QAYYIM SASAR KEKALKAN MOMENTUM DI MOTEGI, QABIL MENANTI LAMPU HIJAU

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Motegi, Japan | 29 September 2026 โ€“ Pelumba-pelumba muda negara kini bersedia untuk menghadapi Pusingan Ke-3 Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup yang akan berlangsung di Mobility Resort Motegi, Jepun pada hujung minggu ini.

Selepas mencatat keputusan positif pada pusingan sebelum ini di Sepang, pelumba-pelumba negara akan meneruskan cabaran dengan sasaran untuk mengekalkan momentum dan memberikan aksi terbaik di Motegi.

Perhatian turut diberikan kepada pelumba berusia 14 tahun, Qayyim Razin, yang hadir dengan keyakinan selepas mencatat kemenangan berganda di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC) pada Ogos lalu.

Qayyim berjaya mengutip 50 mata maksimum di Sepang dan kini berada di kedudukan ke-4 keseluruhan kejuaraan dengan 50 mata. Keputusan tersebut memberikan suntikan motivasi kepada Qayyim untuk meneruskan prestasi positifnya di Motegi.

Dalam pada itu, Qabil Irfan masih menanti keputusan pemeriksaan perubatan rasmi sebelum mendapat kebenaran untuk kembali beraksi dalam perlumbaan.

Qabil kini berada di kedudukan ke-3 keseluruhan kejuaraan dengan 62 mata dan sedang melalui fasa akhir pemulihan selepas mengalami kecederaan kaki. Beliau telah melengkapkan 4 sesi latihan di atas motosikal sebagai sebahagian daripada proses persediaan untuk kembali ke perlumbaan.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai penyertaannya di Motegi akan bergantung kepada pemeriksaan dan kelulusan panel perubatan perlumbaan.

Seorang lagi pelumba negara, Muhammad Naqib Rifqi, turut hadir dengan persediaan yang lebih rapi selepas menjalani persiapan fizikal termasuk usaha menurunkan berat badan bagi meningkatkan prestasi dan kemampuannya untuk bersaing dalam kelompok hadapan.

Dengan 3 pelumba negara meneruskan cabaran di Motegi, pasukan berharap setiap pelumba dapat memberikan prestasi terbaik dan mengumpul mata penting dalam usaha meneruskan kempen Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup musim ini.

Ketika ini, carta kejuaraan diterajui pelumba Jepun Hayato Chisiki dengan 70 mata, diikuti Waku Kunitate dengan 64 mata. Qabil berada di tempat ketiga dengan 62 mata, manakala Qayyim di tempat keempat dengan 50 mata.

 


 

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง Motegi, Japan | 29 September 2026 – Malaysiaโ€™s young riders are ready to take on Round 3 of the Idemitsu Moto4 Asia Cup, which will take place at Mobility Resort Motegi, Japan, this weekend.

Following positive results at the previous round in Sepang, the Malaysian riders will continue their campaign with the aim of maintaining their momentum and delivering strong performances at Motegi.

Attention will also be on 14-year-old Qayyim Razin, who heads to Motegi with confidence after securing a double victory at the Petronas Sepang International Circuit (SIC) in August.

Qayyim collected the maximum 50 points in Sepang and currently sits fourth in the overall championship standings with 50 points. The strong result has provided Qayyim with added motivation to continue his positive form at Motegi.

Meanwhile, Qabil Irfan is still awaiting the outcome of his official medical assessment before receiving clearance to return to racing.

Qabil currently sits third in the overall championship standings with 62 points and is in the final stages of his recovery from a leg injury. He has completed four riding sessions on the motorcycle as part of his preparations for a return to racing.

However, the final decision on his participation at Motegi will depend on the assessment and clearance from the race medical panel.

Another Malaysian rider, Muhammad Naqib Rifqi, will also arrive with more intensive preparations after undergoing physical conditioning, including weight reduction, as he looks to improve his performance and compete with the leading group.

With three Malaysian riders continuing their campaign at Motegi, the team hopes each rider can deliver their best performance and secure valuable points as they continue their Idemitsu Moto4 Asia Cup campaign this season.

The championship is currently led by Japanese rider Hayato Chisiki with 70 points, followed by fellow Japanese rider Waku Kunitate on 64 points. Qabil sits third with 62 points, while Qayyim is fourth with 50 points.

 


 

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œKeutamaan saya ketika ini adalah untuk melepasi pemeriksaan doktor. Dari segi mental dan fizikal, saya sudah bersedia dan sesi latihan sebelum ini membuktikan saya mampu mengawal jentera dengan baik walaupun belum pulih sepenuhnya.

Saya tidak mahu kehilangan mata penting dalam kejuaraan ini. Jika diberikan pelepasan nanti, saya akan memberikan tunggangan maksimum terutama untuk mengutip mata di sini,”

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง โ€œMy priority at the moment is to pass the medical assessment. Mentally and physically, I am ready, and the previous riding sessions have shown that I am capable of controlling the bike well, even though I have not fully recovered yet.

I do not want to miss out on valuable championship points. If I am given the clearance to race, I will give it everything I have, especially to secure as many points as possible here.โ€

 


 

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œSaya amat teruja dan tidak sabar untuk memulakan perlumbaan di Jepun. Semangat hasil kejayaan meraih kemenangan berganda di Sepang sebelum ini masih membara dan memberi motivasi tambahan untuk saya kembali memburu podium.

Sepanjang ketiadaan perlumbaan Moto4 selama hampir dua bulan, saya menumpukan sepenuh masa meningkatkan tahap kecergasan fizikal serta memperbanyakkan latihan di atas jentera. Persiapan rapi telah dilakukan dan saya bersedia sepenuhnya untuk memberikan aksi terbaik di Motegi.โ€

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง โ€œI am very excited and cannot wait to get racing in Japan. The momentum from my double victory in Sepang is still strong and gives me extra motivation to fight for another podium.

With almost two months without a Moto4 race, I have focused fully on improving my physical fitness and increasing my time on the bike. I have completed thorough preparations and I am fully ready to give my best performance at Motegi.โ€

 


 

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œSaya bersemangat untuk menghadapi pusingan di Jepun ini. Sepanjang tempoh rehat dua bulan lalu, saya bekerja keras menjalani latihan di atas motosikal dan saya turut meningkatkan kecergasan saya.

Bagi membolehkan saya bersaing lebih efektif dengan pelumba-pelumba lain yang berfizikal lebih kecil, saya mengamalkan diet khusus dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak tiga kilogram. Saya yakin dengan persediaan ini dan bertekad untuk mempamerkan saingan sengit dalam kelompok hadapan.โ€

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง โ€œI am excited to take on the round in Japan. During the two-month break, I worked hard on my riding and also focused on improving my physical fitness.

To help me compete more effectively against the other riders who are physically smaller, I followed a specific diet and successfully reduced my weight by three kilograms. I am confident in my preparations and determined to put up a strong fight at the front of the field.โ€

 


 

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ “Perlumbaan Moto4, pusingan ketiga di Motegi ini amat penting buat kami. Kita tahu Qayyim telah memenangi dua perlumbaan di Sepang dan satu keputusan luar jangkaan dan amat membanggakan. Harapan kami adalah di litar baharu yang belum pernah dilalui oleh Qayyim mahupun Qabil ini, kita mampu mengekalkan keputusan cemerlang yang sama.

Fokus utama kami ketika ini adalah memastikan Qabil melepasi ujian perubatan sebelum dibenarkan berlumba. Qabil sudah menjalani empat kali latihan motosikal dan keadaan kakinya positif, cuma masih bertongkat kerana tulangnya belum benar-benar kukuh.

Sudah tentu timbul sedikit rasa was-was, namun melihat kepada keyakinan serta keazaman tinggi Qabil sendiri untuk berlumba, kami bersedia mengambil risiko kerana ini demi masa depan serta kedudukan matanya dalam kejuaraan.โ€

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง โ€œRound three of the Moto4 Asia Cup at Motegi is very important for us. We know Qayyim won both races in Sepang, which was an unexpected but very proud achievement for us. Our hope is that, despite this being a new circuit that neither Qayyim nor Qabil has raced at before, we can maintain the same level of strong results.

Our main focus at the moment is to ensure that Qabil passes his medical assessment before he is cleared to race. Qabil has completed four riding sessions on the motorcycle and his leg is showing positive progress. However, he is still using crutches as the bone has not yet fully recovered.

Naturally, there are some concerns, but seeing Qabilโ€™s confidence and strong determination to race, we are prepared to take the risk. This is important for his future as well as his position in the championship.โ€

 


 

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Latest News
HAKIM DANISH LUPAKAN KESAKITAN SEBELUM SAMBAR P12 DI GP JEPUN
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Motegi, Jepun | 5 Oktober 2026 โ€“ Hakim Danish…
QAYYIM SASAR KEKALKAN MOMENTUM DI MOTEGI, QABIL MENANTI LAMPU HIJAU
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Motegi, Japan | 29 September 2026 โ€“ Pelumba-pelumba muda…
HAKIM DANISH SASAR MOMENTUM POSITIF DI GP JEPUN
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Motegi, Japan | 28 September 2026 – Hakim Danish…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright ยฉ 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia