di Assen ini sememangnya sesuatu yang membanggakan. Walaupun bermula dari petak ke-16, Hakim Danish berjaya bersaing bersama kelompok hadapan. Ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan di litar yang sangat teknikal seperti Assen. Hari ini dia menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Saya juga sudah berbincang dengan pasukan dan mereka semua amat gembira dengan keputusan yang dicapai.
Saya sangat berbangga dengan prestasinya. Kini dia berada di kedudukan keenam keseluruhan kejuaraan, satu pencapaian yang sangat baik dan sejujurnya saya sendiri tidak menjangkakan dia mampu berada pada tahap ini. Saya berharap Danish terus kekal sihat, terus kompetitif sepanjang musim dan sentiasa belajar daripada setiap perlumbaan. Dari segi jentera pula, masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan saya yakin pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi sentiasa memberikan yang terbaik buat Danish. Kita jumpa lagi pada perlumbaan seterusnya di Sachsenring”
🇬🇧 “The race at Assen was certainly something to be proud of. Despite starting from 16th on the grid, Hakim Danish managed to fight with the leading group. That is no easy feat at a highly technical circuit like Assen. Today, he showed significant progress. I have also spoken with the team, and they are all very pleased with the result.
I am extremely proud of his performance. He is now sixth in the overall championship standings, which is a remarkable achievement. To be honest, even I did not expect him to reach this level so quickly. I hope Danish stays healthy, remains competitive throughout the season and continues to learn from every race. As for the bike, there are still a few areas that need improvement, and I am confident that the AEON Credit-MT Helmets-MSi team will continue giving Danish the best possible package. Looking forward to the next round at Sachsenring.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD