
Pada pusingan ke-4 yang turut berlangsung di litar sama, pelumba negara Qabil Irfan cemerlang menjuarai Race 1 sebelum menamatkan Race 2 di kedudukan ke-4. Rekod tersebut sekali gus meletakkan beliau dalam motivasi terbaik untuk terus memperkukuhkan kedudukan keseluruhan. Setakat ini, Qabil mencatatkan empat kemenangan dan tiga kali di tempat kedua, sekali gus mendahului carta keseluruhan dengan kelebihan 49 mata mengatasi pencabar terdekat, Izan Rodriguez dari Sepanyol.
Race 1 tidak akan disiarkan secara langsung, namun Race 2 boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube rasmi RFME. Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini Qabil Irfan melalui laman Facebook dan Instagram rasmi ZK Racing.
Youtube Live Streaming Race 2:
🔗 youtube.com/@RFME
In Round 4, which was also held at the same venue, Malaysian rider Qabil Irfan delivered an impressive performance by winning Race 1 before finishing fourth in Race 2. These results have provided him with added confidence to further strengthen his overall standing. To date, Qabil has recorded four victories and three runner-up finishes, leading the championship standings with a 49-point advantage over his closest rival, Spain’s Izan Rodriguez.
Race 1 will not be broadcast live, but Race 2 can be watched live via the official RFME YouTube channel. For the latest updates on Qabil Irfan, follow the official Facebook and Instagram pages of ZK Racing.
Youtube Live Streaming Race 2:
🔗 youtube.com/@RFME
🇲🇾 “Minggu ini saya akan beraksi di Litar Navarra, iaitu litar yang sama seperti Pusingan 4 sebelum ini di mana saya berjaya menjuarai Race 1 dan tamat Race 2 di tempat ke-4. Kebanyakan pelumba kini sudah mengetahui strategi saya yang biasanya menyerang pada lap-lap terakhir, jadi untuk Pusingan 5 ini saya akan cuba mengubah strategi tersebut. Buat masa ini saya masih mendahului kedudukan keseluruhan, dan saya akan berusaha untuk mengekalkannya sehingga ke pusingan akhir nanti.”
🇬🇧 “This week I will be racing at the Navarra Circuit, the same venue as Round 4 where I managed to win Race 1 and finish fourth in Race 2. Most of the riders are now aware of my usual strategy of attacking in the final laps, so for Round 5 I will look to adjust my approach. At the moment, I am still leading the overall standings, and I will do my best to maintain that position until the final round.”
Zulfahmi Khairuddin
Pengurus Pasukan SIC Racing
🇲🇾 “Minggu ini merupakan pusingan kelima ESBK yang berlangsung sekali lagi di Litar Navarra. Qabil masih mengekalkan kedudukan teratas dalam keseluruhan carta. Persiapan kami seperti biasa Qabil buat laithan di Terengganu bersama ayahnya dan juga bersama ZK Racing di Sepang. Saya sedar tidak banyak lagi yang boleh dilakukan pada saat akhir, namun saya yakin dengan kemampuan Qabil untuk terus bersaing di Navarra minggu ini. Harapan saya adalah agar Qabil dapat berjuang sebaik mungkin untuk memburu kemenangan, kekal kompetitif dan semoga kami dapat membawa pulang kejayaan dari Litar Navarra.”
🇬🇧 “This week marks the fifth round of the ESBK, once again at the Navarra Circuit. Qabil is still leading the overall standings. Our preparations have been carried out as usual at the Terengganu Circuit and with ZK Racing in Sepang. At this stage, there is not much more we can do, but I have full confidence in Qabil’s ability to compete strongly at Navarra this weekend. My hope is for Qabil to give his very best in the fight for victory, remain competitive, and return from Navarra with success.”