
Dalam sesi kelayakan selama 15 minit itu, Danish memulakan QP2 dengan cemerlang apabila mencatat kedudukan ke-5 pada awal sesi. Tidak seperti pelumba lain, Danish memilih untuk tidak kembali ke pit dan kekal di litar bagi memaksimumkan masa yang ada. Namun, ketika tiga minit terakhir yang sangat kritikal, Danish terperangkap di tengah kelompok besar pelumba, menyukarkan dirinya mencatat masa lebih baik. Saingan cukup rapat apabila 9 pelumba menamatkan sesi dengan perbezaan masa kurang satu saat daripada pendahulu. Danish menamatkan sesi di tempat ke-7.
Race 1
Sebaik sahaja lampu isyarat padam, Danish melakukan permulaan pantas dari petak ke-7 dan berjaya memintas beberapa pelumba sehingga berada di kedudukan ke-4 seawal selekoh kedua. Perlumbaan terus berlangsung sengit dalam kelompok hadapan yang terdiri daripada lapan pelumba. Menuju pusingan ke-4, Danish dipintas beberapa pelumba dan turun ke kedudukan ke-7. Namun, Danish kembali menyerang pada pusingan ke-8 dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4, satu keputusan positif dalam persaingan kompetitif.
Race 2
Race 2 pula menjadi ujian besar buat mental dan ketahanan Danish. Bermula dari petak ke-7, Danish memulakan perlumbaan dengan agresif namun diasak hebat di selekoh ke-8 hingga berada di kedudukan ke-9. Enggan mengalah, Danish bangkit semula dan berjaya menduduki tempat ke-5 menjelang pusingan ke-6. Namun, ketika menuju ke selekoh pertama, motosikalnya mengalami masalah teknikal yang memaksanya untuk menamatkan perlumbaan lebih awal.
Danish gagal mengutip sebarang mata dalam Race 2, dan kedudukan keseluruhannya dalam carta kejuaraan turun satu anak tangga ke tempat ke-7 dengan kutipan 51 mata, ketinggalan 63 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Brian Uriarte dari Sepanyol.
In the 15-minute Qualifying 2 (QP2) session, Danish made an impressive start by placing fifth in the early stages. Unlike most riders, he opted not to return to the pit and remained on track to maximise the time available. However, during the crucial final three minutes, Danish found himself caught in a large group of riders, limiting his chances to improve his lap time. The session was incredibly tight, with nine riders finishing within one second of the leader. Danish ended the session in seventh place.
Race 1
At lights out, Danish launched off the line from P7 and made a bold move through Turn 2 to climb into fourth position. The race continued with fierce competition among the leading group of eight riders. By Lap 4, Danish was overtaken and dropped to seventh, but he fought back in Lap 8 and managed to finish strongly in fourth place, a solid result in a highly competitive field.
Race 2
Race 2 turned into a true test of Danish’s mental resilience and determination. Starting once again from P7, he showed aggression early on but came under intense pressure at Turn 8, falling back to ninth position. Refusing to give up, he mounted a comeback and reached fifth place by Lap 6. Unfortunately, just before Turn 1, his bike suffered a technical issue, forcing him to retire from the race.
As a result, Danish was unable to score any points in Race 2. He dropped one position in the overall standings and now sits seventh with a total of 51 points, 63 points behind the championship leader, Brian Uriarte of Spain.
#13 Hakim Danish
SIC Racing – MSI
🇲🇾 “Race 1 agak mencabar dengan banyak aksi potong-memotong, dan saya perlu kekalkan pace yang sangat konsisten memandangkan cuaca panas dan prestasi tayar mula merosot. Saya berjaya kekal konsisten, tapi sedikit kecewa kerana terlepas peluang naik podium. Saya tidak dapat menamatkan Race 2 disebabkan masalah teknikal pada motosikal, walaupun saya rasa sangat baik ketika berlumba. Dalam perlumbaan, apa sahaja boleh berlaku, namun saya tidak akan putus semangat dan akan terus bawa semangat ini ke perlumbaan yang akan datang.”
🇬🇧 “Race 1 was quite challenging with a lot of overtaking, and I had to maintain a very consistent pace due to the hot weather and tyre performance starting to drop. I managed to stay consistent, but I’m a bit disappointed to have missed out on the podium. I couldn’t finish Race 2 due to a technical issue with the bike, even though I felt really good during the race. Anything can happen in racing, but I won’t lose heart and will carry this spirit into the next round.”
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇲🇾“Minggu yang sangat positif sepanjang sesi Free Practice dengan maklum balas yang sangat baik daripada Danish dan pasukan. Saya tidak dapat bersama mereka kerana terlibat dengan perlumbaan FIM MiniGP Malaysia, namun saya gembira dengan perkembangan yang ditunjukkan. Dari awal, riding Danish semasa practice cukup meyakinkan dan dia masuk ke perlumbaan dengan penuh keyakinan.
Race 1 berakhir di tempat ke-4 dengan aksi yang kompetitif dan pertarungan yang sangat baik, kami amat berpuas hati dengan prestasinya. Untuk Race 2, kami kekalkan setup yang sama, tetapi malangnya berlaku isu mekanikal. Ia bukan berpunca daripada mana-mana pihak, sebaliknya satu kerosakan teknikal yang jarang berlaku. Dalam perlumbaan, perkara seperti ini memang boleh terjadi, tetapi kali ini nasib tidak menyebelahi kami.
Namun, momentum yang positif ini tetap penting dan kami akan bawa semangat ini ke perlumbaan seterusnya. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong, kami akan terus berusaha untuk memperbaiki kedudukan dalam kejuaraan bagi pusingan akan datang.”
🇬🇧 “It was a very positive week throughout the Free Practice sessions, with excellent feedback from Danish and the team. I wasn’t able to be with them due to my involvement in the FIM MiniGP Malaysia race, but I’m pleased with the progress shown. From the start, Danish looked strong and confident during practice, and he went into the races with great self-assurance.
Race 1 ended with a strong and competitive performance, finishing in P4. We were very satisfied with how he rode. Going into Race 2, we maintained the same setup, but unfortunately, a mechanical issue occurred. It wasn’t anyone’s fault, it was a rare technical fault. These things can happen in racing, and this time, luck simply wasn’t on our side.
Nevertheless, the positive momentum remains important, and we’ll carry this spirit into the next round. Thank you to everyone for the continued support, we’ll keep pushing to improve our position in the championship moving forward.”