🇲🇾 SPIELBERG, Austria | 09 September 2026 – Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli tekad mengekalkan momentum kebangkitan di Grand Prix (GP) San Marino untuk memburu keputusan lebih cemerlang pada pusingan seterusnya di GP Austria, hujung minggu ini.
Hadir dengan motivasi tinggi ke Litar Red Bull Ring, pelumba berusia 19 tahun itu mahu memastikan kesilapan penalti grid yang dilalui di Misano tidak berulang, sekali gus mengintai peluang untuk memulakan perlumbaan dari kelompok hadapan.
Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu sebelum ini membuktikan keupayaan bersama jenteranya apabila berjaya memintas 13 pelumba dari petak ke-25 untuk menamatkan saingan di tempat ke-12, sekali gus membuktikan beliau memiliki kelajuan setaraf pelumba kelompok hadapan.
Menjelang aksi di Litar Red Bull Ring yang terkenal dengan laluan lurus panjang dan zon selekoh yang teknikal, anak didik Zulfahmi Khairuddin itu kini menumpukan fokus sepenuhnya untuk mendapatkan pelarasan jentera terbaik seawal sesi latihan bebas bagi melayakkan diri secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2).
Pasukan juga akan terus memberikan fokus kepada persediaan jentera dan memastikan setiap sesi latihan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu Hakim Danish mendapatkan keyakinan serta prestasi terbaik sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Dengan baki lapan pusingan musim ini, Hakim Danish mahu memberikan sehabis baik pada sesi kelayakan hingga hari perlumbaan untuk kembali mencabar kelompok podium serta terus mengukuhkan kedudukannya dalam carta kejuaraan dunia.
Pasukan akan terus memberikan sokongan penuh kepada Hakim Danish bagi memastikan segala persiapan berjalan lancar dan peluang untuk mendapatkan keputusan terbaik di GP Austria dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
🇬🇧 SPIELBERG, Austria | 09 September 2026 – Malaysian Moto3 rider Hakim Danish Ramli is determined to maintain the momentum from his strong recovery at the San Marino Grand Prix and target a better result at the Austrian GP this weekend.
Arriving at the Red Bull Ring with high motivation, the 19-year-old rider is determined to ensure that the grid penalty he experienced at Misano is not repeated, while targeting an opportunity to start the race from the front group.
The AEON Credit-MT Helmets-MSi rider previously demonstrated his ability with the machine by overtaking 13 riders from 25th on the grid to finish 12th, once again showing that he has the pace to compete with riders at the front.
Heading into the action at the Red Bull Ring, which is known for its long straights and technical corners, Zulfahmi Khairuddin’s protégé is fully focused on finding the best possible bike set-up from the opening Free Practice session in order to secure automatic qualification for Qualifying 2 (Q2).
The team will also continue to focus on the bike preparation and ensure that every practice session is maximised to help Hakim Danish build confidence and find his best performance throughout the race weekend.
With eight rounds remaining this season, Hakim Danish is determined to give his very best from qualifying through to race day as he looks to challenge for a return to the podium fight and further strengthen his position in the World Championship standings.
The team will continue to provide its full support to Hakim Danish to ensure all preparations run smoothly and that every opportunity to secure the best possible result at the Austrian GP is fully maximised.
anish as he looks to continue improving his performance, secure a better result and end the season on a positive note.

🇲🇾 “Saya rasa pengalaman beraksi di Red Bull Ring sebelum ini banyak membantu kerana saya sudah mempunyai gambaran mengenai karakter litar dan perkara yang perlu diberi perhatian.
Bagaimanapun, situasi kali ini berbeza kerana kami beraksi dalam Kejuaraan Dunia Moto3 dan perlumbaan juga sengit. Jadi, saya perlu menyesuaikan diri dengan jentera serta keadaan perlumbaan semasa.
Apapun, selepas perlumbaan di Misano, saya rasa lebih yakin dan keserasian dengan jentera juga semakin baik. Jadi, saya mahu membawa momentum itu ke Austria dan cuba mendapatkan persediaan yang lebih baik sejak sesi latihan bebas.
Fokus utama saya adalah untuk mengharungi setiap sesi dengan konsisten, mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan kedudukan grid dan mendapatkan kedudukan permulaan yang baik.
Saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam perlumbaan nanti dan mengutip sebanyak mungkin mata untuk membantu saya memperbaiki kedudukan dalam kejuaraan.”
🇬🇧 “I feel that my previous experience racing at the Red Bull Ring will help me a lot, as I already have an idea of the characteristics of the circuit and the areas that require the most attention.
However, the situation is different this time as we are competing in the Moto3 World Championship, where the racing is very competitive. I need to adapt to the bike and the current race conditions.
After the race in Misano, I feel more confident and my feeling with the bike is improving. I want to carry that momentum into Austria and try to have a stronger preparation from Free Practice onwards.
My main focus is to remain consistent throughout every session, avoid mistakes that could affect my grid position and secure a good starting position.
I will give my best in the race and aim to score as many points as possible to help improve my position in the championship.”

🇲🇾 “Perlumbaan di Austria minggu ini, seperti biasa, kami harapkan Danish dapat memperoleh ‘feeling’ yang baik sejak sesi latihan bebas pertama (FP1).
Jika dilihat pada perlumbaan di San Marino, dia mengambil sedikit masa untuk mendapatkan ‘feeling’ dengan cepat di litar. Jadi, kami harapkan di Austria kali ini dia dapat membina rentak dan mendapatkan ritma yang baik seawal mungkin.
Ini penting kerana kami mahu Danish berada dalam kelompok kompetitif sejak FP1. Jika dia dapat membina rentak yang baik dari awal, ia akan membantu persediaannya untuk sesi kelayakan dan perlumbaan.
Yang penting, Danish perlu kekal fokus, mengurangkan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang yang ada. Kami percaya dia mempunyai potensi untuk bersaing lebih dekat dengan kelompok hadapan dan sasaran kami adalah untuk membawa pulang sebanyak mungkin mata dari Austria.”
🇬🇧 “The Austrian Grand Prix this week, as always, we hope Danish can find a good feeling with the bike from the first Free Practice session (FP1).
Looking at the race in San Marino, it took him a little time to find his feeling and build his pace around the circuit. So, this time in Austria, we hope he can build his rhythm and find his pace as early as possible.
This is important because we want Danish to be competitive from FP1 onwards. If he can build a good rhythm from the beginning, it will help with his preparation for qualifying and the race.
Most importantly, Danish needs to stay focused, minimise mistakes and make the most of every opportunity. We believe he has the potential to compete closer to the front group, and our target is to bring home as many points as possible from Austria.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD