PRESTASI CEMERLANG DI EROPAH: HAKIM DANISH DAN QABIL IRFAN UKIR KEMENANGAN DAN PODIUM

🇲🇾 Barcelona, Sepanyol | 23 Jun 2025 – Minggu yang hampir sempurna buat pelumba SIC Racing apabila kedua-dua pelumba, Hakim Danish menerusi RedBull Rookies Cup dan Qabil Irfan menerusi Espana Superbike Championship, mempamerkan prestasi cemerlang dengan menamatkan minggu perlumbaan masing-masing dengan kemenangan dan podium.

Red Bull MotoGP Rookies Cup – Pusingan 4, Mugello, Itali | Race 1 & Race 2
Race 1 – Danish memulakan perlumbaan dengan baik dan berada di kedudukan ke-5 pada awal saingan. Dalam beberapa pusingan berikutnya, Danish berada dikedudukan ke-8 dan bijak memanfaatkan slipstream untuk memintas 7 pelumba sekaligus dan mengetuai kelompok hadapan. Saingan sengit dalam kelompok hadapan lebih daripada 14 pelumba menyaksikan kedudukan sentiasa berubah.

Pada dua pusingan terakhir, Danish telah dipintas beberapa pelumba dan berada di kedudukan ke-14, menjadikan pergerakannya agak terbatas walaupun cuba menggunakan kelebihan di laluan lurus. Danish menamatkan perlumbaan di tempat ke-14. Namun, selepas perlumbaan, pelumba Sullivan Mounsey dikenakan penalti, sekali gus menaikkan kedudukan Danish ke tempat ke-13.

Race 2 – Danish memulakan perlumbaan dengan baik dan menunjukkan kematangan berbanding perlumbaan semalam. Danish kelihatan lebih tenang di awal dan pertengahan perlumbaan, serta kekal konsisten di kelompok hadapan. Danish juga beberapa kali mendahului perlumbaan walaupun sering dipintas semula oleh pelumba lain.

Pada pusingan terakhir, strategi Danish hampir membuahkan kemenangan. Beliau mengetuai kelompok hadapan sehingga ke selekoh terakhir dan berjaya mencipta sedikit jurang dengan pelumba di belakangnya, Veda Pratama. Namun, ketika memasuki laluan lurus menuju ke garisan penamat, Veda bijak memanfaatkan slipstream dan memintas Danish dengan perbezaan hanya 0.011 saat sahaja.

Espana Superbike Championship (ESBK) – Pusingan 2, Barcelona-Catalunya
Race 1 – Perlumbaan penuh dengan cabaran buat Qabil Irfan, namun Qabil bijak menyusun strategi sepanjang perlumbaan. Pada awal perlumbaan, Qabil berjaya melakukan ‘hole shot’ dan mengetuai perlumbaan. Lima pelumba dalam kelompok hadapan bersaing rapat dari awal hingga ke saat-saat akhir perlumbaan. Dengan cuaca panas dan kering serta suhu mencecah 45 celcius.

Menuju ke lap terakhir, di tiga selekoh terakhir, ketika Qabil berada di tempat ke-4, pendahulu kelompok hadapan, Enzo Zaragoza, terjatuh. Memasuki selekoh terakhir dan menuju ke garisan penamat, Qabil memanfaatkan ruang ‘slipstream’ untuk memintas dan menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua.

Race 2 – Perlumbaan yang pada awalnya diramal sengit ternyata menjadi kenyataan apabila Qabil Irfan dilihat berusaha keras untuk kekal konsisten dalam kelompok hadapan. Tujuh pelumba bersaing rapat dan saling bertukar posisi sejak dari awal perlumbaan sehingga ke garisan penamat. Qabil turut merangka strategi untuk tidak terlalu awal mengetuai perlumbaan bagi meminumkan penggunaan tayar, dengan strategi untuk menyerang pada pusingan terakhir.

Di pusingan terakhir, Qabil berjaya mendahului kelompok hadapan dan bertahan walaupun persaingan sengit berlaku sehingga ke selekoh terakhir menuju ke garisan penamat. Pelumba Nikola Miroslavov hampir memintas Qabil melalui slipstream dengan perbezaan masa hanya 0.006 saat.


🇬🇧 Barcelona, Spain | 23 June 2025 – It was an almost perfect weekend for the SIC Racing riders, as both Hakim Danish in the RedBull Rookies Cup and Qabil Irfan in the España Superbike Championship delivered outstanding performances, each ending their race weekends with a podium and a victory.

RedBull MotoGP Rookies Cup – Round 4, Mugello, Italy
Race 1 – Danish had a strong start and was running in 6th position in the opening laps. In the following laps, he dropped to 8th but smartly utilised the slipstream to overtake seven riders at once, taking the lead of the front group. The battle at the front, involving more than 14 riders, was extremely tight with positions changing constantly.

In the final two laps, Danish was overtaken by several riders and fell back to 14th position, limiting his ability to fight back despite making use of the straights. He crossed the finish line in 14th place, but was later promoted to 13th after rider Sullivan Mounsey received a penalty.

Race 2 – Danish once again had a good start and showed greater composure compared to the previous day. He remained calm and consistent throughout the early and mid stages of the race, staying with the leading pack and even taking the lead several times despite constant overtakes.

On the final lap, Danish’s strategy nearly paid off. He led the race up until the last corner and managed to pull a slight gap ahead of the chasing rider, Veda Pratama. However, on the home straight, Veda capitalised on the slipstream and overtook Danish just before the finish line by a mere 0.011 seconds.

España Superbike Championship (ESBK) – Round 2, Barcelona-Catalunya
Race 1 – It was a tough race for Qabil Irfan, but he navigated the challenge with well-thought-out strategy. At the start, Qabil managed a perfect ‘hole shot’, leading the race early on. Five riders formed a tight front group, battling all the way to the final moments of the race. With dry, scorching weather reaching 45°C.

On the final lap, at the last three corners, Qabil was in 4th when the race leader, Enzo Zaragoza, crashed out. In the final corner heading to the finish line, Qabil used the slipstream to his advantage and crossed the line in second place.

Race 2 – The highly anticipated race lived up to expectations, with Qabil Irfan pushing hard to remain among the front runners. Seven riders were locked in a tight battle, continuously swapping positions from start to finish. Qabil opted for a strategic approach by holding back slightly in the early stages to conserve his tyres, saving his attack for the final lap.

On the last lap, Qabil surged to the front and held his lead despite intense pressure into the final corner. Nikola Miroslavov almost snatched the win via slipstream, but Qabil held on to claim victory by just 0.006 seconds.

 


 

 

#13 Hakim Danish

Red Bull MotoGP Rookies Cup

🇲🇾”Alhamdulillah, di Race 2 saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Tadi memang perlumbaan yang sangat mencabar dengan ramai pelumba dalam kelompok hadapan dan banyak aksi potong memotong di laluan lurus. Hari ini saya cuba kekal dalam kelompok hadapan sepanjang perlumbaan. Semalam di Race 1, strategi saya kurang menjadi sebab terlalu ramai pelumba dalam satu kumpulan, tapi untuk Race 2 saya dapat kawal dengan lebih baik. Saya kini bersedia untuk perlumbaan seterusnya di FIM JuniorGP di Perancis 2 minggu lagi dan pusingan RedBull Rookies akan datang di Jerman dalam masa tiga minggu lagi.”


🇬🇧 “Alhamdulillah, in Race 2 I managed to finish in second place. It was definitely a very challenging race, with many riders in the front group and lots of overtaking on the straights. Today, I tried to stay with the front pack throughout the race. Yesterday in Race 1, my strategy didn’t work as well because there were too many riders in one group, but for Race 2 I was able to manage it better. I’m now ready for the next race in the FIM JuniorGP in France in two weeks’ time, and the upcoming RedBull Rookies round in Germany in three weeks.”

 


 

RESULT | RACE 1 | RACE 2 | OVERALL STANDING

 

 

 


 

 

#4 Qabil Irfan

Frando Racing VHC Team Liqui Moly

🇲🇾”Race 1 saya bermula dengan sangat baik dan sempat mengetuai kelompok hadapan, tetapi saya dipintas di laluan lurus. Strategi saya ketika itu hanyalah mengekori pelumba lain sambil cuba meminimumkan penggunaan tayar kerana cuaca di sini sangat panas. Untuk pusingan terakhir, saya gunakan ruang slip stream untuk memintas dan meraih kemenangan. Race 2 pula lebih mencabar kerana persaingan sangat sengit dalam kelompok hadapan. Jadi saya susun strategi untuk jaga tayar sebaik mungkin dan hanya menyerang di lap terakhir. Alhamdulillah, strategi itu menjadi walaupun ada pelumba cuba memintas menggunakan slip stream di saat akhir.”


🇬🇧”In Race 1, I had a very good start and even led the front group for a while, but I was overtaken on the straight. My strategy at the time was simply to follow the other riders while trying to minimise tyre wear, as the weather here is extremely hot. On the final lap, I took advantage of the slipstream to overtake and secure the win.
Race 2 was more challenging because the competition in the front group was very intense. So, I planned my strategy to preserve the tyres as best as I could and only went on the attack on the final lap. Alhamdulillah, the strategy worked, even though another rider tried to overtake me using the slipstream right at the end.”

 


 

RESULT | RACE 1 | RACE 2 | OVERALL STANDING

 

 

 


 

 

Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing

🇲🇾“Minggu ini merupakan minggu yang sangat baik untuk kedua-dua pelumba. Qabil berjaya naik podium di Race 1 dan memenangi Race 2. Perlumbaan Qabil sangat membanggakan, semangat yang ditunjukkan serta cara Qabil mengatur strategi perlumbaan amat mengagumkan. Ini adalah pengalaman yang sangat berharga buat Qabil, dan saya ucapkan tahniah atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan. Harap momentum ini dapat diteruskan di Aragon minggu hadapan.

Bagi Danish pula, Race 1 agak mencabar apabila strateginya tidak menjadi disebabkan kesan slip stream dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-13, satu keputusan yang agak mengecewakan. Namun, Danish bangkit semula di Race 2 dengan aksi luar biasa, menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas mengetuai di selekoh terakhir sebelum dipintas Veda Pratama di saat akhir. Ini membuktikan semangat juang Danish yang tinggi walaupun selepas Race 1 yang mengecewakan. Alhamdulillah, kedua-dua Danish dan Qabil kini mendahului kedudukan keseluruhan dalam kejohanan masing-masing.”


🇬🇧 “This week has been an excellent one for both riders. Qabil secured a podium finish in Race 1 and won Race 2. Qabil’s racing was truly impressive, with remarkable determination and race strategy. This has been a very valuable experience for him, and I congratulate him on his outstanding performance. Hopefully, this momentum will continue at Aragon next week.

As for Danish, Race 1 was quite challenging as his strategy didn’t work out due to slipstream effects, finishing in 13th place — a somewhat disappointing result. However, Danish bounced back in Race 2 with an exceptional performance, finishing second after leading into the final corner before being overtaken by Veda Pratama at the very last moment. This shows Danish’s strong fighting spirit despite the setback in Race 1. Alhamdulillah, both Danish and Qabil now lead the overall standings in their respective championships.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
🇲🇾 SEPANG, MALAYSIA (02 NOVEMBER 2025) – Hakim Danish akan…
🇲🇾 Barcelona, 29 Oktober 2025 — Pusingan ke-6 FIM JuniorGP…
🇲🇾 SEPANG, 26 Oktober 2025 – Hakim Danish mengakui gembira…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.
Design & Developed by IBINA TECHNOLOGY SDN BHD
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia