🇲🇾 Portimao, Portugal (04 November 2025) – Minggu perlumbaan Moto3 World Championship kini kembali, kali ini bertempat di litar Autódromo Internacional do Algarve, atau lebih dikenali sebagai Portimão, Portugal. Litar ini digelar “Roller Coaster” kerana bentuknya yang berbukit dengan kombinasi selekoh berkelajuan tinggi yang mencabar. Dengan 9 selekoh ke kanan dan 6 ke kiri, litar ini pasti memberikan pengalaman berbeza buat Hakim Danish.
Hakim Danish menyertai perlumbaan kali ini sebagai pelumba gantian bagi Ryusei Yamanaka dari pasukan MT MSi Racing, selepas Yamanaka terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan dan tidak dapat meneruskan dua baki perlumbaan musim 2025, PortugueseGP dan ValencianGP.
Baru sahaja menamatkan perlumbaan FIM JuniorGP World Championship di Barcelona dengan keputusan tempat ke-9 untuk Race 1 dan tempat ke-6 untuk Race 2, Hakim Danish hadir ke PortugueseGP dengan momentum yang sangat positif untuk meneruskan aksi hujung minggu ini.
🇬🇧 Portimao, Portugal (04 November 2025) – The Moto3 World Championship race week returns, this time taking place at the Autódromo Internacional do Algarve, better known as Portimão, Portugal. The circuit, famously nicknamed the “Roller Coaster,” is known for its elevation changes and a series of fast, challenging corners. With nine right-hand turns and six to the left, it promises a unique experience for Hakim Danish.
Hakim Danish joins this round as a replacement rider for Ryusei Yamanaka from the MT MSi Racing team, following Yamanaka’s surgery due to injury, which prevents him from competing in the final two races of the 2025 season, the PortugueseGP and ValencianGP.
Fresh from the FIM JuniorGP World Championship in Barcelona, where he finished ninth in Race 1 and sixth in Race 2, Hakim Danish carries strong momentum heading into the PortugueseGP this weekend.

🇲🇾 “Saya amat berterima kasih kepada Pasukan MSI Racing kerana mempercayai saya dengan peluang ini untuk menggantikan Ryusei Yamanaka, yang kini sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahan. Saya mendoakan agar Yamanaka sembuh sepenuhnya dengan cepat.
Selepas daripada perlumbaan Junior GP di Barcelona, saya berasa yakin, bermotivasi, dan bersedia menghadapi hujung minggu Moto3 World Championship ini. Ia adalah satu langkah yang luar biasa bagi saya, dan saya fokus untuk belajar sebanyak mungkin sambil memberikan prestasi terbaik di litar. Saya akan bekerjasama rapat dengan pasukan dan kru bagi memastikan kami bersedia sepenuhnya dan kompetitif. Saya sangat teruja untuk mewakili MSI Racing dan memberikan segala-galanya minggu ini.”
🇬🇧 “I’m truly grateful to the MSI Racing Team for trusting me with this opportunity to step in for Ryusei Yamanaka, who’s currently recovering from surgery. I wish him a full and speedy recovery, and I hope to make him and the team proud.
Coming straight from the Junior GP race in Barcelona, I’m feeling confident, motivated, and ready to take on this Moto3 World Championship weekend. It’s an incredible step for me, and I’m focused on learning as much as I can while giving my absolute best on track. I’ll be working closely with my team, crew, and staff to ensure we’re fully prepared and competitive. I’m really looking forward to representing MSI Racing and giving everything I have out there.”


🇲🇾 “PortugueseGP merupakan peluang bagi pasukan (SIC Racing), Danish diberi peluang untuk menggantikan Yamanaka. Secara jujurnya, ini akan menjadi bulan yang sangat sibuk bagi Danish dengan empat hujung minggu Danish mempunyai perlumbaan berturut-turut. Saya hanya berharap Danish dapat kekal sihat sepanjang tempoh ini dan terus kompetitif dalam kedua-dua Kejohanan Dunia Moto3 dan JuniorGP.
🇬🇧 “The PortugueseGP is a huge opportunity for the team (SIC Racing), giving Danish the chance to replace Yamanaka. To be honest, it’s going to be a very busy month for Danish, with four consecutive weekends of racing. I just hope he can stay healthy throughout this period and remain competitive in both the Moto3 and JuniorGP World Championship.

