๐ฒ๐พ Circuito de Jerez, Sepanyol | 10 November 2025 โ Pusingan akhir Espana Superbike Championship (ESBK) yang berlangsung di Circuit de Jerez, Sepanyol memberikan cabaran berbeza kepada Qabil Irfan. Minggu perlumbaan ini menyaksikan persaingan sengit daripada ramai pelumba yang sangat kompetitif, memandangkan ia merupakan perlumbaan terakhir bagi musim 2025.
Qabil memulakan minggu perlumbaan dengan sesi FP1 dan FP2, menunjukkan prestasi yang konsisten serta mempunyai kelajuan yang mampu memberikan cabaran pada perlumbaan nanti. Namun, pada sesi Qualifying yang berlangsung dalam keadaan litar basah, jentera Qabil menghadapi masalah teknikal, dan beliau menamatkan sesi kelayakan di tempat ke-17, sekaligus memulakan Race 1 dari petak ke-17.
Dalam Race 1, yang berlangsung dalam cuaca baik, Qabil memulakan perlumbaan dengan cemerlang. Sebaik lampu hijau dipadamkan, beliau meluru ke Turn 1 dan berada di kedudukan ke-9. Menjelang lap 2, Qabil mengetuai kumpulan hadapan, dengan persaingan sengit berlaku sehingga garisan penamat. Keputusan untuk tempat ke-3 dan ke-4 terpaksa ditentukan melalui photo finish, dan nasib memihak kepada Qabil untuk meraih podium tempat ke-3.
Dalam Race 2, Qabil bermula dari petak ke-3 dan sekali lagi memulakan perlumbaan dengan baik. Perlumbaan kali ini lebih mencabar kerana pelumba lain menunjukkan aksi lebih agresif dan pantas dari awal. Banyak adegan pintas memintas berlaku sepanjang perlumbaan. Qabil beberapa kali mendahului perlumbaan, dan menjelang lap terakhir, 10 pelumba kumpulan hadapan bersaing sengit di setiap selekoh sehingga garisan penamat. Qabil menamatkan Race 2 di tempat ke-4, sekaligus menutup musim 2025 sebagai Juara Keseluruhan Espana Superbike Championship kategori ESBK Talent.
๐ฌ๐ง The final round of the Espana Superbike Championship (ESBK), held at Circuit de Jerez, Spain, presented a different challenge for Qabil Irfan. The race weekend saw intense competition from many riders, as it was the final race of the 2025 season.
Qabil began the weekend with FP1 and FP2 sessions, showing consistent performance and a pace capable of challenging in the races. However, during the Qualifying session, which took place on a wet track, Qabilโs bike experienced technical issues, and he finished qualifying in 17th position, meaning he would start Race 1 from the 17th grid slot.
In Race 1, which took place in good weather conditions, Qabil made an excellent start. As soon as the lights went out, he surged to Turn 1 and moved up to 9th position. By lap 2, Qabil was leading the front group, with a very tight battle continuing until the finish line. The positions for 3rd and 4th had to be decided by a photo finish, which favoured Qabil, earning him a podium in 3rd place.
In Race 2, Qabil started from 3rd on the grid and once again had a strong start. This race proved even more challenging, as other riders were aggressive and fast from the outset. There were numerous overtaking manoeuvres throughout the race. Qabil led or was at the front several times, and on the final lap, the leading group of 10 riders battled fiercely through every corner to the finish line. Qabil finished Race 2 in 4th place, closing the 2025 season as the overall champion of the Espana Superbike Championship in the ESBK Talent category.

#4 Qabil Irfan
Frando Racing VHC Team Liqui Moly
๐ฒ๐พ โRace 2 agak sengit dari awal hingga tamat perlumbaan. Tiada rezeki untuk podium Race 2 ini, tetapi saya sangat seronok kerana semua pelumba agak agresif dan laju, saya benar-benar menikmati perlumbaan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KBS, SIC, Terengganu Inc, RCB dan ZK Racing atas sokongan mereka sepanjang musim 2025, serta semua penaja lain dan penyokong saya.โ
๐ฌ๐ง โRace 2 was tough from start to finish. I didnโt have the luck for the podium this time, but I really enjoyed it because all the riders were aggressive and fast, I had a lot of fun. I want to say a huge thank you to KBS, SIC, Terengganu Inc, RCB, and ZK Racing for their support throughout the 2025 season, as well as to all my other sponsors and supporters.โ




๐ฒ๐พ โTamat musim ESBK Talent bersama Qabil Irfan. Secara keseluruhan, ini merupakan musim yang sangat berjaya untuk Qabil dengan 6 kemenangan, 2 tempat kedua dan 3 tempat ketiga, menunjukkan konsistensi yang luar biasa. Kita berjaya menjuarai kategori ini, dan tahniah kepada Qabil serta keluarga beliau. Terima kasih juga kepada pasukan VHC yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk memastikan Qabil menjadi juara pada tahun ini.โ
๐ฌ๐ง โThe ESBK Talent season with Qabil Irfan has now concluded. Overall, it has been a very successful season for Qabil with 6 wins, 2 second-place finishes, and 3 third-place finishes, showing remarkable consistency. We won the championship, and congratulations to Qabil and his family. Thanks also to the VHC team for always giving their best to ensure Qabil became champion this year.โ

