
Qabil Irfan kembali ke litar ini dengan rekod yang positif. Pada tahun 2024, ketika Pusingan 7 ESBK bagi kategori Moto4, Qabil berjaya meraih petak pertama (pole position), menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketiga dan Perlumbaan 2 di tempat kedua.
Untuk minggu ini, dua perlumbaan akan berlangsung iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Qabil kini berada di kedudukan teratas carta keseluruhan dengan kelebihan 43 mata mengatasi pencabar terdekatnya, Izan Rodriguez dari Sepanyol. Dengan kelebihan tersebut, Qabil berazam untuk terus mempertahankan kedudukan pendahulu dalam kejuaraan ini.
Qabil dijadualkan berlepas ke Navarra pada hari Selasa, jam 9.00 malam, dan akan bersama pasukan Frando Racing VHC Team Liqui Moly sepanjang minggu perlumbaan ini.
Tiada siaran langsung untuk Race 1 tetapi pada Race 2 minggu ini boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube RFME. Untuk perkembangan terkini Qabil Irfan, ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi ZK Racing.
Saluran Youtube – youtube.com/@RFME
Qabil Irfan returns to this circuit with fond memories and a strong record. Back in 2024 during Round 7 of the ESBK Moto4 category, Qabil claimed pole position, finishing Race 1 in third place and Race 2 in second.
This weekend will feature two races, scheduled for Saturday and Sunday.
Qabil currently leads the overall championship standings with a 43-point advantage over his closest rival, Izan Rodriguez of Spain. With this margin, Qabil is determined to defend his position at the top of the standings.
He is set to depart for Navarra on Tuesday at 9:00 PM and will be racing with the Frando Racing VHC Team Liqui Moly throughout the race weekend.
There will be no live broadcast for Race 1, but Race 2 will be streamed live on the official RFME YouTube channel. For the latest updates on Qabil Irfan, follow ZK Racing’s official Facebook and Instagram pages.
YouTube Channel – youtube.com/@RFME
🇲🇾 “Minggu ini adalah perlumbaan Pusingan 4 ESBK dan saya akan berlepas ke Navarra pada malam Selasa. Litar ini merupakan salah satu litar kegemaran saya kerana pada tahun 2024, saya berjaya meraih pole position dan menamatkan Race 2 di atas podium.
Navarra merupakan litar yang teknikal dengan zon brek keras dan chicane yang saya gemari. Saya juga telah membuat persiapan termasuk menjalani latihan di atas jentera NSF di Litar Sepang. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk kembali ke podium minggu ini.”
🇬🇧 “This week is Round 4 of the ESBK, and I’ll be flying to Navarra on Tuesday night. It’s one of my favourite circuits — in 2024, I secured pole position and finished on the podium in Race 2.
Navarra is a technical track with hard braking zones and chicanes, which I really enjoy. I’ve prepared well, including NSF training sessions at Sepang Circuit. If all goes well, I’ll give my best to fight for a podium finish this weekend.”
🇲🇾 “Saya yakin dengan persiapan pasukan dan juga persediaan Qabil untuk perlumbaan minggu ini. Qabil telah menunjukkan prestasi yang sangat konsisten sepanjang musim, dan harapan saya agar dia dapat mengekalkan momentum tersebut serta berusaha untuk berada di podium dan mencatat kemenangan minggu ini.
Litar Navarra merupakan salah satu litar yang sangat sesuai dengan gaya tunggangan Qabil. Jika kita lihat tahun lalu, dia berjaya meraih pole position dan menamatkan Race 2 di atas podium. Saya percaya minggu ini akan menjadi cabaran besar, tetapi saya yakin Qabil mampu bersaing dengan sangat baik.”
🇬🇧 “I’m confident in the team’s preparations as well as Qabil’s readiness for this weekend’s race. He has been consistently strong throughout the season, and I hope he can maintain that momentum and fight for a podium finish or even a win this weekend.
Navarra is a circuit that really suits Qabil’s riding style. If we look back to last year, he secured pole position and finished on the podium in Race 2. I believe this will be a challenging weekend, but I’m confident Qabil has what it takes to compete at the highest level.”