
🇲🇾 BURIRAM, THAILAND | 01 Mac 2026 – Hakim Danish menyifatkan penampilan sulung penuhnya pada kempen Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 musim 2026 sebagai satu proses pembelajaran yang amat berharga, biarpun gagal mengutip mata pada perlumbaan pembukaan di Grand Prix (GP) Thailand, hari ini.
Berlumba di bawah naungan pasukan AEON Credit MT Helmets MSi, Hakim Danish memulakan saingan di Litar Antarabangsa Chang, Buriram dari petak ke-15 dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.
Menerusi catatan pusingan demi pusingan, Hakim Danish mempamerkan semangat juang tinggi pada awal perlumbaan apabila berjaya membaiki kedudukan hingga ke tempat ke-14 pada pusingan kedua dan keempat.
Namun, cabaran mengekalkan kelajuan bersama kelompok hadapan dilihat agak sukar, sekali gus menyaksikannya terpaksa akur menamatkan saingan di P18. Beliau menamatkan perlumbaan dengan jurang masa 25.810 saat di belakang pemenang dari Sepanyol, David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) yang melakar masa 32 minit 14.186 saat.
Tempat kedua diraih Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team), manakala Valentin Perrone (Red Bull KTM Tech3) melengkapkan pentas podium.
Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi rakan sepasukan Hakim, Ryusei Yamanaka apabila pelumba Jepun itu terjatuh pada pusingan kedua.
Mengulas mengenai aksi sulungnya, Hakim Danish mengakui keputusan yang dicapai di Thailand bukan yang dimahukan, terutamanya apabila dia meletakkan sasaran untuk mengutip mata pada saingan Moto3 tersebut.
Bagaimanapun, Hakim Danish percaya perlumbaan di Thailand adalah permulaan yang positif dan menegaskan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, terutamanya dari segi keserasian bersama jentera KTM Moto3.
Menyedari cabaran sengit kelas Moto3, pelumba kelahiran Terengganu ini mahu menjadikan perlumbaan di Thailand sebagai penanda aras untuk memperkemaskan gaya tunggangannya menjelang pusingan kedua kelak.
Biarpun tidak berada dalam kelompok pungutan mata, persembahan Hakim Danish sebagai pendatang baharu wajar diberi pujian apabila berjaya menamatkan perlumbaan dan melepasi sesi kelayakan kedua (Q2) secara merit semalam. Kini, fokus utamanya adalah memburu kedudukan mata pada perlumbaan di Brazil nanti.
🇬🇧 BURIRAM, THAILAND | 01 Mac 2026 – Hakim Danish described his full debut campaign in the 2026 Moto3 World Championship as an invaluable learning process, despite missing out on points in the opening round at the Thailand Grand Prix (GP) today.
Competing under the AEON Credit MT Helmets MSi, Hakim Danish started the race at the Chang International Circuit in Buriram from 15th on the grid and finished in 18th position.
Lap by lap, Hakim Danish demonstrated strong determination in the early stages of the race, climbing to 14th place on both the second and fourth laps.
However, maintaining the pace with the leading group proved challenging, and he ultimately had to settle for P18 at the chequered flag. He completed the race 25.810 seconds behind Spanish winner David Almansa (Liqui Moly Dynavolt Intact GP), who recorded a winning time of 32 minutes 14.186 seconds.
Second place went to Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team), while Valentin Perrone (Red Bull KTM Tech3) completed the podium.
Meanwhile, misfortune struck Hakim’s team-mate, Ryusei Yamanaka, who crashed on the second lap.
Reflecting on his debut performance, Hakim Danish admitted the result in Thailand was not what he had hoped for, particularly as he had set a target of scoring points in the Moto3 race.
Nevertheless, he believes the Thailand round marked a positive start and emphasised that there is still significant room for improvement, especially in terms of building stronger chemistry with the KTM Moto3 machine.
Fully aware of the fierce competition in the Moto3 class, the Terengganu-born rider intends to use the Thailand race as a benchmark to further refine his riding style ahead of the second round.
Although he narrowly missed out on points, Hakim Danish’s performance as a rookie deserves recognition, having successfully finished the race and progressed to Q2 on merit yesterday. His focus now shifts firmly towards securing points at the upcoming round in Brazil.

🇲🇾 “Menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 bukanlah keputusan yang saya harapkan. Perlumbaan tadi agak sukar. Saya cuba untuk mengekori kelompok hadapan, tetapi kelajuan mereka berbeza dan sangat laju. Saya telah berusaha sehabis baik untuk ke depan, namun saya sedar masih banyak yang perlu ditingkatkan dari segi tunggangan.”
“Buat masa ini, saya masih dalam proses mencari rentak dan menyesuaikan diri dengan jentera Moto3. Saya perlu mencari setup yang tepat agar jentera lebih mudah dikendalikan. Insya-Allah, saya akan bekerja keras menjelang minggu hadapan.
“Untuk perlumbaan seterusnya, fokus saya akan terarah kepada cara tunggangan, terutamanya cara mengendalikan jentera KTM ini. Saya perlu perbaiki teknik brek dan ketika memasuki selekoh. Selain itu, walaupun komunikasi saya bersama pasukan sudah agak baik, saya mahu mantapkannya lagi supaya kami lebih serasi.
“Pusingan seterusnya adalah di GP Brazil. Ia merupakan litar baharu untuk semua pelumba, jadi persaingannya lebih terbuka. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi di sana. Saya akan berikan yang terbaik.”
🇬🇧 “Finishing the race in 18th position was not the result I was hoping for. The race was quite difficult. I tried to stay with the leading group, but their pace was different and very fast. I pushed as hard as I could to move forward, but I know there is still a lot I need to improve in my riding.
“At the moment, I am still in the process of finding my rhythm and adapting to the Moto3 machine. I need to find the right set-up so the bike is easier to handle. I will continue working hard ahead of next week.
“For the next race, my focus will be on improving my riding style, especially how I manage the KTM machine. I need to improve my braking and my corner entry. Although my communication with the team is already quite good, I want to strengthen it further so we can work even better together.
“The next round is the Brazil GP. It is a new circuit for all the riders, so the competition will be more open. I’m really excited and looking forward to racing there. I will give my very best.”


🇲🇾 “Bagi pihak Hakim Danish, ini adalah satu keputusan yang sudah tentu tidak memuaskan. Namun, saya percaya ini adalah satu proses pembelajaran yang perlu dihadapi oleh setiap pelumba rookie.
“Kita tahu tahun lepas penampilan Hakim Danish nampak lebih baik di tiga perlumbaan terakhir Kejuaraan Dunia, tetapi kali ini apabila datang ke pusingan pertama secara sepenuh masa, keadaannya agak berbeza.
“Saya yakin ada banyak perkara yang perlu kita perbaiki, terutamanya dari segi cara Hakim Danish mengendalikan jentera KTM ini. Saya juga percaya banyak lagi aspek yang perlu Danish faham. Dia perlu berkomunikasi dengan lebih baik bersama pasukan, supaya pelarasan jentera boleh diubah bersesuaian dengan gaya tunggangannya.
“Sudah tentu perjalanan ini masih panjang. Saya akan sentiasa menyokong perkembangan Hakim Danish dan terus memberikan semangat agar dia bangkit lebih kuat.”
🇬🇧 “On behalf of Hakim Danish, this is certainly not a satisfying result. However, I believe this is part of the learning process that every rookie rider must go through.
“We know that last year Hakim Danish looked stronger in the final three rounds of the World Championship, but this time, coming into the opening round as a full-time rider, the situation is quite different.
“I am confident that there are many areas we need to improve, especially in how Hakim Danish handles the KTM machine. There are still many aspects that Danish needs to understand. He must communicate better with the team so that the bike set-up can be adjusted to suit his riding style.
“Of course, this journey is still a long one. I will always support Hakim Danish’s development and continue to encourage him to come back stronger.”

