
🇲🇾 Magny-Cours, Perancis | 27 Julai 2026 – Qabil Irfan Azlan memperoleh pengalaman berharga selepas mengharungi saingan mencabar pada Pusingan 4 Moto4 European Cup di Litar Magny-Cours, Perancis apabila menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan dan Perlumbaan 2 di kedudukan ke-15.
Pelumba pasukan SIC-GRYD Racing itu berdepan hujung minggu yang sukar apabila gagal menemui rentak terbaik sepanjang sesi latihan dan kelayakan, sekali gus menyaksikannya terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-22 bagi Perlumbaan 1 dan petak ke-23 untuk Perlumbaan 2.
Walaupun bermula jauh di belakang, Qabil tetap mempamerkan semangat juang tinggi apabila berjaya memintas ramai pelumba untuk menamatkan Perlumbaan 1 di tempat kelapan, sekali gus membuktikan keupayaannya bersaing dalam kelompok kompetitif Moto4 European Cup.
Perlumbaan 1 dimenangi pelumba Itali, Lorenzo Pritelli (Team Echovit Pasini Racing), diikuti pendahulu keseluruhan kejuaraan dari Sepanyol, Alvaro Lucas (CFMOTO Aspar Junior Team) di tempat kedua, manakala rakan senegaranya, VÃctor Cubeles (Team Impala Honda), melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga.
Namun, cabaran berbeza dalam Perlumbaan 2 apabila Qabil bergelut untuk mengejar kolompok hadapan sekali gus menamatkan saingan di kedudukan ke-15.
Bagi Perlumbaan 2, kemenangan menjadi milik Cubeles, diikuti Lucas di tempat kedua, manakala pelumba Colombia, Mateo Marulanda (AC Racing Team), melengkapkan podium selepas perlumbaan sengit yang menyaksikan empat pelumba teratas dipisahkan kurang satu persepuluh saat.
Meskipun berdepan hujung minggu yang mencabar, keputusan di Magny-Cours menyaksikan Qabil kekal berada dalam kelompok enam terbaik keseluruhan kejuaraan apabila mengumpul 61 mata untuk menghuni tangga keenam keseluruhan selepas empat pusingan.
Pelumba Sepanyol, Alvaro Lucas terus menguasai carta keseluruhan dengan 135 mata, diikuti Lorenzo Pritelli (99 mata), Mateo Marulanda (86 mata), Victor Cubeles (85 mata) dan Edoardo Savino (80 mata).
Qabil kini memiliki kelebihan tiga mata ke atas pelumba Sepanyol, Ignacio Galan, yang menghuni tangga ketujuh dengan 58 mata, sekali gus berada pada landasan terbaik untuk memburu kelompok lima terbaik menjelang baki tiga pusingan musim ini.
Pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, keputusan di Magny-Cours memberi banyak pengajaran terutama dalam aspek penyediaan jentera dan pembangunan pelumba menjelang baki saingan musim ini.
Menurutnya, beberapa penambahbaikan akan dilakukan terhadap motosikal selain memberi tumpuan kepada aspek tunggangan Qabil supaya pelumba kelahiran Terengganu itu mampu kembali bersaing dalam kelompok hadapan pada pusingan seterusnya.
Saingan Moto4 European Cup kini akan berehat seketika sebelum diteruskan ke pusingan kelima di Circuit Ricardo Tormo, Cheste 4 hingga 6 September depan, dengan Qabil dijangka menggunakan tempoh tersebut untuk memperkemaskan aspek tunggangan serta persediaan jentera dalam usaha kembali mencabar kelompok hadapan.
🇬🇧 Magny-Cours, France | 27 July 2026 – Qabil Irfan Azlan gained valuable experience after a challenging outing in Round 4 of the Moto4 European Cup at the Magny-Cours Circuit in France, finishing eighth in Race 1 and 15th in Race 2.
The SIC-GRYD Racing rider endured a difficult weekend after struggling to find his pace throughout the practice and qualifying sessions, forcing him to start from 22nd on the grid for Race 1 and 23rd for Race 2.
Despite starting well down the order, Qabil displayed tremendous fighting spirit by carving his way through the field to finish eighth in Race 1, underlining his ability to compete amongst the highly competitive Moto4 European Cup field.
Race 1 was won by Italy’s Lorenzo Pritelli (Team Echovit Pasini Racing), with the overall championship leader from Spain, Alvaro Lucas (CFMOTO Aspar Junior Team), finishing second, while fellow Spaniard VÃctor Cubeles (Team Impala Honda) completed the podium in third place.
Race 2 proved to be a different challenge, however, as Qabil struggled to close the gap to the leading group and eventually crossed the line in 15th position.
VÃctor Cubeles claimed victory in Race 2, ahead of Alvaro Lucas in second, while Colombia’s Mateo Marulanda (AC Racing Team) secured the final podium place following a thrilling contest in which the top four riders were separated by less than one-tenth of a second.
Despite a demanding weekend, the results at Magny-Cours see Qabil retain his place amongst the top six in the overall championship standings. With 61 points, he remains sixth overall after four rounds.
Spain’s Alvaro Lucas continues to lead the championship with 135 points, followed by Lorenzo Pritelli (99 points), Mateo Marulanda (86 points), VÃctor Cubeles (85 points) and Edoardo Savino (80 points).
Qabil now holds a three-point advantage over Spain’s Ignacio Galan, who sits seventh with 58 points, keeping him firmly on course to challenge for a top-five championship finish with three rounds remaining this season.
SIC Racing Team Manager, Zulfahmi Khairuddin, said the outcome at Magny-Cours provided many valuable lessons, particularly in terms of machine set-up and rider development ahead of the remaining rounds of the championship.
He added that several improvements would be made to the motorcycle while greater emphasis would also be placed on refining Qabil’s riding, enabling the Terengganu-born rider to return to competing at the front in the next round.
The Moto4 European Cup will now take a short break before Round 5 takes place at Circuit Ricardo Tormo, Cheste, from 4–6 September. Qabil is expected to use the interval to further improve his riding and machine set-up as he aims to rejoin the battle at the front of the field.

🇲🇾 “Pada hari pertama saya belajar mengenali litar dengan cepat dan cuba memberikan tumpuan sepenuhnya kepada litar baharu ini dan aya berjaya mencatat masa 1:50 saat dan pada sesi FP2 saya berjaya mencatat masa 1:49 saat. Namun, saya masih ketinggalan kira-kira satu saat berbanding pelumba lain.
Saya cuba memperbaiki catatan masa, tetapi tidak berjaya meningkatkan masa pusingan pada hari pertama dan pada hari kedua, ketika sesi kelayakan, saya cuba mencatat masa yang lebih baik, namun saya tidak berjaya.
Saya hanya mencatat masa yang sama seperti ketika sesi latihan dan memulakan perlumbaan di petak ke-22. Semasa Perlumbaan 1, saya bermula dari petak ke-22 dan sejak awal lagi saya cuba terus memberi tekanan untuk mara ke hadapan. Perlumbaan itu sangat sengit, terutama dalam kelompok kedua dan saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.
Dalam Perlumbaan 2, saya sekali lagi cuba memperbaiki kedudukan, namun saya tidak memperoleh posisi yang baik. Saya merasakan perlumbaan kedua agak sukar kerana saya tidak mempunyai kelebihan untuk memotong pelumba lain. Akhirnya, saya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.
Perasaan saya sedikit kecewa dengan keputusan pada pusingan ini. Namun, untuk pusingan seterusnya saya akan berusaha menjadi lebih baik daripada pusingan ini.”
🇬🇧 On the first day, I focused on learning the circuit as quickly as possible and giving my full attention to understanding this new track. I managed to set a lap time of 1:50, and then improved to 1:49 during the FP2 session. However, I was still around one second off the pace of the leading riders.
I tried to improve my lap time further, but I wasn’t able to find any additional pace on the first day. Then, during qualifying on the second day, I pushed hard to set a faster lap, but unfortunately I couldn’t improve.
As a result, I recorded the same lap time as I had in practice and started Race 1 from 22nd on the grid. From the very start, I pushed hard to make my way through the field. The race was extremely competitive, particularly within the second group, and I managed to finish in eighth place.
In Race 2, I once again tried to improve my position, but I wasn’t able to gain the track position I needed. I found the second race quite difficult because I didn’t have the advantage required to overtake the riders ahead. In the end, I crossed the line in 15th place.
I’m naturally a little disappointed with the outcome of this round. However, I’ll work even harder ahead of the next round and aim to deliver a much stronger performance.




🇲🇾 “Pusingan di Magny-Cours ini merupakan antara litar yang mencabar buat Qabil kerana sepanjang minggu kami tidak memperoleh kelajuan yang kita mahukan. Secara purata, kami ketinggalan lebih satu saat berbanding pelumba di kelompok hadapan dalam setiap sesi. Semasa sesi kelayakan, Qabil tidak berjaya menempatkan diri di kedudukan yang baik di petak permulaan.
Dia memulakan perlumbaan dari kedudukan belakang, jadi perlumbaan hari ini memang agak sukar untuk bersaing di kelompok hadapan. Walau bagaimanapun, saya berbangga dengan semangat Qabil untuk terus bersaing apabila berjaya memintas ramai pelumba, daripada kedudukan ke-22 ke tempat kelapan pada Perlumbaan 1 dan daripada kedudukan ke-23 ke tempat ke-15 pada Perlumbaan 2.
Ini merupakan pengalaman yang sangat berguna untuk kami bawa ke perlumbaan-perlumbaan seterusnya. Saya juga sudah berbincang dengan pasukan mengenai beberapa perkara yang boleh kami perbaiki daripada segi motosikal. Sudah semestinya Qabil juga mempunyai beberapa aspek yang perlu dipertingkatkan daripada segi tunggangan. Jadi, saya anggap ini sebagai proses pembelajaran buat Qabil dalam Kejuaraan European Moto4, iaitu satu kategori yang sangat kompetitif.
Diharapkan proses ini supaya Qabil mampu bersaing dalam kelompok hadapan serta memburu podium ataupun kemenangan pada tahun ini.”
🇬🇧 “Magny-Cours was one of the more challenging circuits for Qabil this season because we were unable to find the pace we were looking for throughout the weekend. On average, we were more than one second off the riders at the front in every session. During qualifying, Qabil was also unable to secure a strong starting position on the grid.
Starting from the back of the field meant it was always going to be difficult to fight with the leading group. Nevertheless, I’m proud of Qabil’s determination and fighting spirit. He worked his way from 22nd to eighth in Race 1, and from 23rd to 15th in Race 2, overtaking a significant number of riders in both races.
This has been a very valuable learning experience that we will take into the upcoming rounds. I’ve already discussed with the team several areas where we can improve the motorcycle. At the same time, Qabil also has aspects of his riding that need further development. I see this as an important part of his learning process in the Moto4 European Cup, which is an extremely competitive championship.
We hope this process will enable Qabil to consistently challenge at the front of the field and fight for podium finishes and victories later this season.”


Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD