🇲🇾 Sepang, Malaysia | 25 September 2026 – Qabil Irfan, terus menunjukkan perkembangan positif dalam proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ketika sesi Free Practice 2 (FP2) Moto4 European Cup di Circuit Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol pada 5 September lalu.
Qabil mengalami kecederaan pada bahagian tulang tibia dan fibula kaki kiri selepas terjatuh ketika sesi tersebut dan kemudiannya menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan berkenaan di Hospital de Manises, Valencia, Sepanyol.
Selepas dibenarkan pulang ke Malaysia, Qabil kini meneruskan proses pemulihan dengan program fisioterapi setiap hari di Sepang yang diatur dan diselaraskan sepenuhnya oleh pihak ZK Racing. Program tersebut dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengembalikan kekuatan, pergerakan serta kecergasan Qabil selepas menjalani pembedahan.
Perkembangan terkini menunjukkan keadaan Qabil semakin baik dan dia telah mula melakukan beberapa latihan ringan mengikut tahap pemulihannya. Selain sesi fisioterapi, Qabil juga sudah mula melakukan latihan berbasikal dan menunggang motorsikal secara ringan sebagai sebahagian daripada proses untuk membina semula kekuatan fizikal sebelum kembali ke litar.
Walaupun menunjukkan perkembangan positif, Qabil akan terlepas perlumbaan Moto4 European Cup Round 6 di Aragon, Sepanyol, yang berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026. Keputusan ini dibuat bagi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan dan memastikan Qabil tidak kembali berlumba sebelum benar-benar bersedia.
ZK Racing akan terus memantau perkembangan Qabil dan memastikan setiap peringkat program pemulihan dilaksanakan dengan baik sebelum beliau kembali ke saingan kompetitif.
Sekiranya proses pemulihan berjalan seperti yang dirancang dan Qabil mendapat pengesahan serta pelepasan daripada pihak perubatan, beliau disasarkan untuk kembali beraksi dalam Moto4 Asia Cup yang akan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober 2026 di Mobility Resort Motegi, Jepun.
Buat masa ini, keutamaan ZK Racing adalah memastikan Qabil pulih sepenuhnya dan kembali ke tahap kecergasan terbaik sebelum kembali berlumba.
ZK Racing turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, peminat dan penyokong yang terus memberikan sokongan serta doa kepada Qabil sepanjang tempoh pemulihannya.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan dan persiapan Qabil akan disampaikan oleh ZK Racing berdasarkan perkembangan terkini daripada pihak perubatan dan keluarga.
-Tamat-
🇬🇧 Sepang, Malaysia | 25 September 2026 – Qabil Irfan continues to show positive progress in his recovery after sustaining an injury during Free Practice 2 (FP2) of the Moto4 European Cup at Circuit Ricardo Tormo, Valencia, Spain, on 5 September.
Qabil sustained injuries to the tibia and fibula of his left leg following a crash during the session and subsequently underwent surgery at Hospital de Manises, Valencia, Spain.
After being cleared to return to Malaysia, Qabil is now continuing his recovery programme with daily physiotherapy sessions in Sepang, fully arranged and coordinated by ZK Racing. The programme is being carried out progressively to help restore Qabil’s strength, mobility and fitness following the surgery.
Qabil’s latest progress has been encouraging, and he has started to undertake light training according to his recovery level. In addition to his physiotherapy sessions, Qabil has also started light cycling and motorcycle riding as part of the process of rebuilding his physical strength ahead of his return to the track.
Despite the positive progress, Qabil will miss Round 6 of the Moto4 European Cup in Aragon, Spain, which takes place from 25 to 27 September 2026. This decision has been made to allow him to focus fully on his recovery and to ensure that Qabil does not return to racing before he is fully ready.
ZK Racing will continue to closely monitor Qabil’s progress and ensure that every stage of his recovery programme is carried out properly before he returns to competitive racing.
If his recovery progresses as planned and Qabil receives the necessary medical clearance, he is targeting a return to racing at the Moto4 Asia Cup, which will take place from 2 to 4 October 2026 at Mobility Resort Motegi, Japan.
For now, ZK Racing’s priority is to ensure that Qabil makes a full recovery and returns to his best level of fitness before getting back to racing.
ZK Racing would also like to express its appreciation to everyone, including fans and supporters, who continue to provide their support and prayers for Qabil throughout his recovery.
Further updates on Qabil’s condition and preparations will be provided by ZK Racing based on the latest updates from the medical team and his family.
-End-


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD