OneDry X ZKRacing 2026
Onedry mengumumkan kerjasama rasmi bersama ZK Racing bagi musim 2026, sebagai tanda komitmen jenama tersebut dalam menyokong pembangunan bakat pelumba Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Kerjasama ini merangkumi sokongan kepada ZK Racing sebagai akademi pelumba Malaysia, di samping tajaan kepada dua pelumba muda negara, Hakim Danish dan Qabil, yang bakal beraksi di pentas antarabangsa.
Pengasas ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan keterujaannya terhadap kerjasama ini dan menyifatkan sokongan daripada Onedry sebagai satu contoh positif kepada jenama tempatan lain untuk turut sama membantu menaikkan nama pelumba Malaysia di peringkat dunia.
Dalam masa yang sama, ZK Racing turut mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak yang berminat untuk bersama-sama menyokong pembangunan pelumba tempatan, mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, serta menjadi sebahagian daripada sejarah perjalanan ini.
Untuk makluman, Onedry merupakan jenama kelengkapan penunggang motosikal yang menawarkan pelbagai produk seperti baju hujan, beg kalis air, jaket, serta pelbagai aksesori perlindungan lain.
