π²πΎ Sepang, Selangor, 02 April 2024 – Qabil Irfan telah berlepas ke Sepanyol pada 1 April 2025, bersamaan dengan hari raya kedua, bagi menghadapi perlumbaan pembuka musim Espana Superbike Championship (ESBK) 2025 untuk Pusingan 1.
Pada musim 2024, Qabil yang beraksi bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly mencipta kejutan dalam kategori Moto4 dengan satu kemenangan dan enam podium sepanjang kejohanan.
Menjelang musim baharu, Qabil telah terlepas dua Ujian Rasmi Pasukan pada Mac lalu di Jerez dan Alcaraz, mengikut perancangan pasukan. Namun, SIC Racing mengambil inisiatif dengan mengadakan sesi latihan menggunakan jentera Honda NSF 250R, membolehkannya menyesuaikan diri dengan jentera yang mirip digunakan dalam ESBK Talent.
Bagi musim 2025, Qabil akan terus bersama pasukan yang sama tetapi beralih ke kategori baharu, ESBK Talent, yang menggunakan jentera Honda NSF 250R. Pusingan 1 akan berlangsung di Circuito de Jerez, Sepanyol, pada 5 & 6 April 2025.
Para peminat boleh menyaksikan perlumbaan secara langsung pada Ahad menerusi YouTube RFME atau mengikuti perkembangan terkini melalui Instagram dan Facebook ZK Racing.
Saluran Youtube – youtube.com/@RFME
π¬π§ Jerez, Spain, 02 April 2025 – Qabil Irfan departed for Spain on 1 April 2025, the second day of Raya, to compete in the opening round of the Espana Superbike Championship (ESBK) 2025.
In the 2024 season, Qabil, racing with Frando Racing VHC Team Liqui Moly, made a strong impact in the Moto4 category, securing one victory and six podium finishes throughout the championship.
Ahead of the new season, Qabil missed two Official Team Tests in March at Jerez and Alcaraz, as planned by the team. However, SIC Racing took the initiative to organise training sessions using a Honda NSF 250R, allowing him to familiarise himself with a machine similar to those used in the ESBK Talent.
For the 2025 season, Qabil will remain with the same team but will step up to the newly introduced ESBK Talent, which features a single-make Honda NSF 250R. Round 1 will take place at Circuito de Jerez, Spain, on 5 & 6 April 2025.
Fans can watch the race live on YouTube RFME on Sunday or stay updated via Instagram and Facebook ZK Racing.

π²πΎ Saya telah tiba di Sepanyol untuk Round 1 ESBK. Walaupun terlepas dua sesi latihan rasmi, dengan inisiatif pasukan SIC Racing, saya berpeluang menjalani latihan di PETRONAS Sepang International Circuit bagi menyesuaikan diri dengan jentera NSF 250R yang akan digunakan dalam kategori baharu yang saya sertai, iaitu ESBK Talent.
Sasaran saya untuk Round 1 adalah untuk memenangi perlumbaan atau sekurang-kurangnya menaiki podium. Terima kasih saya ucapkan kepada KBS, SIC Racing, ZK Racing, Terengganu Inc, Frando Racing serta RCB atas sokongan yang diberikan.
Selamat Hari Raya kepada semua!
π¬π§ I have arrived in Spain for Round 1 of the ESBK. Although I missed two official practice sessions, thanks to the initiative of the SIC Racing team, I had the opportunity to train at the PETRONAS Sepang International Circuit to familiarise myself with the NSF 250R machine, which I will be using in the new category I am competing in β the ESBK Talent.
My target for Round 1 is to win the race or at least secure a podium finish. I would like to extend my heartfelt thanks to KBS, SIC Racing, ZK Racing, Terengganu Inc, Frando Racing, and RCB for their support.
Wishing everyone a joyous Hari Raya!

π²πΎ Minggu ini merupakan minggu perlumbaan ESBK Round 1. Seperti yang semua sedia maklum, Round 1 ESBK telah ditunda bulan lalu akibat banjir. Qabil juga terlepas sesi Ujian Rasmi pasukan yang pada asalnya dijadualkan di Jerez dan Alcaraz.
Namun, atas inisiatif SIC Racing, beberapa sesi ujian telah diadakan di Litar Sepang menggunakan jentera Honda NSF 250R, iaitu jentera yang sama digunakan dalam kategori ESBK Talent. Saya juga akan bersama Qabil sepanjang minggu perlumbaan di Jerez.
Harapan saya adalah untuk kita berjuang demi kemenangan atau sekurang-kurangnya menaiki podium. Ini merupakan kategori baharu, dan kami masih belum mengetahui tahap persaingan serta prestasi kami. Apa pun, saya berharap kami dapat memberikan yang terbaik dan melalui Round 1 dengan selamat.
Terima kasih kepada semua penaja seperti KBS, PETRONAS Sepang International Circuit, Frando Racing, Terengganu Inc, RCB, serta semua yang terlibat dalam menyokong program ini.
π¬π§This week marks race week for ESBK Round 1. As everyone knows, Round 1 was postponed last month due to flooding. Qabil also missed the official team test sessions, which were originally scheduled in Jerez and Alcaraz.
However, thanks to the initiative of SIC Racing, several test sessions were conducted at Sepang Circuit using the Honda NSF 250R, the same machine used in the ESBK Talent category. I will also be with Qabil throughout the race week in Jerez.
Our goal is to fight for victory or at least secure a podium finish. As this is a new category, we are still uncertain about the level of competition and our performance. Nevertheless, I hope we can give our best and complete Round 1 safely.
A huge thank you to all our sponsors, including KBS, PETRONAS Sepang International Circuit, Frando Racing, Terengganu Inc, RCB, and everyone involved in supporting this programme.


