
π²πΎ Perlumbaan Asia Talent Cup Pusingan 3 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hari Sabtu dan Ahad lalu telah melabuhkan tirainya dengan Ryoto Ogiwara dari Jepun muncul juara bagi kedua-dua perlumbaan, Race 1 dan Race 2.
Bagi pelumba negara, Sharf Muhriz menamatkan Race 1 di tempat ke-13 dan Race 2 di tempat ke-11. Sementara itu, Adam Danial menamatkan Race 1 di tempat ke-15 tetapi gagal menamatkan Race 2 akibat masalah teknikal.
Kedua-dua pelumba memulakan minggu perlumbaan dengan prestasi yang positif apabila menamatkan sesi FP1 dan FP2 dalam kelompok 10 pelumba terbaik. Namun, sesi kelayakan (Qualifying) yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas dan litar kering menyaksikan saingan sengit dari awal sesi. Kumpulan besar pelumba yang berada di litar menyukarkan Sharf dan Adam untuk mencatat masa terbaik, dan mereka menamatkan sesi kelayakan masing-masing di tempat ke-12 dan ke-11.
Race 1 yang berlangsung pada pagi Ahad menyaksikan permulaan yang baik oleh kedua-dua pelumba negara. Mereka berjaya berada dalam kelompok hadapan sebelum beberapa kesilapan daripada pelumba di hadapan menyebabkan mereka kehilangan posisi. Sharf menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 manakala Adam di tempat ke-15.
Race 2 pula bermula pada jam 1 tengah hari dalam cuaca yang terik. Kedua-dua pelumba memulakan perlumbaan dengan baik, namun Adam terpaksa mengakhiri perlumbaan lebih awal di pusingan ke-4 akibat terjatuh diawal perlumbaan. Sharf yang terus berusaha keras berada dalam kumpulan ketiga bersama enam pelumba lain bagi merebut tempat kelapan, sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.
Pusingan seterusnya bagi Asia Talent Cup 2025 akan berlangsung di Mobility Resort Motegi, Jepun pada 27 dan 28 September 2025.
π¬π§ Round 3 of the Asia Talent Cup, held at the Sepang International Circuit last Saturday and Sunday, has concluded with Ryoto Ogiwara of Japan claiming victory in both Race 1 and Race 2.
For the Malaysian riders, Sharf Muhriz finished Race 1 in 13th place and Race 2 in 11th. Meanwhile, Adam Danial ended Race 1 in 15th but was unable to complete Race 2 due to a technical issue.
Both riders started the race week with promising performances, finishing FP1 and FP2 within the top 10. However, the qualifying session, held in hot and dry conditions, proved to be highly competitive from the outset. A large group of riders on track made it difficult for Sharf and Adam to record their best lap times. They qualified 12th and 11th respectively.
Race 1 on Sunday morning saw both Malaysian riders get off to a good start and position themselves in the leading group. However, a few mistakes by riders ahead caused them to lose positions. Sharf eventually finished 13th, while Adam came in 15th.
Race 2 got underway at 1pm under scorching heat. Both riders had a solid start, but unfortunately, Adam crashed out on lap 4 and was forced to retire early from the race. Sharf continued to push hard and found himself in the third group, battling with six other riders for eighth position, before finishing the race in 11th place.
The next round of the 2025 Asia Talent Cup will take place at Mobility Resort Motegi, Japan, on 27 and 28 September 2025.
π²πΎ βRace 1 saya berada dalam kelompok yang baik, namun pelumba di hadapan saya melakukan kesilapan dan saya yang berada rapat di belakang turut terbabas keluar dari litar.
Race 2 pula bermula dengan positif, tetapi saya melakukan sedikit kesilapan yang menyebabkan saya keluar dari litar dan ketinggalan dari kelompok hadapan. Sasaran saya adalah untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 8 terbaik. Saya agak kecewa dengan keputusan kali ini, namun saya akan bangkit semula pada pusingan seterusnya.β
π¬π§ βIn Race 1, I was in a good group, but the rider in front of me made a mistake, and since I was right behind him, I also went off track.
Race 2 started well for me, but I made a small mistake that caused me to run off the circuit, which created a gap between me and the front group. My target was to finish in the top 8, so Iβm quite disappointed with the result. However, Iβm determined to come back stronger in the next round.β
π²πΎ βDalam Race 1, saya cuba untuk mengejar kelompok hadapan, tetapi beberapa kesilapan yang saya lakukan menyebabkan saya terpisah daripada mereka. Race 2 pula agak malang buat saya. Walaupun berada pada pace yang baik, saya gagal mengawal jentera dan terjatuh di selekoh ke-15 semasa awal perlumbaan. Saya reda dengan keputusan pusingan kali ini dan akan cuba bangkit semula pada pusingan seterusnya di Jepun.β
π¬π§ βIn Race 1, I tried to catch up with the front group, but a few mistakes caused me to lose contact with them. Race 2 was quite unfortunate for me. I was on a good pace, but suddenly experienced a technical issue and crashed out. I accept the outcome of this round and will do my best to bounce back in the next round in Japan.β
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
π²πΎ βMinggu yang sangat mencabar buat kedua-dua pelumba ATC. Mereka telah berusaha sehabis baik dan berdasarkan sesi latihan sebelum perlumbaan, kami tahu di mana kedudukan yang kami sasarkan untuk dicapai. Kedua-dua pelumba menunjukkan usaha yang tinggi, namun agak malang buat Adam apabila dia terjatuh di awal perlumbaan Race 2. Saya percaya seluruh pasukan mengharapkan keputusan yang lebih baik, dan ini bukanlah pencapaian terbaik kami setakat ini. Kami akan terus bekerja keras untuk memperbaiki prestasi dan mencapai keputusan yang lebih baik pada masa akan datang.β
π¬π§ βIt was a very challenging weekend for both ATC riders. They gave their best, and based on the training we did beforehand, we knew the positions we were aiming for. Both riders showed great effort, but unfortunately, Adam crashed out early in Race 2. I believe the team was hoping for a better result, and this is not our best performance so far. We will continue to work hard to improve both our performance and results in the future.β