🇲🇾 Motegi, Japan | 28 September 2026 – Hakim Danish bersedia untuk kembali beraksi dalam saingan Moto3 World Championship apabila pusingan seterusnya, Grand Prix (GP) Jepun, berlangsung di Mobility Resort Motegi, hujung minggu ini.
GP Jepun menjadi pembuka tirai kepada siri perlumbaan Asia bagi musim 2026, sebelum kejuaraan diteruskan ke GP Indonesia pada 11 Oktober, GP Australia pada 25 Oktober dan seterusnya GP Malaysia pada 1 November.
Bersama pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi, Hakim Danish hadir ke Motegi dengan keyakinan selepas mengumpul 101 mata untuk kini berada di kedudukan ke-7 keseluruhan kejuaraan dunia.
Dengan persaingan yang semakin sengit, Hakim Danish menyasarkan untuk memulakan hujung minggu perlumbaan dengan prestasi yang konsisten sejak sesi latihan bebas pertama.
Motegi sememangnya memerlukan tahap ketepatan dan konsentrasi yang tinggi, khususnya dalam menguruskan kombinasi selekoh teknikal serta beberapa zon brek yang menjadi antara cabaran utama litar tersebut.
Fokus utama Hakim Danish adalah untuk mendapatkan tetapan jentera yang kompetitif sejak sesi pertama, sebelum memberikan tumpuan kepada kelayakan dan perlumbaan bagi memburu keputusan terbaik di Jepun.
Siri Asia ini juga menjadi fasa penting buat Hakim Danish dan pasukan dalam usaha meneruskan momentum ke arah tiga pusingan terakhir di Indonesia, Australia dan Malaysia.
🇬🇧 Motegi, Japan | 28 September 2026 – Hakim Danish is ready to return to action in the Moto3 World Championship as the next round, the Japanese Grand Prix (GP), takes place at Mobility Resort Motegi this weekend.
The Japanese GP marks the opening round of the 2026 Asian leg of the championship, before the series continues to the Indonesian GP on 11 October, Australian GP on 25 October and Malaysian GP on 1 November.
Racing with AEON Credit-MT Helmets-MSi, Hakim Danish heads to Motegi with confidence after collecting 101 points, placing him seventh overall in the World Championship standings.
With the competition becoming increasingly intense, Hakim Danish is targeting a consistent start to the race weekend from the opening free practice session.
Motegi demands a high level of precision and concentration, particularly when tackling its combination of technical corners and several challenging braking zones, which are among the key characteristics of the circuit.
Hakim Danish’s main focus will be to find a competitive bike setup from the opening session before turning his attention to qualifying and the race, with the aim of securing his best possible result in Japan.
The Asian leg will also be an important phase of the season for Hakim Danish and the team as they look to maintain their momentum heading into the final three rounds in Indonesia, Australia and Malaysia.

🇲🇾 “Hujung minggu ini merupakan minggu perlumbaan bagi GP Jepun dan saya amat teruja untuk memulakan siri pusingan di Asia. Saya sememangnya menantikan perlumbaan ini dan bertekad untuk memberikan persembahan yang terbaik di Motegi.
Strategi saya adalah cuba melakukan permulaan yang mantap seawal hari pertama lagi. Saya mahu bermula dengan rentak yang baik, kekal fokus serta memastikan saya sentiasa kompetitif dalam setiap sesi latihan mahupun sesi kelayakan.
Saya dan pasukan akan bekerja keras sepanjang minggu ini demi memastikan jentera berada pada tahap optimum untuk mengutip mata maksimum hingga ke pusingan di Malaysia nanti,”
🇬🇧 “This weekend is race week for the Japanese GP, and I’m really excited to begin the Asian leg of the championship. I’ve been looking forward to this race and I’m determined to give my best performance at Motegi.
My strategy is to make a strong start from the very first day. I want to build a good rhythm, stay focused and remain competitive throughout every practice and qualifying session.
Together with the team, we will work hard throughout the weekend to ensure the bike is performing at its optimum level, with the goal of scoring as many points as possible and carrying that momentum through to the MalaysianGP.”

🇲🇾 “Minggu ini kita memasuki Asia Tour, yang merupakan satu tempoh yang sangat penting kerana kita akan melalui perlumbaan secara back-to-back. Perkara paling utama adalah memastikan kesihatan dan kecergasan Hakim Danish berada pada tahap terbaik. Selain itu, kita mahu meningkatkan keyakinan Danish terhadap motosikal serta memastikan dia dapat terus bersaing dan berada pada tahap yang kompetitif.
Saya akan bersama Hakim Danish di Motegi dan saya berharap kehadiran saya di sana dapat memberikan semangat dan sokongan kepadanya untuk menghadapi perlumbaan ini.”
🇬🇧 “This week marks the start of the Asia Tour, which is a very important period for us as we will be facing back-to-back races. The priority is to ensure that Hakim Danish remains healthy and in the best possible condition. Secondly, we want to build his confidence with the bike and make sure he continues to compete at a strong and competitive level.
I will be with Hakim Danish in Motegi, and I hope that my presence there will give him the encouragement and support he needs as he prepares for the race.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD