
Pelumba muda negara, Hakim Danish yang kini menetap di Barcelona, Sepanyol sejak Mei 2025, giat menjalani persiapan intensif bukan sahaja untuk FIM JuniorGP tetapi juga bagi saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup. Dalam tempoh tersebut, Danish turut meluangkan masa berlatih bersama Qabil Irfan yang hadir ke Barcelona bagi menyertai pusingan kedua dan ketiga Kejuaraan Espana Superbike (ESBK), selain memberikan sokongan moral kepada Qabil semasa perlumbaan ESBK di Motorland Aragon baru-baru ini.
Kini, Danish berada di kedudukan keempat keseluruhan dengan 38 mata, hanya dibezakan 37 mata daripada pendahulu, Brian Uriarte pelumba Sepanyol yang turut menjadi pencabar utama Danish dalam kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2025. Menjelang perlumbaan di Mugello dua minggu lalu, Danish dan pasukannya sempat menjalani sesi ujian tertutup (private test) di Magny-Cours bagi mengumpul data penting sebagai persiapan menghadapi saingan minggu ini.
Untuk pusingan kali ini, satu perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad dan akan disiarkan secara langsung melalui platform YouTube dan Facebook rasmi kejohanan.
Youtube Live Streaming:
🔗 https://www.youtube.com/live/c9FlEEUBgMg?si=JsDHPWw3gAKCBMUe
Facebook Live Streaming
🔗 https://www.facebook.com/FIMJuniorGP
Jadual dalam waktu Malaysia dilampirkan dibawah.
🇬🇧Barcelona, Spain | 1 July 2025 — For the very first time, the FIM JuniorGP World Championship will take place at the historic Circuit de Nevers Magny-Cours in France. Officially opened in 1960, the circuit features 9 right-hand corners and 8 left-hand corners, and has hosted various prestigious championships, including the FIM World Superbike Championship since 2003.
Malaysia’s young rider, Hakim Danish, who has been based in Barcelona, Spain since May 2025, has been undergoing intensive preparations not only for the FIM JuniorGP but also for the Red Bull MotoGP Rookies Cup. During this period, Danish also spent time training with Qabil Irfan, who was in Barcelona for Rounds 2 and 3 of the Espana Superbike Championship (ESBK), and later travelled to Motorland Aragon to show his support during Qabil’s recent race in ESBK Round 3.
Danish currently sits fourth overall in the standings with 38 points, trailing by 37 points behind the championship leader, Brian Uriarte — a Spanish rider who is also Danish’s main rival in the 2025 Red Bull MotoGP Rookies Cup. Two weeks ago, ahead of the Red Bull MotoGP Rookies Cup round in Mugello, Danish and his team carried out a private test at Magny-Cours to gather valuable data in preparation for this week’s challenge.
This round will feature a single race on Sunday, which will be broadcast live via the championship’s official YouTube and Facebook platforms.
Youtube Live Streaming:
🔗 https://www.youtube.com/live/c9FlEEUBgMg?si=JsDHPWw3gAKCBMUe
Facebook Live Streaming:
🔗 https://www.facebook.com/FIMJuniorGP
The full race schedule in Malaysian time is attached below.
#13 Hakim Danish
SIC Racing MSI
🇲🇾 “Minggu ini merupakan minggu perlumbaan untuk Pusingan 3. Dua minggu lepas saya telah menjalani ujian di litar baharu ini. Bagi saya, litar ini agak teknikal dan saya masih perlu memperbaiki tunggangan serta mencari tetapan yang lebih sesuai. Harapan saya agar segala-galanya berjalan lancar minggu ini.”
🇬🇧 “This week is race week for Round 3. Two weeks ago, I had the chance to test at this new circuit. I find the track quite technical, and I still need to improve my riding and find a better setup. I’m hoping everything goes smoothly this week.”
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇲🇾“Minggu ini merupakan pusingan ke-3 di Magny-Cours, Perancis. Kami telah menjalani Private Test 2 minggu lepas di litar ini bersama pasukan. Sasaran utama adalah untuk kembali ke podium bersama Hakim Danish. Saya yakin dengan motivasi dan keyakinan Danish, dan kami akan berusaha sebaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan dengan cemerlang, mengekalkan momentum, serta kedudukan dalam kejuaraan. Secara jujurnya, saya percaya pasukan mampu menyediakan jentera yang kompetitif, dan saya juga yakin dengan kematangan serta tunggangan Danish untuk memberikan saingan hebat minggu ini.”
🇬🇧 “This week marks Round 3 at Magny-Cours, France. Two weeks ago, we carried out a private test at this circuit with the team. Our main target is to return to the podium with Hakim Danish. I have full confidence in Danish’s motivation and self-belief, and we will do our very best to finish the race strongly, maintain our momentum, and secure our position in the championship. Honestly, I believe the team can provide a competitive machine, and I’m confident in Danish’s maturity and riding to deliver a strong performance this weekend.”