HAKIM DANISH AKHIRI MUSIM JUNIORGP DI KEDUDUKAN KE-8 KESELURUHAN

πŸ‡²πŸ‡Ύ Valencia, Sepanyol | 25 November 2025 – FIM JuniorGP World Championship telah melabuhkan tirai musim 2025 pada pusingan ke-7 yang berlangsung di Circuit Ricardo Tormo, Valencia minggu lalu. Persaingan pada pusingan kali ini cukup sengit memandangkan ia merupakan perlumbaan penutup musim, di mana semua pelumba dan pasukan memberikan komitmen maksimum bagi menutup tahun 2025 dengan keputusan terbaik.
Hakim Danish memulakan minggu perlumbaan dengan sesi FP1 dan FP2, namun sedikit bergelut untuk mendapatkan keserasian bersama jentera. Danish menamatkan FP1 di kedudukan ke-18 (+1.917 saat) dan FP2 di kedudukan ke-15 (+2.714 saat), situasi yang sedikit membimbangkan apabila pelumba lain menunjukkan peningkatan masa yang konsisten.

Namun, sesi Practice membawa perkembangan positif apabila Danish mempamerkan peningkatan ketara dan menamatkan sesi tersebut di kedudukan ke-3, hanya +0.501 saat di belakang pendahulu. Dengan momentum tersebut, Danish mara ke Qualifying 2 dan menamatkannya di kedudukan ke-9, sekali gus mengesahkan petak grid kesembilan untuk perlumbaan.

Ini merupakan perlumbaan terakhir Danish dalam FIM JuniorGP World Championship, sebelum Danish melangkah ke Moto3 World Championship pada tahun 2026. Danish menutup musim 2025 dengan kutipan 89 mata dan berada di kedudukan ke-8 keseluruhan daripada 32 pelumba dunia. Ia adalah satu peningkatan yang cukup ketara berbanding musim 2024, di mana Danish hanya mengumpul 46 mata dan menamatkan musim di kedudukan ke-15 daripada 32 pelumba.

Race 1

Sebaik sahaja lampu merah terpadam, Danish melakukan permulaan yang sedikit lewat dan gagal menyertai kelompok hadapan pada peringkat awal. Di pertengahan perlumbaan, Danish berjaya memintas beberapa pelumba dan mengekalkan kedudukan sehingga ke garisan penamat di tempat ke-9.

Race 2
Danish memulakan Race 2 dengan lebih baik, namun beberapa tentangan daripada pelumba lain menyebabkan Danish terputus daripada kumpulan hadapan. Danish kekal bersaing dalam kelompok perebutan tempat ke-7 dan akhirnya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8.


πŸ‡¬πŸ‡§ Valencia, Sepanyol | 25 November 2025 – The FIM JuniorGP World Championship concluded its 2025 season at Round 7, held last week at Circuit Ricardo Tormo in Valencia. The final round delivered intense competition, with all riders and teams giving their absolute best to close the season on a strong note.
Hakim Danish began the race week with FP1 and FP2, where he faced some challenges in finding the right setup and balance with the bike. He finished FP1 in 18th position (+1.917s) and FP2 in 15th (+2.714s), a slightly worrying situation as other riders continued to improve their lap times.

However, the Practice session brought a positive turn when Danish showed significant improvement, finishing in 3rd place with a gap of only +0.501s from the session leader. This strong performance carried him into Qualifying 2, where he secured 9th overall, confirming a P9 start on the grid.

Race 1
At the start of Race 1, Danish got off the line slightly late, which prevented him from joining the front group in the opening laps. Mid-race, he managed to overtake several riders and maintained his pace to finish in 9th position.

Race 2
Danish made a better start in Race 2, but strong challenges from other riders caused him to lose contact with the leading group. He continued battling within the group fighting for P7 and eventually crossed the finish line in 8th position.

πŸ‡²πŸ‡Ύ “Minggu ini agak mencabar dengan persaingan yang sangat sengit, tetapi saya cuba mengejar pelumba hadapan dan menunjukkan peningkatan pada setiap sesi. Saya berusaha memberikan yang terbaik dan banyak peluang untuk memperbaiki prestasi saya. Saya akan terus mengekalkan momentum ini, berlatih, dan bekerja keras untuk musim hadapan. Secara keseluruhan, saya berakhir musim JuniorGP tahun ini di kedudukan ke-8 keseluruhan dengan 1 podium. Terima kasih kepada pasukan dan semua yang menyokong saya sepanjang musim ini.”

πŸ‡¬πŸ‡§ “This week was quite challenging with very strong competition, but I tried to close the gap to the riders ahead and showed improvement in every session. I gave my best in every run and had many opportunities to further develop my performance. I will continue to maintain this momentum, train hard, and work even harder for next season. Overall, I finished the 2025 JuniorGP season in 8th place overall with 1 podium. I am truly grateful to my team and everyone who has supported me throughout the season.”

 


 

RACE 1 & RACE 2 RESULT :

 


 

OVERALL CHAMPIONSHIP STANDING :


πŸ‡²πŸ‡Ύ “FIM JuniorGP World Championship telah pun berakhir dan kita menutup musim ini di kedudukan ke-8 keseluruhan. Secara keseluruhan, saya kurang berpuas hati dengan keputusan yang kita capai, bukan kerana prestasi Danish, tetapi disebabkan beberapa faktor berkaitan jentera yang sepatutnya boleh diperbaiki. Namun atas sebab-sebab tertentu, kita tidak dapat berada pada tahap terbaik.

Saya percaya potensi Hakim Danish sangat besar, dan secara jujur saya mengharapkan lebih banyak pencapaian di JuniorGP. Tetapi apa yang lebih penting, penglibatan Danish di JuniorGP memberi impak besar terhadap peluang dan penempatannya di World Championship tahun hadapan.

Terima kasih kepada MT MSi kerana memberi kepercayaan kepada Hakim Danish sebagai pelumba mereka untuk musim depan. Mulai sekarang, kita akan terus melangkah ke hadapan dan memberi fokus sepenuhnya kepada World Championship.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua penaja yang bersama program JuniorGP, SIC Racing, Terengganu Inc, RCB, serta semua penaja lain yang telah membantu sepanjang musim ini.”

πŸ‡¬πŸ‡§ β€œThe FIM JuniorGP World Championship has come to an end, and we conclude this season in 8th position overall. Overall, I am not fully satisfied with the results we achieved, not because of Danish’s performance, but due to several machine-related factors that could have been improved. However, for certain reasons, we were unable to perform at our optimum level.
I believe Hakim Danish has tremendous potential, and to be frank, I hoped for even stronger results in JuniorGP. Nevertheless, what matters most is that his involvement in JuniorGP has had a significant impact on his opportunities and placement in next year’s World Championship.

My appreciation goes to MT MSi for placing their trust in Hakim Danish as their rider for the upcoming season. From this point onwards, we will move forward and channel our full focus towards the World Championship.

My sincere thanks also to all the sponsors who have supported the JuniorGP programme, SIC Racing, Terengganu Inc, RCB, and all our other partners who have contributed throughout this season.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
πŸ‡²πŸ‡Ύ Valencia, Sepanyol | 25 November 2025 – FIM JuniorGP…
πŸ‡²πŸ‡Ύ Valencia, 19 November 2025 β€” FIM JuniorGP World Championship…
πŸ‡²πŸ‡Ύ Valencia, Sepanyol (16 December 2025) – Hakim Danish menutup…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright Β© 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.
Design & Developed by IBINA TECHNOLOGY SDN BHD
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia