
🇲🇾 Magny-Cours, Perancis | 6 Julai 2025 – Pada sesi Practice yang berlangsung pada hari Sabtu, Danish terjatuh di awal sesi dan gagal mencatatkan masa terbaik, menamatkan sesi di kedudukan ke-14. Ini sekaligus memastikan beliau layak ke sesi Qualifying 2 bersama 14 pelumba terbaik untuk merebut posisi grid utama.
Sesi Qualifying yang berlangsung pada hari yang sama dengan keadaan cuaca baik dan Danish berjaya menamatkan sesi di tempat ke-5, meletakkannya di barisan kedua, petak ke-5 untuk perlumbaan utama.
Namun, pada hari perlumbaan yang berlangsung pada Ahad, cuaca berubah dengan hujan turun sebelum perlumbaan bermula. Menerusi siaran langsung, kita dapat melihat pasukan membuat sedikit pelarasan pada motosikal Danish. Sebaik lampu merah dipadam, Danish memecut pantas ke selekoh pertama tetapi diasak oleh pelumba lain, menyebabkan Danish berada di kedudukan keenam.
Memasuki lap ke-2, Danish terjatuh di dan motosikalnya mengalami sedikit kerosakan teknikal. Namun begitu, Danish tidak berputus asa dan meneruskan perlumbaan sehingga ke garisan penamat, mengakhiri perlumbaan di tempat ke-29.
Perlumbaan seterusnya untuk Hakim Danish iaitu pada 12 & 13 Julai ini untuk Redbull MotoGP Rookies Cup yang berlangsung di Sachsenring, Jerman. Manakala bagi FIM JuniorGP World Championship Pusingan 4 akan berlangsung pada 26 & 27 Julai bertempat Motorland Aragon, Sepanyol.
The Qualifying session, which took place later the same day under dry conditions, saw Danish finish in 5th place, earning him a second-row start in P5 for the main race.
However, on race day (Sunday), weather conditions changed as rain fell just before the start. As seen during the live broadcast, the team made some last-minute adjustments to Danish’s bike. When the red lights went out, Danish launched quickly into the first corner but was challenged by other riders, dropping him to sixth position.
Entering the second lap, Danish crashed and his bike sustained minor technical damage. Nevertheless, he did not give up and managed to continue the race, crossing the finish line in 29th position.
Hakim Danish’s next race will be on 12–13 July for the Red Bull MotoGP Rookies Cup at Sachsenring, Germany, followed by Round 4 of the FIM JuniorGP World Championship on 26–27 July at MotorLand Aragón, Spain.
#13 Hakim Danish
SIC Racing MSI
🇲🇾 “Agak kecewa dengan perlumbaan tadi kerana saya tidak dapat menamatkan perlumbaan di posisi yang baik selepas terjatuh di awal perlumbaan. Keadaan litar yang basah akibat hujan membuatkan saya kurang yakin, terutamanya di bahagian tayar belakang kerana setiap lap saya rasa ia agak ‘loose’. Namun, saya tetap cuba untuk kekal konsisten dan berada di kelompok hadapan, tetapi malangnya saya terjatuh. Saya akan terus fokus, dan minggu hadapan saya akan berlumba dalam Red Bull Rookies Cup, doakan kejayaan saya.”
🇬🇧 “I’m quite disappointed with today’s race as I wasn’t able to finish in a good position after crashing early in the race. The wet track conditions made it difficult, and I didn’t feel confident, especially with the rear tyre as it felt loose on every lap. I tried to maintain my momentum and stay with the front group, but unfortunately, I went down. I’ll stay focused, and next week I’ll be racing in the Red Bull Rookies Cup, I hope everyone will keep me in their prayers.”
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇲🇾 “Ini adalah perlumbaan yang sangat mencabar buat Danish kerana berlumba dalam keadaan hujan. Sepanjang minggu ini tiada sesi yang berlangsung dalam keadaan basah, dan saya percaya Danish tidak mendapat ‘feeling’ yang baik dengan motosikal seawal lap pertama. Pasukan cuba melakukan sedikit pelarasan di grid dan ada sedikit peningkatan tetapi ia masih belum mencukupi.
Saya yakin Danish sebenarnya sangat bagus ketika berlumba dalam hujan, namun dalam situasi ini, ia agak sukar buat pasukan untuk menentukan ‘setup’ yang tepat kerana kami tiada data latihan dilitar ini dalam keadaan hujan. Danish telah mencuba sedaya upaya tetapi malangnya terjatuh pada lap kedua. Saya sedikit sebanyak kecewa dengan keputusan ini, tetapi inilah lumrah perlumbaan, apa sahaja boleh berlaku. Kami akan terus fokus dan berusaha untuk kembali ke podium. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan.”
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing – MSI
🇬🇧 “It was a very challenging race for Danish, having to compete in wet conditions. There were no wet sessions throughout the week, and I believe Danish didn’t get a good feeling with the bike from the very first lap. The team tried to make some adjustments on the grid, there was some improvement, but it wasn’t enough.
I truly believe Danish is strong in the wet, but in this situation, it was difficult for the team to make the right setup decisions as we didn’t have any practice data in the rain. Danish gave it his best, but unfortunately, he crashed on the second lap. I’m somewhat disappointed with the outcome, but this is racing, anything can happen. We’ll stay focused and push for the next podium. Thank you to everyone for your continued support.”