🇲🇾 GOIANIA, Brazil | 17 Mac 2026 – Kempen Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi kelas Moto3 kini beralih ke benua Amerika Selatan dengan tumpuan utama terarah kepada pusingan kedua di Grand Prix (GP) Brazil, yang dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 22 Mac ini.
Perlumbaan yang berlangsung di Autódromo Internacional de Goiânia, Ayrton Senna itu menandakan kepulangan semula litar bersejarah tersebut dalam kalendar kejuaraan dunia selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 1989.
Litar sepanjang 3.84 kilometer (km) itu menjanjikan cabaran getir dari sudut teknikal dan fizikal selepas menyajikan kombinasi 14 selekoh, 9 ke kanan dan 5 ke kiri serta disusuli dengan laluan lurus berkelajuan tinggi yang menguji ketahanan jentera dan kemahiran pelumba.
Cabaran sengit ini bakal digalas oleh pelumba muda harapan negara, Hakim Danish Ramli, yang akan membuat penampilan sulungnya di litar berkenaan bersama pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi.
Selepas menamatkan aksi pembukaan musim di GP Thailand di kedudukan ke-18 keseluruhan, Hakim Danish hadir ke Brazil dengan motivasi tinggi.
Danish tekad untuk memperbaiki catatan masa bermula pada sesi latihan pada Jumaat dan sesi kelayakan minggu ini untuk memastikan mampu memburu penamat dalam kelompok hadapan yang lebih kompetitif.
Sebagai persiapan rapi, anak jati Terengganu ini telah menjalani latihan intensif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang bulan Ramadan. Selain itu, Hakim Danish kemudian meneruskan kem latihan di Sepanyol bagi mempertingkatkan tahap kecergasan fizikal serta membina keserasian bersama jentera sebelum terbang ke Brazil.
Dalam pada itu, Hakim Danish turut memberi tumpuan kepada pelarasan casis bagi mendapatkan tetapan paling sempurna menjelang hari perlumbaan di Goiânia. Biarpun terpaksa menyambut ketibaan Syawal di perantauan buat tahun kelima berturut-turut, pelumba berbakat ini tidak melihat ia sebagai halangan, sebaliknya menjadikan pengorbanan tersebut sebagai pencetus semangat untuk mempamerkan tunggangan cemerlang.
Berbekalkan sokongan padu pasukan, Hakim Danish optimis segala persiapan teliti yang diatur mampu diterjemahkan kepada keputusan yang lebih membanggakan.
🇬🇧 GOIÂNIA, Brazil | 17 March 2026 – The Moto3 class of the Motorcycle Grand Prix World Championship (MotoGP) campaign now shifts to South America, with primary attention focused on the second round at the Brazilian Grand Prix (GP), scheduled to take place from 20 to 22 March.
The race at the Autódromo Internacional de Goiânia, Ayrton Senna marks the return of the historic circuit to the world championship calendar after it last hosted an event in 1989.
The 3.84-kilometre circuit is expected to present significant technical and physical challenges, featuring a combination of 14 corners, nine right-handers and five left-handers, followed by a high-speed straight that will test both machine durability and rider skill.
This demanding challenge will be undertaken by Malaysia’s promising young rider, Hakim Danish Ramli, who is set to make his debut appearance at the circuit with the AEON Credit-MT Helmets-MSi team.
After finishing the season opener at the Thai Grand Prix in 18th position overall, Hakim Danish arrives in Brazil with strong motivation.
He is determined to improve his lap times starting from Friday’s practice sessions and this week’s qualifying in order to position himself for a more competitive finish among the leading group.
As part of his preparations, the Terengganu-born rider has undergone intensive training at the Sepang International Circuit (SIC) throughout the month of Ramadan. He subsequently continued his training camp in Spain to further enhance his physical fitness and build stronger synergy with the machine before travelling to Brazil.
In addition, Hakim Danish has been focusing on chassis adjustments to achieve the most optimal set-up ahead of race day in Goiânia. Although he will be celebrating the arrival of Syawal abroad for the fifth consecutive year, the talented rider does not view this as an obstacle. Instead, he considers the sacrifice as a source of motivation to deliver an outstanding performance.
With strong support from his team, Hakim Danish remains optimistic that the meticulous preparations put in place will translate into a more encouraging result.

🇲🇾 “Persiapan saya untuk pusingan kedua di GP Brazil ini berjalan dengan sangat lancar. Sejak minggu lalu, saya telah meningkatkan intensiti latihan kecergasan fizikal serta meluangkan lebih banyak masa latihan bersama jentera.
Saya dan Zulfahmi juga telah meneliti semula rakaman perlumbaan di Thailand untuk mengenal pasti kelemahan dan merangka strategi penambahbaikan. Kami tahu di mana ruang yang perlu diperbaiki dengan segera.
Fokus utama minggu ini sudah pasti untuk mengatasi pencapaian di Thailand dan memberi saingan sengit di kelompok hadapan. Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong saya. Doakan saya perlumbaan hujung minggu ini,”
🇬🇧 “My preparations for the second round at the Brazilian Grand Prix have been going very smoothly. Since last week, I have increased the intensity of my physical fitness training and spent more time working on track with the machine.
Zulfahmi and I have also reviewed the race footage from Thailand to identify our weaknesses and develop strategies for improvement. We know where the areas are that need immediate attention.
Our main focus this week is certainly to surpass the result achieved in Thailand and to challenge strongly among the leading group. I would also like to take this opportunity to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, and ask forgiveness for any shortcomings, to all Malaysians who have always supported me. Please keep me in your prayers for this weekend’s race.”

🇲🇾 “Litar Brazil merupakan litar baharu. Berdasarkan pemerhatian, terdapat banyak selekoh laju dan ia tidak terlalu teknikal. Keadaan ini menjadikan perbezaan prestasi antara pelumba lebih sukar untuk ditentukan. Saya yakin perlumbaan pada hari Ahad nanti akan berlangsung sengit dalam kategori Moto3.
Perlumbaan kelas Moto3 tahun ini sememangnya sangat sengit, dan kita dapat melihatnya sewaktu aksi pembuka tirai di Grand Prix Thailand tempoh hari. Hanya sedikit kesilapan mampu mewujudkan jurang yang sangat besar antara pelumba.
Walau bagaimanapun, saya yakin keputusan di Thailand merupakan satu proses pembelajaran penting buat Hakim Danish dalam perlumbaan pembukaan musim ini, khususnya untuk memahami karakter jentera serta menyesuaikan diri dengan pasukan dan kru.
Untuk aksi di Brazil, saya mengharapkan peningkatan prestasi yang lebih ketara. Hakim Danish telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kem latihan, dan kini tiba masanya untuk dia menterjemahkan usaha tersebut kepada keputusan yang positif serta bersaing dalam kelompok yang lebih kompetitif.”
🇬🇧 “Brazil is a new circuit. Based on initial observations, it features many fast corners and is not overly technical. This makes it more difficult for riders to create a significant gap between one another. I am confident that Sunday’s race will be highly competitive in the Moto3 category.
The Moto3 class has been extremely competitive this year, as we witnessed during the season opener at the Thailand Grand Prix recently. Even the slightest mistake can create a very large gap between riders.
Nevertheless, I believe the result in Thailand was an important learning process for Hakim Danish in his first race of the season, particularly in understanding the character of the machine and adapting to the team and crew.
For the race in Brazil, I am expecting a more noticeable improvement in performance. Hakim Danish has shown strong commitment during the training camp, and now it is time for him to translate that effort into positive results and compete within a more competitive group.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD