
🇲🇾 BRNO, CZECHIA | 21 Jun 2026 – Hakim Danish Ramli mencipta kejutan luar biasa pada penampilan pertamanya dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 apabila menjuarai Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Automotodrom Brno, hari ini. Kejayaan sensasi itu sekali gus menamatkan penantian hampir sedekad Malaysia untuk kembali memastikan lagu Negaraku kembali bergema di pentas MotoGP, sekali gus mengulangi pencapaian bersejarah yang pernah dilakar bekas pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi di Sachsenring, Jerman pada tahun 2016.
Lebih manis, kemenangan tersebut hadir selepas Hakim Danish mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang hujung minggu perlumbaan apabila memecahkan rekod terpantas sepanjang zaman Litar Brno sebanyak dua kali. Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mencatat masa 2 minit 04.938 saat pada sesi latihan bebas pertama (FP1) sebelum memperbaharui rekod tersebut kepada 2:04.754 saat pada sesi latihan.
Bagaimanapun, laluan menuju kemenangan bukanlah mudah apabila Hakim Danish dikenakan penalti 12 petak grid selepas sesi kelayakan kedua (Q2) kerana dikesan menunggang perlahan di beberapa sektor litar. Hukuman itu menyaksikannya diturunkan daripada petak kedua ke petak ke-14 bagi perlumbaan utama, namun Hakim Danish tidak mengalah dan bersedia untuk bangkit sebaik lampu hijau dipadamkan pada perlumbaan hari ini.
Bermula dari petak ke-14, pelumba kelahiran Terengganu itu memperagakan tunggangan matang dan agresif apabila berjaya menembusi kelompok hadapan dengan pantas sebelum berada dalam kedudukan lima terbaik seawal pusingan keempat perlumbaan. Walaupun sempat tercicir ke kedudukan ketujuh pada pusingan kelima, Hakim Danish kembali bangkit dan mula memberi tekanan dalam kelompok hadapan. Hakim Danish berjaya memintas beberapa pencabar termasuk pelumba Indonesia, Veda Pratama (Honda Team Asia) dan David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) sebelum memasuki kelompok tiga terbaik.
Persaingan semakin sengit pada separuh kedua perlumbaan apabila Hakim Danish beberapa kali bertukar kedudukan dengan Brian Uriarte (Red Bull KTM Ajo) dan David Almansa, selain turut berada di tempat kedua pada beberapa ketika ketika memburu Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) yang mendahului perlumbaan. Memasuki pusingan-pusingan terakhir, Hakim Danish kekal tenang dan konsisten dalam kelompok pendahulu sambil mengekalkan tekanan ke atas pelumba di hadapannya.
Segala-galanya ditentukan pada pusingan terakhir apabila pertarungan sengit antara Quiles dan Uriarte membuka ruang kecil di hadapan. Hakim Danish yang sentiasa berada dalam jarak serangan pantas merebut peluang tersebut dengan melakukan pecutan tepat pada masanya untuk memintas kedua-dua pelumba berkenaan. Tindakan berani dan keputusan yang tepat itu membolehkan pelumba negara tersebut melintasi garisan penamat sebagai juara, sekali gus melakar kemenangan bersejarah buat Malaysia.
Kemenangan bersejarah itu bukan sahaja menghadiahkannya 25 mata maksimum, malah melonjakkan kedudukannya ke tempat ketujuh keseluruhan Kejuaraan Dunia Moto3 dengan 73 mata. Quiles terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dengan 186 mata, diikuti Alvaro Carpe di tangga kedua menerusi 121 mata, manakala Uriarte menghuni kedudukan ketiga dengan 82 mata. Kejayaan di Brno turut melengkapkan koleksi podium kedua Hakim Danish musim ini selepas meraih tempat ketiga pada GP Itali di Mugello bulan lalu.
Lebih membanggakan, kejayaan di Brno turut menyaksikan Hakim Danish mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga carta Rookie of the Year Moto3 2026 dengan 73 mata. Pelumba negara itu kini hanya dipisahkan sembilan mata daripada Veda Pratama yang berada di kedudukan kedua dengan 82 mata, manakala Uriarte mendahului carta pendatang baharu terbaik dengan 92 mata.
🇬🇧 BRNO, CZECHIA | 21 June 2026 – Hakim Danish Ramli produced a sensational performance on his debut season in the Moto3 World Championship by claiming victory at the Czech Republic Grand Prix at the Automotodrom Brno today. The remarkable triumph ended Malaysia’s near decade-long wait to hear the national anthem played once again on the MotoGP stage, matching the historic achievement of former Moto3 rider Khairul Idham Pawi, who famously won at Sachsenring, Germany, in 2016.
The victory was made even sweeter by Hakim Danish’s outstanding form throughout the race weekend, during which he broke the all-time Brno lap record on two occasions. The AEON Credit-MT Helmets-MSi rider first posted a time of 2:04.938 during Free Practice 1 (FP1) before lowering the benchmark to 2:04.754 during the practice session.
However, the road to victory was far from straightforward. Following Qualifying 2 (Q2), Hakim Danish was handed a 12-place grid penalty after being found to have ridden too slowly in several sectors of the circuit, disrupting other riders. The penalty dropped him from second on the grid to 14th for the race, but the young Malaysian remained determined to fight back once the lights went out.
Starting from 14th position, the Terengganu-born rider delivered a mature and aggressive ride, rapidly carving his way through the field and breaking into the top five by the fourth lap. Although he briefly slipped to seventh on lap five, Hakim Danish quickly regained ground and began applying pressure to the leading group. He successfully overtook several rivals, including Indonesian rider Veda Pratama of Honda Team Asia and David Almansa of Liqui Moly Dynavolt Intact GP, before moving into the top three.
The battle intensified during the second half of the race as Hakim Danish repeatedly exchanged positions with Brian Uriarte (Red Bull KTM Ajo) and David Almansa. He also spent periods running in second place while chasing race leader Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team). As the race entered its closing stages, Hakim Danish remained calm and consistent within the leading group while continuing to apply pressure on the riders ahead of him.
Everything was decided on the final lap when a fierce battle between Quiles and Uriarte created a small opening at the front. Having positioned himself within striking distance, Hakim Danish seized the opportunity with a perfectly timed move to overtake both riders. His bravery, race craft and decisive judgement enabled the Malaysian rider to cross the finish line in first place, securing a historic victory for Malaysia.
The historic win not only earned him the maximum 25 championship points but also lifted him to seventh in the overall Moto3 World Championship standings with 73 points. Quiles remains at the top of the championship with 186 points, followed by Alvaro Carpe in second on 121 points, while Uriarte occupies third place with 82 points. The success at Brno also marked Hakim Danish’s second podium finish of the season following his third-place result at the Italian Grand Prix in Mugello last month.
Even more impressively, the victory strengthened his position in third place in the 2026 Moto3 Rookie of the Year standings with 73 points. The Malaysian rider is now just nine points behind Veda Pratama, who sits second with 82 points, while Uriarte leads the rookie classification with 92 points.

🇲🇾 “Ini adalah kemenangan yang sangat istimewa buat saya, pasukan serta seluruh penyokong Malaysia. Hujung minggu ini bukan mudah kerana kami berdepan pelbagai cabaran, namun saya tidak pernah berhenti percaya kepada kemampuan diri sendiri dan kerja keras yang dilakukan bersama pasukan. Saya amat bersyukur kerana akhirnya berjaya meraih kemenangan pertama di pentas Kejuaraan Dunia Moto3. Perasaan saya ketika ini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat gembira dan bangga dapat menghadiahkan keputusan ini kepada semua yang sentiasa menyokong saya.
Perlumbaan tadi memang cukup mencabar. Saya melakukan permulaan yang baik dan perlu bekerja keras untuk mengejar kelompok di hadapan. Sedikit demi sedikit saya berjaya memintas beberapa pelumba hadapan saya. Selepas itu, saya cuba kekal bersama kelompok hadapan sambil mengenal pasti bahagian yang boleh digunakan untuk memintas serta aspek yang perlu diperbaiki sepanjang perlumbaan.
Pada pusingan terakhir, saya memberikan segala-galanya dan menolak jentera hingga ke had maksimum. Ketika itu, dua pelumba di hadapan melakukan kesilapan apabila terbabas sedikit dari garisan perlumbaan dan saya segera mengambil peluang tersebut untuk memintas mereka.Syukur, strategi itu menjadi dan saya berjaya melintasi garisan penamat di kedudukan pertama. Kemenangan ini adalah hasil usaha seluruh pasukan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, pasukan, keluarga dan para penyokong yang sentiasa berada di belakang saya. Sokongan anda semua memberi motivasi besar untuk saya terus berjuang dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.”
🇬🇧 “This is a very special victory for me, my team and all Malaysian supporters. It has not been an easy weekend as we faced a number of challenges, but I never stopped believing in myself or in the hard work we have put in together as a team. I am incredibly grateful to have finally achieved my first victory in the Moto3 World Championship. It is difficult to put my feelings into words right now. I am extremely happy and proud to deliver this result for everyone who has supported me throughout the journey.
The race itself was extremely demanding. I made a good start and had to work hard to close the gap to the leading group. Little by little, I managed to overtake several riders ahead of me. After that, my focus was on staying with the front group while identifying opportunities to make overtakes and understanding which areas I could improve throughout the race.
On the final lap, I gave absolutely everything and pushed the bike to its limits. At that moment, the two riders ahead made a mistake and ran slightly wide from the racing line. I immediately seized the opportunity to overtake them. Thankfully, the strategy worked perfectly and I was able to cross the finish line in first place. This victory is the result of the hard work and dedication of the entire team.
I would like to express my sincere gratitude to all my sponsors, my team, my family and all the fans who have continuously supported me. Your support gives me tremendous motivation to keep fighting and to continue raising Malaysia’s profile on the world stage.”



🇲🇾 “Alhamdulillah, ini satu kemenangan yang sangat membanggakan. Sejujurnya, saya tidak menjangkakan Hakim Danish mampu meraih kemenangan perlumbaan Grand Prix seawal musim ini kerana ini adalah musim pertamanya atau rookie season dalam Kejuaraan Dunia Moto3 buat Hakim Danish. Namun, saya sentiasa percaya dengan kemampuan Hakim Danish. Hari ini dia membuktikan bahawa pelumba Malaysia mampu bersaing dan menang dalam perlumbaan yang sangat sengit di peringkat dunia.
Sepanjang minggu ini dia menunjukkan potensi yang luar biasa. Dia sangat laju di Litar Brno walaupun ini adalah kali pertama Hakim Danish turun bersaing di Litar Brno. Saya amat bangga dan ingin mengucapkan tahniah kepada Hakim Danish atas pencapaian yang cukup istimewa ini. Lebih manis, kemenangan ini meletakkan Malaysia pada satu tahap yang berbeza dalam sukan permotoran. Saya sentiasa yakin negara kita mempunyai ramai bakat sukan permotoran di Malaysia. Jadi, apa yang kita perlu adalah program yang stabil.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama membantu menggilap bakat-bakat muda negara. Hari ini, program yang diusahakan selama ini terbukti mampu melahirkan pelumba yang berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix Moto3. Terima kasih kepada semua penyokong, kepada SIC, KBS, pasukan saya (ZK Racing) dan semua yang sentiasa bertungkus-lumus bersama saya dalam membangunkan bakat-bakat muda seperti Hakim Danish.”
🇬🇧 “Alhamdulillah, this is a truly proud and special victory. To be honest, I did not expect Hakim Danish to secure a Grand Prix win this early in the season, as this is his rookie year in the Moto3 World Championship. However, I have always believed in Hakim Danish’s abilities. Today, he proved that Malaysian riders are capable of competing with and defeating the very best in one of the most fiercely contested categories in world motorcycle racing.
Throughout the week, he demonstrated exceptional potential. He was incredibly fast at Brno despite it being his first time racing at the circuit. I am extremely proud of him and would like to congratulate Hakim Danish on this remarkable achievement. What makes this victory even more special is that it places Malaysia on a different level in motorsport. I have always believed that our country possesses a wealth of motorsport talent. What we need is a stable and sustainable development programme to nurture that talent.
I would also like to express my heartfelt thanks to everyone who has played a part in developing our young riders. Today, the programme that we have worked so hard to build has proven that it can produce riders capable of winning Moto3 Grand Prix races. Thank you to all the supporters, to SIC, KBS, my team at ZK Racing, and everyone who has worked tirelessly alongside me in developing young talents such as Hakim Danish.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD