🇲🇾 SEPANG, MALAYSIA (25 OKTOBER 2025) – Teka-teki mengenai masa depan bintang muda negara, Hakim Danish Ramli akhirnya terjawab selepas rasminya ‘naik pangkat’ beraksi sebagai pelumba tetap dalam Kejuaraan Motosikal Dunia kelas Moto3 musim 2026 bersama pasukan terkemuka, MSi Racing Team.
Pengumuman bersejarah tersebut dibuat susulan prestasi cemerlang dan persembahan konsisten yang dipamerkan pelumba berusia 18 tahun itu sepanjang musim 2025 terutama dua perlumbaan terkemuka di Eropah iaitu di Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP (JrGP) dan Red Bull MotoGP Rookies Cup. Hasilnya, pelumba kelahiran Terengganu itu bukan sahaja berjaya meraih podium dalam saingan JrGP, tetapi juga mencipta sejarah dengan menamatkan saingan di tempat ketiga keseluruhan dalam Red Bull MotoGP Rookies Cup.
Tumpuan dan kerja keras persiapan Hakim Danish sebagai pelumba wildcard di PETRONAS Grand Prix of Malaysia turut meyakinkan sepenuhnya pihak pengurusan pasukan pasukan No.2 dunia itu untuk mengikat kontrak bersama pelumba negara. Menjelang tahun depan, Hakim Danish akan bergandingan bersama pelumba dari Jepun, Ryusei Yamanaka selepas Angel Piqueras terlebih dahulu dinaikkan pangkat beralih ke Kejuaraan Dunia Moto2 pada musim 2026.
Sebagai rekod, perjalanan Hakim Danish ke pentas dunia merupakan hasil dedikasi dan bakat yang luar biasa, bermula dengan kejayaannya menjuarai gelaran Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) pada 2022. Beliau juga telah pun menjadi sebahagian daripada keluarga MSi dalam saingan JrGP musim ini, di mana perkembangannya sentiasa dipantau rapi pasukan Litar Antarabangsa Sepang (SIC), ZK Racing dan tidak terkecuali oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang mengeluarkan sokongan kepada pelumba muda ini ke pentas Eropah.
🇬🇧 SEPANG, MALAYSIA (25 OCTOBER 2025) – The future of Malaysia’s young star, Hakim Danish Ramli, has finally been revealed, as he has officially been “promoted” to compete as a full-time rider in the Moto3 World Championship 2026 with the renowned MSi Racing Team.
This historic announcement follows the exceptional performance and consistent displays by the 18-year-old throughout the 2025 season, particularly in two major European competitions: the FIM JuniorGP World Championship (JrGP) and the Red Bull MotoGP Rookies Cup. The Terengganu-born rider not only secured podium finishes in the JrGP, but also made history by finishing third overall in the Red Bull MotoGP Rookies Cup.
Hakim Danish’s focus and hard work during his wildcard appearance at the Malaysian Grand Prix fully convinced the management of the world’s No.2 team to sign a contract with the Malaysian rider. In the upcoming season, Hakim Danish will be partnered with Japanese rider Ryusei Yamanaka, following Angel Piqueras’ promotion to the Moto2 World Championship in 2026.
Hakim Danish’s journey to the world stage is a result of his extraordinary dedication and talent, beginning with his triumph in the Idemitsu Asia Talent Cup (ATC) in 2022. He has also been part of the MSi family during this year’s JrGP season, with his development closely monitored by the Sepang International Circuit (SIC) team, ZK Racing, and the Ministry of Youth and Sports (KBS), which has supported the young rider in his European endeavours.

🇲🇾 “Sudah tentu, berita ini membuatkan saya sangat gembira dan memberikan saya motivasi serta semangat tambahan untuk berusaha lebih keras pada hujung minggu ini. Saya sangat teruja untuk menyertai Moto3 pada tahun 2026 bersama pasukan MT MSI ia benar-benar merupakan impian yang menjadi kenyataan. Saya tidak sabar menantikan tahun hadapan dan akan memberikan 100% usaha saya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pasukan MT MSI Racing, Jordi, Oscar, penaja saya KBS, SIC, ZK Racing dan Terengganu Inc, serta semua peminat yang sentiasa percaya dan menyokong perjalanan saya. Saya tidak akan mampu sampai ke tahap ini tanpa anda semua.”
🇬🇧 “Of course, this news makes me really happy and gives me extra motivation and spirit to push harder this weekend. I’m so excited to be joining Moto3 in 2026 with MT MSI, it’s truly a dream come true. I’m really looking forward to next year and will give my absolute 100%.
A big thank you to the MT MSI Racing Team, Jordi, Oscar, my sponsors KBS, SIC, ZK Racing, and Terengganu Inc and to all my fans who have always believed in me and supported my journey. I couldn’t have done it without you”

🇲🇾 “Kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan bahawa Hakim Danish akan bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto3 musim depan. Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, matlamat kami adalah untuk membangunkan pelumba kami secara berperingkat hingga ke kelas tertinggi MotoGP.
Bersama Hakim, kami telah membentuk satu projek khas dengan menjadikannya satu-satunya pelumba kami dalam saingan JuniorGP. Kami amat berbangga dengan langkah besar ini kerana ia mencerminkan falsafah pasukan kami untuk menemani dan membimbing pelumba kami dari kategori bawah hingga ke puncak dunia.”
🇬🇧 “We are delighted to announce that Hakim Danish will be competing in the Moto3 World Championship next season. As we have said on other occasions, our goal is to work our way up to MotoGP together with our riders.
We set up a special project with Hakim, making him our sole rider in the JuniorGP. We are very proud of this step forward, as it fulfils our team philosophy to accompany and guide our riders from the lower categories all the way to the top.”

🇲🇾 “Secara jujurnya, saya sangat gembira untuk sekali lagi menjadi sebahagian daripada pasukan MSi. Sejak 2023 hingga kini, ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan bermakna bersama Jody dan Oscar. Terima kasih kerana terus mempercayai pelumba Malaysia, mempercayai Hakim Danish. Saya benar-benar percaya dengan potensi besar yang dimiliki Hakim Danish, dan bersama pasukan MSi, saya yakin kami mampu mencapai keputusan yang baik pada musim depan.
Terima kasih juga kepada semua rakan kongsi kami SIC dan KBS yang sentiasa bersama kami sepanjang perjalanan ini.”
🇬🇧 “Honestly, I’m really happy to be part of the MSi team once again. Since 2023 until now, it has been a long and meaningful journey together with Jody and Oscar. Thank you for continuing to trust Malaysian riders, and for believing in Hakim Danish. I fully believe in Hakim Danish’s potential, and together with the MSi team, I’m confident we can achieve good results next year.
Thank you also to all our partners SIC and KBS who have always been with us throughout this journey.”

