QAYYIM LENGKAPKAN KEMENANGAN BERGANDA, MALAYSIA RAIH ‘DOUBLE PODIUM’ DI SEPANG

 


 

🇲🇾SEPANG, Malaysia | 03 Ogos 2026 – Pelumba muda negara, Qayyim Razin Razali, melengkapkan hujung minggu paling sempurna apabila melakar kemenangan berganda pada Pusingan Kedua Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam. Kejayaan itu turut menyaksikan Malaysia meraikan dua kedudukan podium menerusi Qabil Irfan Azlan yang menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga.

Dalam Perlumbaan 1 yang berlangsung pada Sabtu, Qayyim mencipta sejarah peribadi apabila meraih kemenangan sulungnya dalam saingan Moto4 Asia Cup selepas mempamerkan tunggangan cemerlang sepanjang perlumbaan. Pelumba berusia 14 tahun itu menewaskan pelumba Jepun, Kotaro Togashi, menerusi penamat dramatik yang terpaksa ditentukan menggunakan photo finish dengan kelebihan hanya 0.001 saat.

Sementara itu, Qabil menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga selepas memulakan perlumbaan dari petak pertama. Walaupun mendahului hampir keseluruhan perlumbaan, Qabil terlepas peluang untuk muncul juara apabila hanya dipisahkan 0.003 saat daripada pemenang.

Malang buat seorang lagi wakil negara, Muhammad Naqib Rifqi, apabila mengalami masalah jentera sehingga terpaksa menamatkan Perlumbaan 1 lebih awal.

Momentum cemerlang Qayyim diteruskan dalam Perlumbaan 2 apabila Qayyim sekali lagi muncul juara selepas menamatkan perlumbaan 11 pusingan dengan catatan masa 25 minit 22.046 saat. Qayyim menewaskan pelumba Jepun, Waku Kunitate, dengan kelebihan hanya 0.009 saat menerusi satu lagi penamat dramatik yang terpaksa ditentukan menggunakan photo finish.

Perlumbaan berlangsung cukup mendebarkan apabila kelompok pendahulu yang terdiri daripada Qayyim, Waku Kunitate, Qabil dan Haruki Matsuyama saling bertukar kedudukan hampir sepanjang perlumbaan sebelum aksi sebenar memuncak pada pusingan terakhir. Qayyim kekal tenang ketika memasuki laluan lurus terakhir sebelum melakukan pecutan terbaik untuk memintas Kunitate dan mempertahankan kelebihan tipis sehingga ke garisan penamat.

Lebih manis, Qabil sekali lagi menaiki podium apabila menamatkan Perlumbaan 2 di tempat ketiga dengan catatan masa 25 minit 22.152 saat, hanya 0.106 saat di belakang Qayyim, sekali gus memastikan Jalur Gemilang berkibar dua kali di podium Sepang.

Naqib bagaimanapun sekali lagi tidak bernasib baik apabila gagal menamatkan Perlumbaan 2 selepas terjatuh ketika perlumbaan sedang berlangsung.

Kemenangan berganda itu melengkapkan hujung minggu terbaik buat Qayyim apabila menyapu bersih kedua-dua perlumbaan di laman sendiri, sekali gus mengutip 50 mata maksimum pada pusingan Malaysia.

Keputusan cemerlang di Sepang turut mengubah kedudukan keseluruhan kejuaraan apabila Qabil kini menghuni tangga ketiga dengan 62 mata, manakala Qayyim melonjak ke tangga keempat selepas mengumpul 50 mata.

Pendahulu keseluruhan masih milik pelumba Jepun, Hayato Chishiki, dengan 70 mata, diikuti rakan senegaranya, Waku Kunitate, yang mengumpul 64 mata. Keputusan di Sepang menyaksikan persaingan kejuaraan semakin sengit menjelang pusingan seterusnya di Motegi, Jepun.

 


 

🇬🇧 SEPANG, Malaysia | 03 August 2026 – Malaysia’s young rider, Qayyim Razin Razali, completed a perfect weekend by securing a double victory in Round 2 of the Idemitsu Moto4 Asia Cup at the Sepang International Circuit (SIC) yesterday. The achievement also saw Malaysia celebrate a double podium finish, with Qabil Irfan Azlan securing third place in both races.

In Race 1, which took place on Saturday, Qayyim achieved a personal milestone by claiming his maiden Moto4 Asia Cup victory after delivering an outstanding performance throughout the race. The 14-year-old rider defeated Japan’s Kotaro Togashi in a dramatic finish that was decided by a photo finish, with a winning margin of just 0.001 seconds.

Meanwhile, Qabil finished Race 1 in third place after starting the race from pole position. Despite leading for almost the entire race, Qabil narrowly missed out on victory after finishing just 0.003 seconds behind the winner.

It was an unfortunate outing for another Malaysian representative, Muhammad Naqib Rifqi, who was forced to retire early in Race 1 due to a machine issue.

Qayyim continued his impressive momentum in Race 2 by once again claiming victory after completing the 11-lap race with a time of 25 minutes 22.046 seconds. Qayyim defeated Japan’s Waku Kunitate by just 0.009 seconds in another dramatic finish that required a photo finish decision.

The race provided an intense battle as the leading group consisting of Qayyim, Waku Kunitate, Qabil and Haruki Matsuyama exchanged positions throughout the race before the action peaked on the final lap. Qayyim remained composed heading into the final straight before making a strong final push to overtake Kunitate and hold on to his narrow advantage until the chequered flag.

Adding to the celebrations, Qabil once again secured a podium finish by taking third place in Race 2 with a time of 25 minutes 22.152 seconds, only 0.106 seconds behind Qayyim, ensuring the Malaysian flag was raised twice on the Sepang podium.

Naqib, however, endured another unfortunate race as he failed to finish Race 2 after crashing during the race.

The double victory completed Qayyim’s best race weekend yet as he swept both races on home soil, collecting the maximum 50 points available from the Malaysian round.

The outstanding results in Sepang also reshuffled the overall championship standings, with Qabil moving up to third place with 62 points, while Qayyim climbed to fourth with 50 points.

Japan’s Hayato Chishiki remains the championship leader with 70 points, followed by compatriot Waku Kunitate with 64 points. The results in Sepang have intensified the championship battle ahead of the next round at Motegi, Japan.

 


 

🇲🇾 “Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana minggu ini adalah minggu yang sangat baik buat saya. Saya berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama sejak sesi latihan bebas, namun malangnya tidak berjaya menamatkan perlumbaan sebenar di tempat pertama.

Minggu ini memberi saya banyak pengajaran dan masih banyak perkara yang perlu saya pelajari. Untuk pusingan seterusnya di Motegi, saya akan memperbaiki segala kesilapan yang dilakukan di Sepang dan menjalani latihan dengan lebih gigih.”

🇬🇧 “First of all, this has been a very good week for me. I managed to stay at the top of the timesheets from the free practice sessions, but unfortunately I was unable to finish the race in first place.

“This weekend has taught me many valuable lessons, and there is still a lot for me to learn. For the next round in Motegi, I will work on correcting the mistakes I made at Sepang and train even harder to come back stronger.

 


 

🇲🇾 “Minggu ini saya sangat kecewa dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai. Dalam Perlumbaan 2 semalam, saya berjaya berada dalam kelompok hadapan selepas kami membuat perubahan pada enjin dan sproket.

Kedudukan saya agak baik pada dua pusingan awal, namun selepas itu saya mula ketinggalan kerana mengalami masalah pada suspensi. Pada pusingan kelima, malangnya saya terjatuh.

Saya berharap pada perlumbaan seterusnya saya dapat melakukan yang lebih baik dan akan bekerja dengan lebih gigih. Secara keseluruhannya, saya memang tidak berpuas hati dengan keputusan minggu ini.”

🇬🇧 “I am very disappointed and not satisfied with the results I achieved this weekend. In Race 2, I managed to stay with the leading group after we made changes to the engine and sprocket.

I was in a good position during the opening two laps, but after that I started to lose ground due to a suspension issue. Unfortunately, I crashed on the fifth lap.

I hope to perform much better in the next round, and I will continue to work even harder. Overall, I am not satisfied with this weekend’s results, but I will use this as motivation to come back stronger.”

 


 

 


 

🇲🇾”Alhamdulillah. Ini adalah keputusan yang sangat baik buat kedua-dua pelumba kami. Sejujurnya, saya sendiri tidak menjangkakan Qayyim akan mempamerkan prestasi sehebat ini kerana sasaran kami sebelum perlumbaan hanyalah untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

Namun, apa yang dilakukan Qayyim memang luar biasa. Untuk memenangi dua perlumbaan dalam Moto4 Asia Cup bukan sesuatu yang mudah. Kali terakhir kita menyaksikan pencapaian seperti ini adalah menerusi Hakim Danish.

Bagi Qabil pula, dia menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga walaupun memulakan perlumbaan dari petak pertama. Saya yakin ini akan menjadi satu pengalaman dan pengajaran yang sangat berharga buatnya.

Saya tahu dia seorang juara dan benar-benar mahukan kemenangan di Sepang. Namun, kali ini rezeki masih belum memihak kepadanya.

Terima kasih kepada pihak Idemitsu Moto4 Asia Cup kerana menyediakan platform yang sangat baik untuk pembangunan pelumba muda Asia. Kita dapat melihat komitmen besar Dorna dalam membangunkan bakat-bakat muda di rantau ini.

Buat Qayyim, Qabil dan Naqib, teruskan usaha. Selepas ini kami akan memberi tumpuan kepada latihan sebelum menghadapi dua pusingan berturut-turut di Motegi, Jepun dan Mandalika, Indonesia. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami dan kami akan terus berusaha memberikan keputusan yang lebih baik pada perlumbaan akan datang.”

🇬🇧 “Alhamdulillah. This is a very positive result for both our riders. Honestly, I did not expect Qayyim to deliver such an outstanding performance, as our target before the race was simply to finish inside the top five.

What Qayyim achieved was truly remarkable. Winning both races in the Moto4 Asia Cup is no easy feat. The last time we saw an achievement like this was with Hakim Danish.

As for Qabil, he finished third in both races despite starting from pole position. I believe this will be a valuable experience and an important learning opportunity for him.

I know he is a champion and he genuinely wanted to win at Sepang. Unfortunately, this time the result did not go his way.

I would also like to thank the Idemitsu Moto4 Asia Cup for providing such an excellent platform for the development of young Asian riders. We can clearly see Dorna’s strong commitment to nurturing young talent across the region.

To Qayyim, Qabil and Naqib, keep pushing forward. Our focus now shifts to preparations for the next two consecutive rounds in Motegi, Japan, and Mandalika, Indonesia. Thank you to everyone who has continued to support us. We will keep working hard to achieve even better results in the races ahead.”

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
QAYYIM LENGKAPKAN KEMENANGAN BERGANDA, MALAYSIA RAIH ‘DOUBLE PODIUM’ DI SEPANG
    🇲🇾SEPANG, Malaysia | 03 Ogos 2026 – Pelumba…
GENTING SKYWORLDS MELANTIK PELUMBA MOTOSIKAL NEGARA, HAKIM DANISH, SEBAGAI DUTA TAMAN TEMA
  Genting Highlands, 30 Julai 2026 – Taman Tema Genting…
TIGA PELUMBA MUDA NEGARA SEDIA GEGAR MOTO4 ASIA DI SEPANG
🇲🇾 Sepang, Malaysia | 28 Julai 2026 – Tiga pelumba…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia