🇲🇾 Barcelona, 29 Oktober 2025 — Pusingan ke-6 FIM JuniorGP World Championship akan berlangsung di Circuit de Barcelona-Catalunya, sebuah litar yang tidak asing dalam kejohanan dunia seperti MotoGP dan FIM JuniorGP. Dengan panjang 4.66 km serta 8 selekoh kanan dan 6 selekoh kiri, litar ini pastinya sudah familiar bagi Hakim Danish untuk beraksi pada minggu ini.
Tamat sahaja minggu perlumbaan Wildcard pada hari Ahad lepas, Danish tidak berehat panjang apabila keesokkan harinya terus berangkat ke Spain dan bertemu pasukan beliau di Barcelona. Danish pastinya lebih bersemangat untuk meneruskan perlumbaan minggu ini. Pengalaman dan pembelajaran baru daripada minggu wildcard tersebut pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya.
Minggu ini, dua perlumbaan akan berlangsung pada hari Ahad dan boleh ditonton secara langsung melalui saluran YouTube rasmi FIM JuniorGP.
|
|
|
🇬🇧 Barcelona, 29 Oktober 2025 — The 6th round of the FIM JuniorGP World Championship will take place at the Circuit de Barcelona-Catalunya, a track well-known in world championships such as MotoGP and FIM JuniorGP. Measuring 4.66 km with 8 right-hand corners and 6 left-hand corners, this circuit is certainly familiar territory for Hakim Danish this week.
Immediately after the Wildcard race week last Sunday, Danish did not rest for long; the very next day he flew to Spain to meet his team in Barcelona. Following this, Danish is even more motivated to continue racing this week, fully utilising the experience and lessons gained during the Wildcard race week.
This week, two races will take place on Sunday and can be watched live on the official FIM JuniorGP YouTube channel.
|
|
|

🇬🇧 “I learned a lot from last week’s wildcard, including race strategies, how to handle the bike better, and how to fine-tune the setup for optimum performance. This week, I’m still in a highly motivated mood and will make sure to achieve a better result than in the previous race.”
🇲🇾 “Banyak perkara saya pelajari daripada minggu wildcard lepas, termasuk strategi perlumbaan, cara mengawal jentera dengan lebih baik, dan memperhalusi setup jentera agar lebih optimum. Minggu ini, saya masih dalam mood dan motivasi yang sangat tinggi, dan akan pastikan untuk mencapai keputusan yang lebih baik daripada perlumbaan sebelum ini.”


🇬🇧 “This week marks the race week for the 6th round of the FIM JuniorGP, and Hakim Danish will be competing with the SIC Racing MSi team. I am confident that after his wildcard experience at the MalaysianGP with the same team and crew, and with his spirit and rhythm still intact, we will strive to give our best. I hope Danish can deliver a competitive performance from day one through to the race.”
🇲🇾 “Minggu ini adalah minggu perlumbaan bagi FIM JuniorGP Pusingan ke-6 dan Hakim Danish akan berlumba di bawah pasukan SIC Racing MSi. Saya yakin selepas pengalaman wildcard MalaysianGP bersama pasukan dan kru yang sama, dengan semangat dan rentak yang masih ada, kita akan berusaha memberikan yang terbaik. Saya berharap Danish dapat menunjukkan prestasi yang kompetitif dari hari pertama hingga ke perlumbaan.”

