
๐ฒ๐พ Barcelona, Sepanyol | 03 November 2025 โ Secara keseluruhan, minggu perlumbaan FIM JuniorGP World Championship ini memberikan keputusan yang agak memuaskan untuk kedua-dua perlumbaan, Race 1 dan Race 2.
Sesi Free Practice 1 dan 2 berlangsung dalam keadaan yang sedikit mencabar buat Hakim Danish, namun beliau berjaya terus melayakkan diri ke sesi Q2. Keputusan Q2 tidak begitu memberangsangkan apabila Danish menamatkan sesi di kedudukan ke-14, sekaligus memulakan perlumbaan dari petak ke-14. Pasukan bekerja keras mencari setup terbaik bagi memastikan Danish dapat menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang positif.
Race 1
Seawal perlumbaan bermula, kesemua pelumba dilihat cuba mengekalkan pace masing-masing termasuk Danish. Bermula dari petak ke-14, Danish berjaya memintas satu demi satu pelumba untuk berada dalam kelompok hadapan dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-9.
Race 2
Perlumbaan Race 2 berlangsung dengan lebih menarik apabila Danish dan pelumba lain mempamerkan tunggangan yang agresif sejak awal perlumbaan sehinggalah bendera merah dikibarkan susulan insiden di laluan lurus sebelum selekoh pertama.
Danish, yang bermula dari petak ke-14, sekali lagi berjaya berada dalam kelompok hadapan dengan aksi saling memintas yang sengit. Beberapa kali Danish menduduki tempat kedua sebelum dipintas semula oleh pelumba lain, dan akhirnya menamatkan perlumbaan Race 2 di kedudukan ke-6.
๐ฌ๐ง Barcelona, Sepanyol | 03 November 2025 โ The FIM JuniorGP World Championship race weekend delivered a fairly satisfying outcome for both Race 1 and Race 2.
The Free Practice 1 and 2 sessions proved to be quite challenging for Hakim Danish; however, he successfully secured a direct entry into Q2. The Q2 result was not as strong as expected, with Danish finishing 14th, which placed him on the 14th grid position for the race start. The team worked tirelessly to find the best setup to ensure Danish could finish the race in a positive position.
Race 1
From the start of the race, all riders were seen maintaining their pace, including Danish. Starting from 14th on the grid, Danish made several impressive overtakes to move up into the leading group and eventually finished the race in 9th position.
Race 2
Race 2 was even more exciting as Danish and the other riders displayed an aggressive approach from the beginning until the red flag was shown following an incident on the straight before Turn 1.
Starting once again from 14th, Danish managed to position himself among the front group, with intense and action-packed battles throughout the race. At several moments, he was running in second place before being overtaken again by other riders, and he eventually finished Race 2 in 6th position.

๐ฒ๐พ โSelesai untuk pusingan ke-6 JuniorGP. Dalam Race 1, saya kurang agresif ketika melakukan overtake sepanjang perlumbaan. Untuk Race 2, saya lebih agresif di selekoh dan cuba memintas pelumba lain sebanyak mungkin. Namun, terdapat insiden antara saya dan seorang pelumba lain di mana kami bertembung dan menyebabkan perlumbaan dihentikan dengan red flag. Saya berharap pelumba tersebut berada dalam keadaan baik.
Saya akan terus berusaha dan memberikan yang terbaik untuk minggu ini di Moto3 World Championship di Algarve, Portugal.โ
๐ฌ๐ง โRound 6 of the JuniorGP is done. In Race 1, I wasnโt aggressive enough when overtaking during the race. For Race 2, I was more aggressive in the corners and tried to overtake as many riders as possible. However, there was an incident between me and another rider where we made contact, which caused the race to be red-flagged. I hope the rider involved is okay.
Iโll keep pushing and give my best effort this week at the Moto3 World Championship in Algarve, Portugal.โ


OVERALL CHAMPIONSHIP STANDING :


๐ฒ๐พ “Perlumbaan Race 1 tidak begitu memuaskan. Saya tahu Danish mempunyai pace yang sangat baik dan berpotensi untuk berada dalam kelompok hadapan. Namun, dalam Race 1, Danish dilihat kurang agresif seperti yang diharapkan. Selepas beberapa perbincangan selepas Race 1, Danish menunjukkan peningkatan yang ketara serta prestasi yang baik dalam Race 2 walaupun perlumbaan terhenti dengan bendera merah pada pusingan terakhir. Ia merupakan perlumbaan yang hebat dengan semangat juang tinggi untuk merebut podium.
Saya berharap momentum ini akan berterusan di Portimao minggu ini. Terima kasih kepada pasukan dan penaja, serta kepada Danish atas usaha yang diberikan. Kami akan terus berjuang untuk mendapatkan keputusan terbaik sehingga ke penghujung musim JuniorGP.”
๐ฌ๐ง “Race 1 was not really satisfying. I know Danish has a very strong pace and the ability to be in the front group. However, in Race 1, he wasnโt as aggressive as expected. After several discussions following Race 1, Danish showed clear improvement and a strong performance in Race 2 despite the red flag on the last lap. It was a good race with a strong fight for the podium.
I hope this momentum will continue in Portimao this week. Thank you to the team and sponsors, and also to Danish for the effort. We will keep pushing to achieve the best possible results until the end of the JuniorGP season.”

