Qabil Irfan terus menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika sesi FP2 Moto4 European Cup di Valencia pada 5 September lalu.
Selepas menjalani pembedahan di Hospital de Manises, Valencia, Qabil kini meneruskan proses pemulihan di Malaysia dengan sesi fisioterapi setiap hari yang diatur dan diselaraskan sepenuhnya oleh ZK Racing. Qabil juga telah mula melakukan latihan ringan seperti berbasikal dan menunggang motosikal bagi membina semula kekuatan fizikal secara berperingkat.
Qabil akan terlepas Moto4 European Cup Round 6 di Aragon, Sepanyol pada 25–27 September ini bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan.
Sekiranya pemulihan berjalan seperti dirancang dan mendapat pelepasan perubatan, Qabil disasarkan untuk kembali beraksi di Moto4 Asia Cup di Motegi, Jepun pada 2–4 Oktober 2026.
#Q4 #SICRacing #ZKRacing

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD