🇲🇾 Mugello , Itali | 26 Mei 2026 – Hakim Danish Ramli kini bersedia mengharungi cabaran Pusingan 7 menerusi Grand Prix (GP) Itali yang dijadual berlangsung di Litar Mugello bermula 29 hingga 31 Mei ini.
Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan dengan menamatkan perlumbaan GP Catalunya di kedudukan ketujuh keseluruhan, Hakim Danish kini hadir ke Mugello dengan keyakinan lebih tinggi untuk meneruskan rentak positif selain memburu keputusan lebih baik dalam saingan Moto3 musim ini. Prestasi di Catalunya menyaksikan pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI itu bersaing dalam kelompok hadapan sepanjang perlumbaan dan hampir meraih podium sebelum kesilapan kecil pada pusingan terakhir memaksanya berpuas hati di tempat ketujuh.Bagaimanapun, pencapaian tersebut tetap memberi suntikan semangat apabila Hakim berjaya mengutip sembilan mata berharga, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan kepada 27 mata selepas enam pusingan.
Berbekalkan momentum itu, pelumba kelahiran Terengganu berusia 18 tahun tersebut mahu terus konsisten mengutip mata selain mencabar diri untuk merealisasikan impian meraih podium pertama di pentas dunia Moto3. Tumpuan utama Hakim ketika ini adalah memastikan permulaan positif seawal sesi latihan bebas Jumaat bagi membolehkan beliau mencatat masa kompetitif dan mengesahkan slot automatik ke sesi kelayakan kedua (Q2).
Keyakinan Hakim turut diperkukuh dengan rekod baik di Mugello yang bukan asing buat dirinya. Musim lalu dalam saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup, Hakim berjaya menamatkan Race 2 di tempat kedua, membuktikan kemampuannya menguasai karakter litar berkelajuan tinggi itu. Pengalaman beraksi cemerlang di Mugello dijangka menjadi kelebihan buat Hakim untuk kembali memberi saingan kepada kelompok hadapan hujung minggu ini.
🇬🇧 Mugello, Italy | 26 May 2026 – Hakim Danish Ramli is ready to take on Round 7 of the MotoGP World Championship at the Italian Grand Prix, which is scheduled to take place at the Mugello Circuit from 29 to 31 May.
After delivering an encouraging performance to finish seventh overall at the Catalunya Grand Prix, Hakim Danish arrives in Mugello with greater confidence as he looks to maintain his positive momentum and continue pushing for stronger results in this year’s Moto3 campaign. His performance in Catalunya saw the AEON Credit-MT Helmets-MSI rider running with the leading group throughout the race and coming close to securing a podium finish before a minor mistake on the final lap forced him to settle for seventh place. Nevertheless, the result still provided a welcome boost as Hakim collected nine valuable championship points, taking his overall tally to 27 points after six rounds.
Carrying that momentum into Mugello, the 18-year-old rider from Terengganu is aiming to remain consistent in scoring points while continuing his pursuit of a maiden podium finish on the Moto3 world stage. Hakim’s main focus this weekend will be to make a positive start from Friday’s free practice sessions, with the goal of posting competitive lap times and securing an automatic place in Q2.
Hakim’s confidence is further strengthened by his strong record at Mugello, a circuit he knows well. Last season in the Red Bull MotoGP Rookies Cup, he finished second in Race 2, underlining his ability to handle the characteristics of the high-speed circuit. That experience is expected to give Hakim an added advantage as he looks to challenge at the front once again this weekend.

🇲🇾 “Prestasi di Catalunya memang memberi banyak keyakinan kepada saya kerana saya dapat bersaing dalam kelompok hadapan sepanjang perlumbaan. Saya belajar banyak perkara, terutamanya bagaimana untuk mengawal rentak perlumbaan ketika berada di depan. Sudah tentu saya sedikit kecewa kerana terlepas peluang untuk menaiki podium susulan kesilapan kecil pada pusingan terakhir, namun saya mengambil perkara itu sebagai satu pengalaman berharga untuk terus memperbaiki diri.
Saya juga teruja untuk kembali ke Mugello kerana saya mempunyai kenangan yang baik di sana sebelum ini. Saya berharap pengalaman tersebut dapat membantu saya mendapatkan rentak lebih awal dan terus bersaing dalam kelompok hadapan. Fokus saya ketika ini adalah untuk terus bekerja keras, mendapatkan keputusan yang baik dan mengumpul mata penting buat pasukan. Saya juga mahu memberikan yang terbaik bagi memburu petak permulaan di barisan hadapan.”
🇬🇧 “Catalunya gave me a big confidence boost because I was able to stay with the leading group throughout the race. I learned a lot, especially about how to manage the pace of the race while running at the front. Of course, I was a little disappointed to miss out on the podium because of a small mistake on the final lap, but I’m taking that as a valuable lesson to keep improving.
“I’m also excited to return to Mugello because I have good memories there from before. I hope that experience will help me find my rhythm early and continue fighting with the leading group. My focus now is to keep working hard, achieve a strong result and collect important points for the team. I also want to give my best to fight for a front-row starting position.”

🇲🇾 “Hakim menunjukkan peningkatan sangat positif di Catalunya dan prestasi itu membuktikan dia semakin matang mengurus perlumbaan bersama kelompok hadapan. Hakim juga semakin serasi dengan jentera dan pasukannya. Saya harap perkara itu dapat memberi kelebihan kepada Hakim untuk mendapatkan setup terbaik di Mugello nanti.
Mugello adalah litar yang pernah menghadirkan keputusan baik buat Hakim sebelum ini, jadi kami berharap pengalaman itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sasaran utama adalah kekal konsisten, berada dalam kelompok pungutan mata dan jika ada peluang, kami mahu dia cabar kedudukan podium.”
🇬🇧 “Hakim showed very positive progress in Catalunya and that performance proved he is becoming more mature in managing races with the leading group. He is also growing more comfortable with both the bike and the team. I hope that will give Hakim an added advantage in finding the best set-up ahead of Mugello.
Mugello is a circuit where Hakim has delivered strong results before, so we hope he can make full use of that experience. The main target is to remain consistent, stay within the points-scoring positions and, if the opportunity arises, challenge for a podium finish.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD