
🇲🇾 Estoril, Portugal | 15 September 2025 – Musim perlumbaan 2025 menyaksikan pencapaian membanggakan daripada dua pelumba muda negara, Hakim Danish dan Qabil Irfan, yang masing-masing beraksi di kejohanan berprestij.
Bagi Hakim Danish, prestasinya pada musim ini dilihat semakin konsisten dan jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selepas menamatkan musim 2023 di kedudukan ke-12 keseluruhan dan 2024 di kedudukan ke-6, Danish kini berada dalam landasan tepat untuk menutup musim 2025 di kedudukan ke-3 keseluruhan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC).
Malah, Danish turut mengetuai carta keseluruhan selama lima pusingan pada musim ini, satu pencapaian besar dalam kejohanan yang amat kompetitif. Tekanan sebagai pendahulu pastinya bukan sesuatu yang mudah, namun pencapaian ini membuktikan kemampuan Danish bersaing di peringkat tinggi. Perjalanannya masih panjang dengan saingan FIM JuniorGP yang belum berakhir, di mana sasaran khusus juga sedang diutamakan. Bagi perancangan musim hadapan, SIC dan ZK Racing masih menilai pelbagai aspek sebelum memuktamadkan keputusan, namun komitmen penuh akan terus diberikan buat Hakim Danish.
Dalam masa yang sama, Qabil Irfan mencipta kejutan apabila menamatkan saingan lebih awal dengan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan 2025 kategori ESBK Talent, meskipun masih berbaki satu pusingan. Kejohanan España Superbike Championship (ESBK) kategori ESBK Talent ini semakin sengit apabila pelumba Switzerland, Alessio Arnold, mula mencuri perhatian selepas beberapa kemenangan mengejutkan.
Walaupun berdepan tekanan apabila saingan semakin rapat, Qabil terus mengekalkan konsistensi di setiap perlumbaan. Selepas pusingan kelima, ZK Racing bersama pasukan VHC mengambil langkah strategik termasuk mengekalkan Qabil di Sepanyol untuk latihan intensif serta memperkemas aspek teknikal jentera. Usaha tersebut membuahkan hasil apabila Qabil memenangi Race 1 dengan jarak yang besar, sekali gus memberi keyakinan tinggi menuju Race 2. Akhirnya, gelaran juara keseluruhan berjaya disahkan lebih awal, mengangkat nama Qabil sebagai salah seorang pelumba muda paling menyerlah di pentas antarabangsa.
Kejayaan kedua-dua pelumba ini bukan sahaja membuktikan potensi besar bakat muda Malaysia di arena perlumbaan dunia, malah menjadi pemangkin semangat untuk terus melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf antarabangsa.
🇬🇧 Estoril, Portugal | 15 September 2025 – The 2025 racing season has seen remarkable achievements from two young Malaysian riders, Hakim Danish and Qabil Irfan, both competing in prestigious international championships.
For Hakim Danish, this season’s performance has been more consistent and significantly stronger compared to previous years. After finishing 12th overall in 2023 and 6th in 2024, Danish is now on track to close the 2025 season in 3rd place overall in the Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC).
Danish also led the overall standings for five rounds this season, an impressive feat in such a highly competitive championship. Maintaining the lead brought its own challenges, but his performance proved his ability to compete at the highest level. His journey is far from over as the FIM JuniorGP continues, with its own set of targets in sight. Looking ahead to next season, SIC and ZK Racing are still reviewing various aspects before finalising their plans, but both remain committed to ensuring the best for Hakim Danish.
Meanwhile, Qabil Irfan stunned the field by securing the 2025 ESBK Talent overall championship title with one round still remaining. The España Superbike Championship (ESBK) Talent category grew increasingly competitive as Swiss rider Alessio Arnold emerged as a surprise contender after several race victories.
Despite the mounting pressure as rivals closed in, Qabil maintained consistent performances throughout the season. After Round 5, ZK Racing and VHC Racing took strategic steps, keeping Qabil in Spain for intensive training and working on technical improvements to the bike. These efforts paid off when Qabil dominated Race 1 with a significant margin, boosting the team’s confidence heading into Race 2. Ultimately, Qabil sealed the overall championship title early, establishing himself as one of the most promising young riders on the international stage.
The success of these two riders not only highlights the immense potential of Malaysia’s young talents in global motorsport but also serves as an inspiration to continue nurturing more world-class riders in the future.
#13 Hakim Danish
Red Bull MotoGP Rookies Cup
🇲🇾”Hari ini di Race 2 saya tidak menamatkan perlumbaan (DNF). Ia bukanlah keputusan yang saya harapkan untuk menutup musim 2025 Red Bull MotoGP Rookies Cup. Secara keseluruhan, hujung minggu ini agak mencabar, tetapi saya tetap berusaha dan berjaya menunjukkan peningkatan dalam setiap sesi latihan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja, keluarga, rakan-rakan serta penyokong yang sentiasa memberi sokongan tanpa henti.”
🇬🇧 “Today in Race 2 I did not finish (DNF). This is not the result I was hoping for to close the 2025 Red Bull MotoGP Rookies Cup season. Overall, it was quite a challenging weekend, but I kept pushing and managed to show improvement in every practice session. I would like to thank all my sponsors, family, friends and supporters who never gave up on me.”
🇲🇾“Kita telah menamatkan saingan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC) tahun ini dengan pencapaian membanggakan apabila Hakim Danish menamatkan musim di kedudukan ke-3 keseluruhan. Ini adalah keputusan terbaik buat Danish dan juga pencapaian tertinggi Malaysia sejak mula menyertai kejuaraan ini. Tahun pertama Danish menamatkan RBRC di tempat ke-12, kemudian ke-6 pada 2024, dan tahun ini berjaya berada di kedudukan ke-3. Walaupun kita sebenarnya berpeluang untuk memburu gelaran juara, nasib tidak menyebelahi apabila dalam Race 1 Danish dilanggar pelumba lain hingga terkeluar dari litar dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10, manakala dalam Race 2 beliau terjatuh di selekoh pertama ketika keadaan litar separuh basah.
Secara jujurnya saya sangat berbangga dengan prestasi Danish. Ini adalah hasil usaha dan ketekunan beliau. Perlumbaan di Eropah menampilkan pelumba-pelumba terbaik dunia, dan RBRC merupakan platform terbaik sebelum melangkah ke MotoGP. Walaupun penamat musim ini agak mencabar, prestasi konsisten Danish di awal musim amat memberangsangkan dan menjadi asas yang baik untuk kita terus perbaiki agar lebih konsisten sehingga ke hujung musim pada masa akan datang.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong program SIC Racing dalam membangunkan bakat pelumba muda. Saya berharap lebih ramai lagi pelumba akan dapat muncul di pentas sukan permotoran antarabangsa.”
🇬🇧“We have concluded this year’s Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBRC) with a remarkable achievement as Hakim Danish finished 3rd overall. This is not only Danish’s best result to date, but also Malaysia’s highest-ever achievement since joining this championship. In his first year, Danish finished 12th overall, then improved to 6th in 2024, and this year secured 3rd. Although we had a chance to fight for the championship, luck was not on our side. In Race 1, Danish was hit by another rider and forced off the track, finishing 10th, while in Race 2 he crashed at Turn 1 on a half-wet track.
Honestly, I am very proud of Danish’s performance. This result is the outcome of his hard work and determination. Racing in Europe against some of the world’s best riders is a huge challenge, and RBRC provides the best platform before stepping up to MotoGP. While the end of the season was tough, Danish showed strong consistency at the beginning of the year, and this will be our foundation to work on becoming more consistent throughout the full season in the future.
I would also like to thank everyone who continues to support the SIC Racing programme in developing young riders. I truly hope to see more Malaysian talents rising onto the international motorsport stage.”
#4 Qabil Irfan
Frando Racing VHC Team Liqui Moly
🇲🇾 “Perlumbaan Round 6 ESBK pada Sabtu dan Ahad lepas sangat bagus bagi saya. Jujur saya cakap, ia adalah minggu yang memenatkan kerana pada awalnya saya tahu, Round 6 ini adalah sangat penting dan saya perlu menang Race 1 dan Race 2.
Saya tahu, ZK Racing dan pasukan VHC tidak akan duduk diam, mereka akan lakukan apa saja untuk pastikan saya menang, saya hanya perlu fokus dan bagi komitment yang terbaik, bermula dari Khamis & Jumaat pelbagai setup baru saya cuba supaya team dapat collect seberapa banyak data yang ada. Alhamdulillah pada hari Sabtu, Race 1, ia adalah hari yang tidak saya lupakan, saya amat yakin terhadap bike dan secara tidak langsung ia meyakinkan diri saya untuk pergi lebih laju.
Pada Race 2 saya cuba ulang kembali seperti Race 1, tetapi saya berfikiran tidak mahu merisikokan kerana saya lihat gap pun telah jauh, jadi saya hanya kekalkan pace tersebut. Masih ada berbaki 1 pusingan lagi, iaitu pada bulan 11 di Jerez, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada KBS, Sepang Circuit, Terengganu Inc, ZK Racing dan RCB kerana menjadi tulang belakang saya dan terima kasih juga kepada Mak dan Bad yang sentiasa mendoakan saya serta penyokong saya.”
🇬🇧 “The Round 6 ESBK races last Saturday and Sunday were truly a great weekend for me. To be honest, it was an exhausting week because from the very beginning I knew how important Round 6 was I needed to win both Race 1 and Race 2.
I knew that ZK Racing and the VHC team would not sit back; they would do everything possible to ensure I could secure those wins. My responsibility was simply to stay focused and give my very best commitment. From Thursday and Friday, we tried various new setups so the team could collect as much data as possible. Alhamdulillah, on Saturday in Race 1, it was a day I will never forget. I had great confidence in the bike, which in turn gave me the belief to push harder. In Race 2, I tried to repeat the same approach as in Race 1, but I decided not to take unnecessary risks as I could already see the gap was comfortable, so I just maintained the pace.
There is still one round remaining in November at Jerez. I would like to express my heartfelt thanks to KBS, Sepang Circuit, Terengganu Inc, ZK Racing, and RCB for being my backbone. A special thanks also to Mak and Bad for their constant prayers, and to all my supporters for standing by me.
🇲🇾 “Memang pada awalnya kita tidak menjangkakan Qabil akan menjuarai kategori ESBK Talent tahun ini kerana sasaran tidak diletakkan terlalu tinggi. Namun, selepas Qabil memenangi kedua-dua perlumbaan pada Round 1, jangkaan itu berubah dan sejak itu kita mengharapkan Qabil memberikan yang terbaik di setiap pusingan. Minggu lalu, Qabil akhirnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan ESBK Talent 2025 dan ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong Qabil, menyokong program pembangunan pelumba ini serta khususnya kepada ayah Qabil yang sentiasa berada di sisinya di Sepanyol. Harapan saya, pada tahun hadapan kita dapat melangkah ke tahap seterusnya dengan menyasarkan penyertaan dalam European Talent Cup dan Asia Talent Cup.”
🇬🇧 “At the beginning, we did not expect Qabil to win the ESBK Talent category this year as we had not set such a high target. However, after he won both races in Round 1, our expectations changed, and from then on we hoped he would give his very best in every round. Last week, Qabil was officially crowned the 2025 ESBK Talent Overall Champion, and this is truly a proud achievement.
I would like to express my sincere gratitude to everyone who has supported Qabil, to those who continue to back our rider development programme, and especially to Qabil’s father for always being by his side in Spain. My hope is that next year we can take the next step, targeting participation in both the European Talent Cup and the Asia Talent Cup.”