
π²πΎ Sepang, Malaysia | 05 Oktober 2025 – Minggu perlumbaan Asia Talent Cup kali ini sememangnya mencabar dan memberi pengalaman bermakna kepada dua pelumba negara, Sharf Muhriz dan Adam Danial. Kedua-dua pelumba menunjukkan peningkatan positif sejak sesi latihan bebas (FP1 & FP2) dengan catatan masa peribadi yang lebih baik.
Dalam sesi Qualifying, Adam Danial berjaya mencatat masa ke-12 terpantas sekaligus mengesahkan kedudukan petak grid yang kompetitif. Sementara itu, Sharf Muhriz berdepan cabaran apabila terpisah daripada kumpulan besar pelumba, sekali gus menamatkan sesi di kedudukan ke-17.
Race 1
Perlumbaan berlangsung dalam keadaan cuaca baik. Bermula dari petak ke-17, Sharf mempamerkan aksi bertenaga dengan beberapa aksi pintas memintas, dan akhirnya menamatkan saingan di kedudukan ke-11. Adam Danial pula bermula sedikit perlahan dan tidak berpeluang untuk menyertai kumpulan hadapan, menamatkan perlumbaan di luar kelompok 10 terbaik.
Race 2
Saingan lebih sengit ditampilkan pada Race 2, di mana Sharf berada dalam kelompok kedua pelumba dan berjuang untuk kedudukan ke-6. Namun, malang menimpa di pusingan ke-10 (lima lap terakhir) apabila beliau terjatuh ketika berada di kedudukan ke-7. Adam Danial yang bermula dari petak ke-12 cuba memanfaatkan peluang untuk kekal dalam kelompok 10 terbaik, namun akhirnya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.
Dengan baki satu pusingan terakhir Asia Talent Cup yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 dan 25 Oktober 2025, kedua-dua pelumba negara dijangka tampil lebih bersedia, apatah lagi dengan kelebihan beraksi di laman sendiri.
π¬π§ Sepang, Malaysia | 05 Oktober 2025 – The recent Asia Talent Cup race week proved to be both challenging and rewarding for Malaysian riders Sharf Muhriz and Adam Danial, offering them valuable experience on track. Both riders showed positive progress from the opening practice sessions (FP1 & FP2), recording improved personal best lap times.
In Qualifying, Adam Danial secured the 12th fastest time, earning himself a competitive grid position. Meanwhile, Sharf Muhriz faced difficulties after losing the tow from the main group, which made it harder for him to post his best lap. He eventually settled for 17th on the grid.
Race 1
Under fine weather conditions, Sharf started from 17th on the grid and delivered an energetic performance with several overtaking moves, eventually finishing 11th. Adam Danial, however, got off to a slower start and was unable to latch onto the leading group, finishing outside the top ten alongside Sharf.
Race 2
The second race unfolded with even more intensity as Sharf battled within the second group of riders, aiming for a top-six finish. Unfortunately, while running in seventh place on lap 10 (with five laps remaining), he crashed out in the heat of battle. Adam Danial, starting from 12th, was unable to capitalise on opportunities to secure a top-ten finish, eventually crossing the line in 13th place.
The Asia Talent Cup season finale will take place at the Sepang International Circuit on 24 and 25 October 2025, where both Malaysian riders are expected to be better prepared, especially with the advantage of racing on home soil.
π²πΎ βMinggu perlumbaan ini memang sangat mencabar, tetapi ia memberi saya pengalaman berbeza daripada perlumbaan sebelum ini. Walaupun bermula dari belakang, saya berjaya memulakan perlumbaan dengan baik dan mengikuti pelumba-pelumba lain yang laju. Untuk Race 2, saya sangat kecewa kerana berada dalam keadaan yang baik sebelum terjatuh akibat high-side. Walaupun kecewa, perlumbaan ini tetap pengalaman yang menarik bagi saya.β
π¬π§ βThis race week was very challenging, but it gave me a different experience compared to previous races. Even though I started from the back, I managed to get off to a good start and keep up with the faster riders. For Race 2, I was very disappointed as I was in a good position before crashing with a high-side. Despite the setback, it was still an exciting race for me.”