\
Genting Highlands, 30 Julai 2026 – Taman Tema Genting SkyWorlds hari ini secara rasmi melantik bintang perlumbaan motosikal negara, Hakim Danish, sebagai Duta Taman Tema menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus memperkukuh kerjasama strategik yang meraikan kecemerlangan atlet tempatan serta menyemarakkan keterujaan menjelang pembukaan tarikan terbaharu, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing.
Kerjasama yang dimeterai menerusi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) ini mencerminkan komitmen Resorts World Genting dalam menyokong serta mengiktiraf rakyat Malaysia yang terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Menerusi inisiatif “Inspirasi Anak Malaysia”, kerjasama ini meraikan perjalanan cemerlang Hakim Danish daripada litar perlumbaan tempatan ke pentas perlumbaan motosikal antarabangsa, sekali gus dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk berani mengejar impian serta menggapai kejayaan dengan penuh keazaman dan ketabahan.
Sebagai Duta Taman Tema, Hakim Danish bersama Taman Tema Genting SkyWorlds akan membawa keterujaan serta nilai-nilai dunia perlumbaan motosikal lebih dekat kepada keluarga dan peminat muda. Kerjasama ini turut membuka peluang kepada pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia serta sesi perkongsian eksklusif, di mana Hakim akan berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau sebagai atlet muda yang beraksi di pentas antarabangsa. Melalui kerjasama ini, Genting SkyWorlds dan ZK Racing berhasrat untuk memupuk bakat baharu dalam bidang sukan permotoran, menyemarakkan semangat kecemerlangan serta memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk berani mengejar impian dan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Semangat terhadap sukan permotoran ini turut diterjemahkan menerusi tarikan terbaharu Taman Tema Genting SkyWorlds, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, yang bakal menawarkan pengalaman perlumbaan motosikal yang mendebarkan menerusi pengalaman permainan imersif yang penuh aksi. Seiring dengan perkembangan sukan permotoran antarabangsa, tarikan ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri elemen kepantasan, keterujaan dan pengembaraan yang menjadi daya tarikan utama kepada peminat sukan permotoran di seluruh dunia.
Dilahirkan di Terengganu, Hakim Danish merupakan antara bakat muda paling menyerlah dalam arena perlumbaan motosikal negara yang telah mengukir pelbagai pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa. Antara pencapaian cemerlang beliau termasuk menjadi rakyat Malaysia pertama yang menjuarai Kejuaraan Idemitsu Asia Talent Cup 2022. Tahun ini, beliau sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama dalam tempoh lebih sedekad yang berjaya menaiki podium Kejuaraan Dunia Moto3 serta mencatat kemenangan Grand Prix.
Perjalanan beliau mencerminkan semangat keazaman, ketabahan dan keberanian dalam menyahut cabaran, nilai-nilai yang selari dengan komitmen Taman Tema Genting SkyWorlds untuk mencipta pengalaman yang memberi inspirasi kepada para pengunjung agar berani melangkaui kebiasaan serta meneroka pengembaraan baharu.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting berkata, pelantikan Hakim Danish sebagai Duta Taman Tema membuka lembaran baharu dalam meraikan kecemerlangan bakat sukan negara di samping mencipta pengalaman yang lebih bermakna dan inspiratif buat para pengunjung.
“Hakim Danish melambangkan keazaman, cita-cita dan ketabahan yang menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Sebagai atlet muda yang terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, beliau merupakan rakan kerjasama yang amat sesuai untuk Taman Tema Genting SkyWorlds serta duta yang tepat bagi jenama kami,” katanya.
“Selain meraikan pencapaian beliau, kerjasama ini membolehkan kami mendekati masyarakat menerusi kisah kejayaan yang mencerminkan semangat Inspirasi Anak Malaysia. Kami turut menantikan peluang untuk melihat Hakim merasai sendiri tarikan terbaharu kami, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, apabila ia dibuka secara rasmi kepada para pengunjung. Perjalanan dan kejayaan beliau diharapkan dapat terus menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk berani mengejar cita-cita, menyahut cabaran serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya.
“Menjelang perlumbaan Formula 1 yang dinanti-nantikan, inilah masa yang tepat untuk para pengunjung merasai sendiri keterujaan dunia perlumbaan di Taman Tema Genting SkyWorlds dan Taman Tema Tertutup Skytropolis. Daripada roller coaster yang mendebarkan hinggalah kepada pelbagai pengalaman baharu yang bakal diperkenalkan, kami mengalu-alukan para peminat sukan permotoran untuk menikmati keseronokan, cabaran dan adrenalin yang menanti mereka di sini,” katanya.
Hakim Danish turut melahirkan rasa penghargaan atas peluang yang diberikan untuk mewakili salah satu destinasi pelancongan dan hiburan terkemuka di Malaysia. “Saya amat berbesar hati dan bersyukur kepada Taman Tema Genting SkyWorlds kerana memberikan kepercayaan kepada saya serta memilih saya sebagai duta. Kerjasama ini bukan sekadar mengenai kerjaya perlumbaan saya, malah merupakan satu platform untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia agar berani bermimpi, berusaha gigih dan tidak pernah berputus asa dalam mengejar cita-cita mereka. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Taman Tema Genting SkyWorlds, berkongsi perjalanan saya serta terus mengharumkan nama Malaysia, bukan sahaja di litar, malah di luar litar juga.”
Bagi meraikan kerjasama ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan koleksi cenderamata edisi terhad hasil kolaborasi bersama Hakim Danish. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai permainan dan tarikan mendebarkan di Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi Unlimited Pass, yang kini ditawarkan pada harga istimewa RM188 sehingga 31 Ogos 2026.
Untuk maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform media sosial rasmi kami.
– Tamat –
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi::
Ms. Michelle Wong
Head – Public Relations & Communication
Social Commerce and Public Communication
Genting Malaysia Berhad
Tel: (603) 6105 9608
Email: michelle.wong@rwgenting.com
Mr. Eddy Edzwan
Manager – Communication & Media
ZK Racing Sdn. bhd
Tel: 013-4482190
Email: eddy@zkracing.com.my
Ms Mei Yeap Lee Mui
Assistant Manager
Public Relations & Media
Genting Malaysia Berhad
Tel: (603) 6105 9447
Email: mei.yeap@rwgenting.com
Mengenai Genting Malaysia
Genting Malaysia merupakan salah satu syarikat terkemuka di peringkat global dalam sektor perkhidmatan rekreasi dan hospitaliti. Tersenarai di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak kira-kira RM10 bilion, Genting Malaysia memiliki dan mengendalikan rangkaian hartanah resort ikonik, termasuk Resorts World Genting (RWG) di Malaysia, Resorts World New York City, serta Resorts World Catskills dan Resorts World Hudson Valley (kedua-duanya dimiliki sebanyak 49% melalui syarikat bersekutu) di Amerika Syarikat, Resorts World Bimini di Bahamas, Resorts World Birmingham dan lebih 30 kasino di United Kingdom, serta Crockfords Cairo di Mesir. Genting Malaysia turut memiliki dan mengendalikan dua resort tepi laut yang terkemuka di Malaysia, iaitu Resorts World Kijal di Terengganu dan Resorts World Langkawi di Pulau Langkawi.
Terletak pada ketinggian 6,000 kaki dari paras laut, Resorts World Genting (RWG) adalah resort bersepadu utama di Malaysia yang terletak di puncak bukit. Resort ini menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan hiburan lengkap, termasuk 10,500 bilik di tujuh hotel eksklusif, permainan kasino, taman tema, tarikan hiburan, kedai makan dan runcit, serta pertunjukan bertaraf antarabangsa dan kemudahan konvensyen perniagaan. Dikelilingi oleh kehijauan semula jadi di kawasan bukit pertengahan, Resorts World Awana melengkapkan pengalaman premium ini dengan landskap semula jadi yang mempesona, padang golf pergunungan, laluan kembara hutan yang mencabar, serta berdekatan dengan pelbagai tarikan utama. Selain itu, Genting Highlands Premium Outlets (usaha sama antara Genting Plantations Berhad dan Simon Property Group) menambah nilai kepada pelbagai tawaran di RWG, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama rekreasi dan hiburan di rantau ini. Sebagai tempat kelahiran Kumpulan Genting, RWG akan menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti promosi menarik untuk menyambut ulang tahun ke-60 Jubli Intan Kumpulan Genting, menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada setiap pengunjung.
Genting Malaysia adalah sebahagian daripada Kumpulan Genting, salah satu syarikat multinasional terkemuka dan terbaik di Asia. Kumpulan Genting dipimpin oleh Tan Sri Lim Kok Thay, seorang usahawan visionari yang telah berjaya menjadikan jenama Resorts World sebagai peneraju utama dalam sektor rekreasi dan hospitaliti di Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, Bahamas, dan United Kingdom. Selain itu, Tan Sri Lim Kok Thay juga mempunyai pelaburan yang signifikan dalam pelbagai sektor global, termasuk ladang minyak sawit, pembangunan hartanah, penjanaan tenaga, minyak dan gas, pelayaran, serta bioteknologi.
Genting Higlands, 30 July 2026 – Genting SkyWorlds Theme Park today officially welcomed Malaysian racing star Hakim Danish as its Theme Park Ambassador, marking the beginning of a strategic partnership that celebrates homegrown sporting excellence while building excitement for the theme park’s upcoming Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing attraction.
Formalised through a Memorandum of Understanding (MoU) signing ceremony, the collaboration reflects Resorts World Genting’s commitment to supporting and celebrating Malaysians who continue to raise the nation’s profile on the global stage. Under the “Inspirasi Anak Malaysia” initiative, the partnership recognises Hakim Danish’s remarkable journey from local racing circuits to international motorsport competition and aims to inspire aspiring young Malaysians to pursue their ambitions with determination and resilience.
As Theme Park Ambassador, Hakim Danish and Genting SkyWorlds will bring the excitement and values of motorsport closer to families and young fans. The collaboration will also serve as a platform for youth engagement programmes and exclusive sharing sessions, where Hakim can share his experiences and journey as a young athlete competing on the international stage. Together, the partnership aims to nurture future Malaysian motorsport talent, ignite a passion for excellence, and encourage more young Malaysians to pursue their dreams and strive for excellence in their field.
The collaboration also reflects the shared commitment of Genting SkyWorlds and ZK Racing to inspire the next generation of Malaysian motorsport talent by creating meaningful opportunities for youth engagement, education and community outreach beyond the racetrack.
The shared passion for motorsport extends beyond the track with Genting SkyWorlds’ upcoming attraction, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, bringing the thrill of motorcycle racing to life through an immersive ride experience. As Malaysia prepares to welcome another exciting season of international motorsports, the attraction offers guests a new way to experience the speed, excitement and adventure that continue to captivate racing fans.
Born in Terengganu, Hakim Danish has quickly established himself as one of Malaysia’s most promising young motorsport talents, achieving multiple milestones on the international racing stage. His accomplishments include becoming the first Malaysian to win the 2022 Idemitsu Asia Talent Cup championship, before making history once again this year by becoming the first Malaysian in over a decade to stand on the Moto3 World Championship podium and secure a Grand Prix victory.
His journey reflects the spirit of perseverance and taking on new challenges, values that align with Genting SkyWorlds’ commitment to creating experiences that inspire guests to step beyond the ordinary and discover new adventures.
Speaking at the event, Spencer Lee, Executive Vice President of Sales, Marketing and Public Relations of Resorts World Genting, said the appointment of Hakim Danish as ambassador marks an exciting opportunity to celebrate Malaysian sporting talent while creating meaningful experiences for guests.
“Hakim Danish represents the determination, ambition and resilience that have inspired Malaysians across the country. As a young athlete who continues to make Malaysia proud on the international stage, he is a natural partner for Genting SkyWorlds and an excellent ambassador for our brand,” he added. “Beyond celebrating his achievements, this collaboration allows us to connect with communities through an inspiring Malaysian success story. We also look forward to welcoming Hakim back to experience our upcoming attraction, Mad Ramp Peak – Full Throttle Racing, when it officially opens to guests. We hope his journey encourages young Malaysians to dream big, embrace challenges and pursue excellence in whatever they do.”
“With anticipation building ahead of the upcoming Formula 1 race, there is no better time for guests to experience the excitement of speed at Genting SkyWorlds and Skytropolis Indoor Theme Park. From our exhilarating roller coasters to more thrilling adventures still to come, we look forward to welcoming racing fans to enjoy the adrenaline and excitement that await them here,” he concluded.
Hakim Danish expressed his appreciation for the opportunity to represent one of Malaysia’s leading tourism and entertainment destinations. “I am truly honoured and grateful to Genting SkyWorlds for believing in me and choosing me as its Theme Park Ambassador. This partnership is about more than my racing career. It is an opportunity to inspire more young Malaysians to dream big, work hard and never give up on their ambitions. I look forward to working closely with Genting SkyWorlds, sharing my journey and continuing to make Malaysia proud, both on and off the track.”
To mark the collaboration, guests can look forward to a limited-edition co-branded merchandise collection inspired by Hakim Danish. Visitors can also experience the excitement of Genting SkyWorlds’ thrills and rides with the Unlimited Pass, now available at a special prive of RM188 until 31 August 2026.
For more information, visit rwgenting.com or follow our official media platforms.
– Ends –
For media enquiries, please contact:
Ms. Michelle Wong
Head – Public Relations & Communication
Social Commerce and Public Communication
Genting Malaysia Berhad
Tel: (603) 6105 9608
Email: michelle.wong@rwgenting.com
Mr. Eddy Edzwan
Manager – Communication & Media
ZK Racing Sdn. bhd
Tel: 013-4482190
Email: eddy@zkracing.com.my
Ms Mei Yeap Lee Mui
Assistant Manager
Public Relations & Media
Genting Malaysia Berhad
Tel: (603) 6105 9447
Email: mei.yeap@rwgenting.com
About Genting Malaysia
Genting Malaysia is one of the leading leisure and hospitality corporations in the world. Listed on Bursa Malaysia with approximately RM10 billion in market capitalisation, Genting Malaysia owns and operates major resort properties including Resorts World Genting (RWG) in Malaysia; Resorts World New York City, Resorts World Catskills and Resorts World Hudson Valley in the United States of America (US); Resorts World Bimini in the Bahamas; Resorts World Birmingham and over 30 casinos in the United Kingdom (UK); and Crockfords Cairo in Egypt. Genting Malaysia also owns and operates two seaside resorts in Malaysia, namely Resorts World Kijal in Terengganu and Resorts World Langkawi on Langkawi Island.
Located 6,000ft above sea level, RWG is Malaysia’s premier hilltop integrated resort. The resort features wide-ranging leisure and entertainment facilities including 10,500 rooms across seven distinct hotels, gaming, theme park and amusement attractions, dining and retail outlets, as well as international shows and business convention facilities. Nestled amidst the mid-hills, Resorts World Awana complements this extensive premium experience with its natural greenery, mountainous golf course, trekking trails, and proximity to key attractions. Moreover, Genting Highlands Premium Outlets (a joint venture between Genting Plantations Berhad and Simon Property Group), further complements RWG’s diverse offerings, solidifying its status as a leading leisure and entertainment hub in the region.
Genting Malaysia is a member of the Genting Group, one of Asia’s leading and best-managed multinational companies. The Genting Group is led by Tan Sri Lim Kok Thay, a visionary entrepreneur who has successfully established the Resorts World brand as a leader in the leisure and hospitality sector in Malaysia, Singapore, the US, the Bahamas and the UK. Tan Sri Lim Kok Thay also has significant investments in other industries globally including oil palm plantations, property development, power generation, oil and gas, cruise and biotechnology.


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD