🇲🇾 Silverstone, United Kingdom | 4 Ogos 2026 – Tempoh tiga minggu berada di tanah air sepanjang cuti musim panas dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, terutamanya bagi membuat persiapan menghadapi Grand Prix (GP) Britain di Litar Silverstone hujung minggu ini.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menggunakan tempoh rehat selepas GP Jerman untuk memperkemaskan aspek fizikal, mental dan teknikal menerusi latihan bersama jurulatih, selain membuat analisis terhadap perlumbaan-perlumbaan sebelum ini sebagai persediaan menghadapi baki saingan musim 2026.
Di sebalik jadual latihan yang padat, Hakim Danish turut meluangkan masa menghadiri beberapa program bersama penaja serta bertemu penyokong di Malaysia sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan yang diterimanya sepanjang musim ini.
Kehadiran penaja bukan sahaja membuktikan keyakinan mereka terhadap potensi pelumba kelahiran Terengganu itu, malah menjadi pembakar semangat buat Hakim Danish untuk terus memberikan aksi terbaik di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3.
Kini, fokus sepenuhnya terarah kepada GP Britain yang bakal menjadi pengalaman baharu buat pelumba berusia 19 tahun itu apabila turun berlumba buat kali pertama di Litar Silverstone.
GP Britain kali ini turut menjanjikan cabaran berbeza apabila Hakim Danish bakal mengharungi Litar Silverstone dengan menempuh 18 selekoh, terdiri daripada 10 selekoh kanan dan lapan selekoh kiri.
Litar yang terkenal dengan laluan berkelajuan tinggi serta selekoh teknikal itu dijangka menguji keupayaan setiap pelumba dari aspek keberanian, ketepatan dan konsistensi sepanjang perlumbaan, selain faktor cuaca di Britain yang sering berubah-ubah.
Selepas mengumpul pengalaman berharga sepanjang separuh pertama musim, Hakim Danish kini turun dengan misi lebih besar untuk mencari kemenangan seterusnya selain mahu mengukuhkan kedudukannya dalam kelompok terbaik Moto3 dunia.
Ketika ini, Hakim Danish berada di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 86 mata selepas 11 pusingan hasil kemenangan bersejarah di Grand Prix Republik Czech serta podium tempat ketiga di Grand Prix Itali.
Dalam carta Rookie of the Year, pelumba negara itu kekal berada di kedudukan ketiga dengan 86 mata, hanya empat mata di belakang pencabar terdekat dari Indonesia, Veda Pratama yang mengumpul 90 mata, manakala pendahulu dari Sepanyol, Brian Uriarte, kini mengumpul 127 mata.
🇬🇧 Silverstone, United Kingdom | 4 August 2026 – Malaysian Moto3 rider Hakim Danish made the most of his three-week summer break at home as he stepped up preparations for this weekend’s British Grand Prix at the Silverstone Circuit.
The AEON Credit-MT Helmets-MSi rider used the break following the German Grand Prix to fine-tune his physical, mental and technical preparations through training sessions with his coach, while also reviewing his previous races ahead of the second half of the 2026 season.
Despite a busy training schedule, Hakim Danish also took the opportunity to attend several sponsor engagements and meet fans in Malaysia as a gesture of appreciation for their unwavering support throughout the season.
The continued support from his sponsors not only reflects their confidence in the Terengganu-born rider’s potential, but also serves as extra motivation for Hakim Danish to continue delivering strong performances on the Moto3 World Championship stage.
Attention now turns to the British Grand Prix, which will mark Hakim Danish’s first appearance at the iconic Silverstone Circuit.
The British GP presents a fresh challenge for the 19-year-old, who will tackle the 5.9km circuit featuring 18 corners—10 right-handers and eight left-handers—for the very first time.
Renowned for its high-speed layout and demanding technical sections, Silverstone is expected to test every rider’s bravery, precision and consistency throughout the race weekend, with the unpredictable British weather adding another layer of challenge.
Having gained valuable experience during the opening half of the season, Hakim Danish heads into the second half of the campaign aiming to fight for another victory while strengthening his position among the leading riders in the Moto3 World Championship.
The Malaysian currently sits seventh in the overall championship standings with 86 points after 11 rounds, highlighted by a historic maiden victory at the Czech Grand Prix and a third-place finish at the Italian Grand Prix.
In the Rookie of the Year standings, Hakim Danish remains third on 86 points, just four behind Indonesia’s Veda Pratama on 90 points, while Spain’s Brian Uriarte continues to lead the classification with 127 points.

🇲🇾 “Persiapan saya untuk perlumbaan di Silverstone berjalan dengan lancar. Sudah tentu saya teruja untuk kembali berlumba selepas tamat cuti musim panas. Sepanjang berada di Malaysia, saya menggunakan masa yang ada untuk menjalani latihan dan mengkaji semula perlumbaan-perlumbaan sebelum ini bersama jurulatih saya supaya lebih bersedia menghadapi baki saingan musim ini.
Untuk Grand Prix British, saya memang tidak sabar kerana ini merupakan kali pertama saya akan berlumba di Litar Silverstone. Saya tahu ia bukan litar yang mudah, jadi saya perlu cepat belajar dan menyesuaikan diri dengan keadaan litar sebaik mungkin. Saya akan memberikan yang terbaik untuk meraih keputusan yang positif.”
🇬🇧 “My preparations for the Silverstone race have been going well. I’m really excited to get back to racing after the summer break. During my time in Malaysia, I focused on training and reviewing my previous races with my coach to make sure I’m well prepared for the remainder of the season.
“I’m also looking forward to the British Grand Prix as it will be my first time racing at the Silverstone Circuit. I know it’s a challenging track, so my priority is to learn it as quickly as possible and adapt to its characteristics. I’ll give my very best throughout the weekend and hopefully achieve a positive result.”

🇲🇾 “Untuk pusingan di Silverstone ini, Hakim baru sahaja selesai menjalani cuti musim panas selama tiga minggu di Malaysia. Sepanjang tempoh itu, kami tidak melakukan latihan yang terlalu banyak, namun apa yang dijalankan sudah memadai untuk mengekalkan tahap kecergasan dan persediaannya sebelum kembali ke saingan.
Silverstone merupakan litar baharu buat Hakim. Ia adalah litar yang panjang dengan banyak selekoh berkelajuan tinggi, dan saya percaya karakter litar ini sesuai dengan gaya tunggangannya. Kami juga telah berbincang dan bersetuju bahawa kami perlu menguruskan jangkaan dengan baik serta kekal kuat dalam apa jua situasi yang dihadapi sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Keadaan cuaca di United Kingdom juga sukar dijangka dan boleh berubah pada bila-bila masa, jadi kami perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan apa sahaja keadaan yang berlaku. Saya berharap Hakim dapat tampil kompetitif sejak sesi pertama dan bersaing bersama kelompok hadapan sepanjang perlumbaan.”
🇬🇧 “Heading into Silverstone, Hakim has just returned from a three-week summer break in Malaysia. During that period, we didn’t do an intensive training programme, but we completed enough work to maintain his fitness and ensure he’s ready to get back on track.
“Silverstone is a new circuit for Hakim. It’s a long and challenging track with many high-speed corners, and I believe its layout suits his riding style. We’ve also discussed the importance of managing our expectations and staying mentally strong throughout the weekend, regardless of the conditions we face.
“The weather in the UK can be very unpredictable, so we need to be prepared to adapt to whatever comes our way. I hope Hakim can be competitive from the first session and fight at the front throughout the race weekend.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD