
🇲🇾 SEPANG, 26 Oktober 2025 – Hakim Danish mengakui gembira sepanjang persembahannya dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 di Grand Prix Malaysia (GP), biarpun gagal menamatkan perlumbaan tersebut selepas jenteranya mengalami kerosakan dan memaksanya menamatkan perlumbaan lebih awal. Meskipun terpaksa bersara dari perlumbaan, pelumba berusia 18 tahun itu, yang bersaing bersama pasukan AEON CREDIT SIC RACING MSi, berjaya membuktikan kemampuannya untuk bersaing di peringkat tertinggi dengan catatan pusingan terpantas perlumbaan, iaitu 2 minit 11.066 saat.
Namun begitu, Hakim Danish berpeluang menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata kerana ketika itu anak jati Terengganu itu sedang berjuang dalam kelompok 10 terbaik, sekali gus mampu menjelmakan sekurang-kurangnya enam mata. Prestasi cemerlang ini menjadi isyarat jelas mengenai potensinya menjelang kempen sepenuh masa pada tahun 2026 selepas sah mengikat kontrak bersama pasukan MSi Racing Team. Hakim Danish mengakui pasukannya sedang mengenal pasti punca utama jentera beliau tiba-tiba hilang kuasa di Selekoh 1, sekali gus meranapkan impiannya untuk mencari penamat terbaik ketika bersaing di hadapan ribuan penyokong Malaysia yang membanjiri Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Walaupun keputusan akhir mengecewakan, hujung minggu ini dianggap sebagai pengalaman pembelajaran yang amat penting. Peluang untuk bersaing secara langsung dengan pelumba elit dunia memberikan pendedahan yang tidak ternilai mengenai tahap persaingan dan strategi yang diperlukan di pentas global.
Sebagai rekod, Hakim Danish memulakan kempen wildcard di MalaysianGP dengan persembahan cukup baik seawal Sesi Latihan Bebas (FP1), berada di kedudukan ke-8 terpantas dengan catatan 2 minit 11.317 saat, dan terus layak ke Kelayakan Dua (Q2) selepas mencatat masa 2 minit 11.820 saat. Aksi cemerlang tersebut diteruskan Hakim Danish apabila berjaya mencatat masa ke-6 terpantas pada FP2 melalui catatan 2 minit 10.576 saat.
Mengulas mengenai penampilan wildcard, Hakim Danish itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program tersebut dan menjadi pemangkin semangatnya untuk terus berjuang di Moto3 tahun depan.
🇬🇧 SEPANG, 26 October 2025 – Hakim Danish admitted he was happy with his performance in the Moto3 World Championship race at the Malaysian Grand Prix (GP), despite failing to finish the race after his bike suffered a technical failure, forcing him to retire early. Even though he had to retire from the race, the 18-year-old rider, competing with the AEON CREDIT SIC RACING MSi team, proved his ability to compete at the highest level by setting the fastest lap of the race, clocking 2 minutes 11.066 seconds.
Hakim Danish had the opportunity to finish the race and score points, as the Terengganu-born rider was fighting within the top 10 at the time, which could have earned him at least six points. This impressive performance is a clear indication of his potential ahead of a full-season campaign in 2026, following the confirmation of his contract with the MSi Racing Team. Hakim Danish acknowledged that his team is currently investigating the main cause of his bike suddenly losing power at Turn 1, which dashed his hopes of achieving a strong finish in front of thousands of Malaysian fans who packed the Sepang International Circuit (SIC).
Although the final result was disappointing, the weekend was considered an invaluable learning experience. The opportunity to compete directly with the world’s elite riders provided priceless exposure to the level of competition and the strategies required on the global stage.
As a record, Hakim Danish began his wildcard campaign at the Malaysian GP with a strong performance in the Free Practice 1 (FP1) session, setting the 8th fastest time of 2 minutes 11.317 seconds, and went on to qualify for Qualifying 2 (Q2) with a lap of 2 minutes 11.820 seconds. His excellent form continued in FP2, where he recorded the 6th fastest time of 2 minutes 10.576 seconds.
Commenting on his wildcard appearance, Hakim Danish expressed his gratitude to all parties involved in making the programme a success, which has inspired him to continue striving in Moto3 next year.

🇲🇾 “Saya terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal kerana menghadapi masalah teknikal pada jentera saya. Buat masa ini, saya masih belum pasti puncanya kerana pasukan saya sedang memeriksa jentera untuk mengenal pasti masalah tersebut; motor saya tiba-tiba hilang kuasa di selekoh pertama, jadi saya terpaksa berhenti lebih awal. Walaupun begitu, saya rasa sangat gembira kerana dapat bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik dunia, termasuk pelumba World Championship. Ini adalah pengalaman berharga kerana mereka semua laju, dan saya dapat menilai tahap persaingan di pentas dunia.
Sekiranya masalah teknikal itu tidak berlaku, saya percaya saya berpeluang menamatkan perlumbaan di kedudukan yang mengutip mata. Secara keseluruhan, saya berasa selesa dengan jentera dan setup yang pasukan sediakan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya kerana memberikan yang terbaik sepanjang hujung minggu. Walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat menamatkan perlumbaan pertama saya di World Championship, saya sangat teruja melihat sokongan peminat Malaysia yang ramai di grandstand; jeritan dan sorakan mereka memberi motivasi yang besar kepada saya.
Saya juga tidak sabar untuk menyertai World Championship sepenuh masa tahun depan, tetapi saya sedar masih perlu memperbaiki diri untuk bersedia menghadapi musim penuh. Sepanjang hujung minggu ini, saya banyak belajar, terutamanya tentang cara pelumba-pelumba di pentas dunia menunggang, mengawal jentera, dan strategi perlumbaan semuanya akan membantu saya menjadi pelumba yang lebih baik.”
🇬🇧 “I had to retire from the race early due to a technical issue with my bike. At the moment, I’m still unsure of the exact cause as my team is inspecting the bike to identify the problem; my bike suddenly lost power at Turn 1, so I had to stop early. Even so, I’m very happy to have competed against the world’s top riders, including World Championship riders. This was an invaluable experience because they are all very fast, and I was able to gauge the level of competition on the world stage.
If the technical issue hadn’t occurred, I believe I had a chance to finish the race in a points-scoring position. Overall, I felt comfortable with the bike and the setup provided by my team. I want to thank my team for giving their best throughout the weekend. Although I’m a little disappointed not to finish my first race in the World Championship, I was thrilled to see the massive support from Malaysian fans in the grandstand; their cheers and shouts were a huge motivation for me.
I’m also looking forward to competing full-time in the World Championship next year, but I know I still need to improve to be ready for a full season. Over the weekend, I learned a lot, especially about how riders on the world stage ride, control their bikes, and approach race strategy, all of which will help me become a better rider.”



🇲🇾 “Hari ini merupakan hari yang agak mengecewakan bagi saya dan juga pasukan, apabila jentera yang ditunggangi Hakim Danish mengalami kerosakan di pertengahan perlumbaan. Saya yakin Hakim Danish telah memberikan yang terbaik sepanjang minggu ini, daripada sesi latihan dan kelayakan sehinggalah perlumbaan utama, untuk berada pada tahap yang kompetitif.
Namun, perkara yang tidak dijangka berlaku, dan selepas meneliti data pasca perlumbaan, sah bahawa kerosakan berlaku pada bahagian enjin. Ia adalah sesuatu di luar kawalan kami dan tiada apa yang boleh dilakukan pada masa itu. Walau bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong program ini serta perjalanan karier Hakim Danish.
Sebelum perlumbaan Moto3 bermula, kami juga menerima berita yang agak mendukacitakan mengenai kemalangan serius melibatkan Jose Antonio Rueda dan Noah Dettwiler. Saya berharap kedua-dua pelumba itu berada dalam keadaan baik dan segera pulih. Secara keseluruhan, suasana hari ini agak suram bagi semua pihak di litar, namun saya tetap menghargai sokongan luar biasa daripada para peminat MotoGP Malaysia yang hadir memberikan semangat kepada Hakim Danish. Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua.”
🇬🇧 “Today has been a rather disappointing day for both me and the team, as the bike ridden by Hakim Danish suffered a technical failure midway through the race. I am confident that Hakim Danish gave his best throughout the week, from the practice and qualifying sessions right through to the main race, to remain competitive.
However, the unexpected occurred, and after analysing the post-race data, it was confirmed that the failure happened in the engine. This was beyond our control, and there was nothing that could be done at the time. Nevertheless, I remain grateful to all parties who have continuously supported this programme and Hakim Danish’s career journey.
Before the Moto3 race began, we also received the rather upsetting news of serious accidents involving Jose Antonio Rueda and Noah Dettwiler. I hope both riders are in good condition and recover quickly. Overall, the atmosphere today was somewhat somber for everyone at the circuit, but I greatly appreciate the extraordinary support from the Malaysian MotoGP fans who were there to cheer on Hakim Danish. Thank you once again for all your support.”

