🇲🇾 Barcelona , Sepanyol | 19 Mei 2026 – Qabil Irfan Azlan, secara rasmi memulakan misinya di benua Eropah menjelang pusingan pembukaan Kejuaraan Moto4 European Cup 2026 yang dijadualkan berlangsung di Litar Catalunya, Barcelona-Montmeló, Sepanyol, hujung minggu ini.
Qabil yang bersaing bersama pasukan MLav Junior Team itu sedar akan cabaran getir yang menantinya di pentas Eropah. Bagaimanapun, pelumba berbakat besar ini tetap optimis untuk memberikan saingan sengit kepada barisan pelumba terbaik dari seluruh dunia hasil persiapan rapi serta peningkatan intensiti latihan yang dijalaninya sebelum ini. Penyertaan Qabil bersama MLav Junior Team dilihat sebagai langkah strategik dalam memacu pembangunan kariernya ke peringkat lebih tinggi.
Pasukan yang berpangkalan di Britain itu mempunyai reputasi gah sebagai antara program pembangunan bakat paling aktif, dengan rekod cemerlang dalam kancah JuniorGP termasuk kejayaan podium serta penglibatan dalam kategori Kejuaraan Dunia Moto3. Pemilihan Qabil untuk menyertai pasukan berkenaan turut didorong oleh hubungan baik antara bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin, dengan pemilik pasukan, Michael Laverty.
Persefahaman antara kedua-dua pihak tersebut telah membuka ruang buat Qabil untuk berkembang dalam persekitaran perlumbaan yang lebih kompetitif dan profesional di peringkat antarabangsa. Meskipun terdapat beberapa pasukan lain yang menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya, MLav Junior Team akhirnya dipilih berdasarkan prestasi serta keupayaan pasukan itu dalam menawarkan platform terbaik bagi pembangunan jangka panjang Qabil.
Setakat ini, Qabil dilaporkan semakin serasi dengan jentera Moto4 miliknya dan menunjukkan perkembangan positif sepanjang sesi latihan serta proses penyesuaian bersama pasukan baharunya. Kejuaraan Moto4 European Cup 2026 bakal berlangsung sebanyak tujuh pusingan, bermula di Catalunya dan akan melabuhkan tirainya di Litar Motor Valley Emilia-Romagna, Itali, pada Oktober depan.
Aksi di Barcelona hujung minggu ini bakal menjadi kayu ukur sebenar buat Qabil untuk menilai kemampuannya sebelum meneruskan misi membawa nama Malaysia ke puncak dunia. Sebagai rekod, Qabil hadir ke Eropah dengan momentum positif selepas menamatkan Perlumbaan 2 Moto4 Asia Cup di tempat kedua di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, pada awal Mac lalu.
Keputusan cemerlang itu meletakkannya di tangga ketiga keseluruhan carta kejuaraan Asia dengan 30 mata, di belakang pelumba Jepun, Hayato Chishiki (50 mata) dan Waku Kunitate (33 mata).
🇬🇧 Barcelona, Spain | 19 May 2026 – Qabil Irfan Azlan has officially begun his European campaign ahead of the opening round of the 2026 Moto4 European Cup, which is set to take place this weekend at the Circuit de Barcelona-Catalunya in Barcelona-Montmeló, Spain.
Competing with the MLav Junior Team, Qabil is fully aware of the tough challenge that awaits him on the European stage. However, the highly talented young rider remains optimistic about putting up a strong fight against some of the world’s best young competitors, following thorough preparations and an intensified training programme in recent months.
Qabil’s move to join the MLav Junior Team is seen as a strategic step in accelerating the development of his racing career to the next level.
The British-based outfit holds a strong reputation as one of the most active talent development programmes in motorcycle racing, with an impressive track record in JuniorGP, including podium finishes and involvement in the Moto3 World Championship category.
Qabil’s selection to join the team was also influenced by the strong relationship between former Malaysian rider Zulfahmi Khairuddin and team owner Michael Laverty.
That mutual understanding between both parties has created an important opportunity for Qabil to grow in a more competitive and professional international racing environment. Although several other teams had expressed interest in securing his services, the MLav Junior Team was ultimately chosen based on its proven performance and ability to provide the best long-term development platform for Qabil.
So far, Qabil is reported to be adapting well to his Moto4 machine and has shown positive progress throughout training sessions and the adjustment process with his new team.
The 2026 Moto4 European Cup will feature seven rounds, beginning in Catalunya and concluding at the Motor Valley Emilia-Romagna Circuit in Italy this October.
This weekend’s action in Barcelona will serve as a true benchmark for Qabil as he evaluates his capabilities before continuing his mission of carrying Malaysia’s name onto the world stage.
For the record, Qabil arrives in Europe with strong momentum after securing second place in Race 2 of the Moto4 Asia Cup at the Chang International Circuit in Buriram, Thailand, earlier this March.
That impressive result places him third overall in the Asian championship standings with 30 points, behind Japan’s Hayato Chishiki (50 points) and Waku Kunitate (33 points).

🇲🇾 “Saya sangat teruja untuk memulakan cabaran di Moto4 European Cup kerana ini peluang besar untuk saya belajar dan bersaing dengan pelumba terbaik di Eropah. Sudah tentu sasaran saya adalah untuk memberikan aksi terbaik dan bersaing kelompok hadapan.
Saya tahu cabaran di sini sangat berbeza dan tahap persaingan lebih tinggi, jadi saya perlu bekerja lebih keras terutama dari segi kecergasan, adaptasi dengan jentera serta memahami litar dengan lebih baik. Setakat ini, saya rasa semakin serasi dengan jentera. Saya akan cuba lakukan yang terbaik pada perlumbaan hujung minggu ini dan berharap dapat mengharumkan nama Malaysia,”
🇬🇧 “I’m very excited to begin this challenge in the Moto4 European Cup because this is a huge opportunity for me to learn and compete against some of the best riders in Europe. Of course, my target is to deliver my best performance and fight among the front group.
I know the challenge here is very different and the level of competition is much higher, so I need to work even harder, especially in terms of fitness, adapting to the bike, and understanding the circuit better. So far, I feel I’m becoming more comfortable with the machine. I will do my very best in this weekend’s race and hope to make Malaysia proud,”

🇲🇾 “Penyertaan Qabil di Moto4 European Cup adalah satu langkah penting dalam proses pembangunan kariernya kerana pendedahan di Eropah akan membantu meningkatkan tahap kematangan, disiplin serta pemahaman terhadap persaingan di peringkat lebih tinggi.
“Kami percaya Qabil mempunyai bakat dan potensi besar, namun perjalanan di sini bukan mudah kerana dia akan berdepan pelumba-pelumba terbaik yang sudah biasa dengan suasana perlumbaan di Eropah. Apa yang penting sekarang adalah proses pembelajaran dan bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Setakat ini, perkembangan Qabil bersama pasukan sangat positif. Dia menunjukkan komitmen tinggi ketika latihan dan semakin selesa dengan jentera serta corak kerja pasukan. Itu petanda baik untuk pembangunan jangka panjangnya.
Kami tidak mahu meletakkan tekanan berlebihan dari segi keputusan, tetapi sasaran utama adalah melihat dia terus berkembang, konsisten dan mampu memberi saingan. Jika momentum itu berterusan, saya yakin dia mampu pergi lebih jauh pada masa depan.”
🇬🇧 “Overall, Hakim Danish’s performance in Le Mans was very positive, even though the race result may not fully reflect our true potential.
In dry conditions, he was among the most competitive riders throughout the weekend. However, once the rain arrived, we struggled slightly with the setup, and that affected his confidence during the race. What mattered most was that he showed remarkable maturity by staying calm and bringing home valuable points. That is extremely important in a world championship.
We are confident that Catalunya could present another strong opportunity for Hakim Danish, given his good record there. If we can get the setup right from the very beginning, I believe he is capable of delivering an even bigger result this weekend.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD