π²πΎ Sepang, Malaysia | 24 September 2025 β Dua pelumba negara, Adam Danial dan Sharf Muhriz, bersedia memulakan minggu perlumbaan bagi pusingan kelima Asia Talent Cup (ATC) yang akan berlangsung di Litar Mandalika, Indonesia. Litar sepanjang 4.3km ini menampilkan 11 selekoh kanan, 6 selekoh kiri serta laluan lurus sejauh 723 meter, sekali gus menawarkan cabaran teknikal tersendiri buat setiap pelumba.
Keputusan kurang memberangsangkan pada pusingan sebelum ini telah memberi pengajaran dan pengalaman berharga kepada kedua-dua pelumba. Dengan hanya berbaki dua pusingan lagi dalam musim ini, Adam dan Sharf bertekad untuk memperbaiki prestasi serta menampilkan aksi yang lebih meyakinkan di Mandalika.
Ketika ini, Adam menduduki tangga ke-24 keseluruhan manakala Sharf berada di kedudukan ke-18. Kedua-duanya berazam untuk menampilkan prestasi terbaik dalam baki musim ATC yang merangkumi 6 pusingan dengan 12 perlumbaan keseluruhan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi mereka hujung minggu ini, dengan Race 1 dijadualkan pada Sabtu dan Race 2 pada Ahad, yang boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube Asia Talent Cup.
|
|
|
The disappointing results from the previous round have provided both riders with valuable lessons and experience. With only two rounds remaining this season, Adam and Sharf are determined to improve their performance and deliver a stronger showing in Mandalika.
Currently, Adam is placed 24th overall, while Sharf sits in 18th position. Both are committed to showcasing their best performances in the remaining ATC season, which comprises six rounds with a total of 12 races.
Donβt miss the action this weekend, with Race 1 scheduled for Saturday and Race 2 on Sunday, available to watch live on the Asia Talent Cup YouTube channel.
Youtube Live Streaming:
https://www.youtube.com/@


π²πΎ “Perlumbaan Round 4 di Jepun banyak memberi saya pengajaran. Saya berusaha untuk menguatkan mental dan mengurangkan kesilapan semasa disetiap sesi. Walaupun agak lambat memahami litar dan mencari setup pada sesi FP1 & FP2, saya akan pastikan perkara sama tidak berulang dan berikan yang terbaik pada perlumbaan minggu ini.”
π¬π§ ” Round 4 in Japan has been a valuable learning experience for me. I worked on strengthening my mindset and reducing mistakes in every session. Although I was slightly late in adapting to the circuit and finding the right setup during FP1 and FP2, I will make sure not to repeat the same mistakes and give my very best in this weekβs race.”

π²πΎ ” Pada pusingan kali ini, saya bertekad untuk memperbaiki cara menunggang dan mental saya agar dapat mengumpul mata sebanyak mungkin daripada dua perlumbaan. Dari pusingan lepas, saya telah melakukan beberapa kesilapan, dan saya pasti tidak akan mengulanginya pada pusingan ini.”
π¬π§ ” In this round, I am determined to improve my riding and mindset to collect as many points as possible from the two races. From the previous round, I made a few mistakes, and I am determined not to repeat them this time.”


