TIGA PELUMBA MUDA NEGARA SEDIA GEGAR THAILAND

🇲🇾 Sepang, Malaysia | 10 Februari 2026 – Tiga pelumba muda berbakat negara, Qabil Irfan Azlan, Muhammad Naqib Rifqi, dan Qayyim Razin Razali kini bersemangat untuk menghadapi pusingan pembuka tirai perlumbaan Idemitsu Moto4 Asia Cup pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Chang bermula 27 Februari hingga 1 Mac.

Perlumbaan yang berlangsung seiring dengan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bersempena Grand Prix (GP) Thailand itu dijangka menyajikan aksi lebih agresif dan kompetitif apabila menampilkan grid penuh seramai 20 pelumba dari enam negara berbeza.

Lebih menarik, kejuaraan kali ini menyaksikan kehadiran 15 muka baharu yang terpilih, masing-masing membawa misi besar untuk memburu gelaran juara dan menempah nama di pentas Asia. Mengetuai cabaran negara adalah Qabil Irfan Azlan, yang dilihat sebagai prospek utama untuk mencabar kelompok hadapan terutama prestasi cemerlangnya sewaktu sesi ujian rasmi di Litar Sepang baru-baru ini.

Melakar catatan masa kedua terpantas keseluruhan memberi petanda positif bahawa pelumba cilik ini sudah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk memberi tentangan kepada jaguh-jaguh muda Asia yang lain, khususnya dari Jepun dan Indonesia.

Walaupun tampil dengan keyakinan tinggi, wakil negara bakal berdepan cabaran taktikal daripada pelumba lawan yang mempamerkan kepantasan luar biasa sewaktu sesi pra-musim. Selain pesaing tradisi dari Asia, kehadiran pelumba dari Australia turut menambah rencah saingan, menjadikan perlumbaan di Litar Buriram medan ujian sebenar untuk mengukur tahap kompetitif jentera dan pelumba dalam situasi perlumbaan sebenar.

Bagi Muhammad Naqib Rifqi pula, kelebihan pengalaman beraksi di litar yang sama sewaktu saingan Thailand Talent Cup (TTC) sebelum ini bakal menjadi aset penting. Pengetahuan mengenai selok-belok Litar Buriram membolehkan mencari pelarasan terbaik dan terus fokus kepada strategi perlumbaan bagi menempatkan diri dalam kelompok hadapan bermula sesi latihan bebas.

Melengkapkan trio negara adalah Qayyim Razin Razali yang bakal membuat penampilan sulung di pentas Asia. Walaupun berstatus pelumba rookies, Qayyim mahu tampil konsisten bermula sesi laithan dan seterusnya mencipta kejutan untuk memburu kedudukan podium atau lima terbaik pada perlumbaan sulungnya.

Selepas aksi pembukaan di Thailand, kalendar perlumbaan akan terus rancak dengan Pusingan 2 dijadualkan berlangsung di Qatar pada 10 hingga 12 April. Saingan seterusnya akan kembali ke Asia Tenggara, di mana Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi tuan rumah bagi Pusingan 3 dari 31 Julai hingga 2 Ogos. Kemuncak musim 2026 dijangka paling mencabar kerana para pelumba akan terbang ke Jepun (2-4 Oktober) dan Indonesia (9-11 Oktober), sebelum kembali ke Malaysia bagi penutup musim yang mendebarkan pada 30 Oktober hingga 1 November, di mana gelaran juara keseluruhan bakal diputuskan.


🇲🇾 Sepang, Malaysia | 10 Februari 2026 – – Malaysia’s rising talents Qabil Irfan Azlan, Muhammad Naqib Rifqi and Qayyim Razin Razali are poised to begin their Idemitsu Moto4 Asia Cup campaign at the season-opening round taking place at the Chang International Circuit from 27 February to 1 March.

Held in conjunction with the FIM MotoGP World Championship during the Thailand Grand Prix weekend, the event is set to showcase intense and closely contested racing, featuring a full grid of 20 riders representing six nations.

This season introduces 15 newly selected riders, each determined to fight for top honours and establish their presence on the Asian racing scene.

Heading Malaysia’s challenge is Qabil Irfan Azlan, regarded as one of the strongest contenders for front-running positions following his standout showing at the recent official test at the Sepang International Circuit.

Clocking the second fastest overall time, Qabil demonstrated that he possesses the pace, confidence and race readiness required to contend with Asia’s top young competitors, particularly riders from Japan and Indonesia.

However, the Malaysian squad is expected to encounter stiff resistance from rivals who displayed impressive speed during pre-season preparations. The inclusion of Australian riders further elevates the level of competition, turning the Buriram circuit into a true benchmark for assessing race performance under competitive conditions.

Meanwhile, Muhammad Naqib Rifqi brings valuable track experience, having previously competed at the venue during the Thailand Talent Cup (TTC). His understanding of the circuit layout is expected to assist in refining machine setup and executing race strategy effectively, with the aim of securing a strong position from the opening practice sessions.

Completing the national line-up is Qayyim Razin Razali, who will make his debut appearance at Asian level competition. Despite his rookie status, Qayyim is targeting consistent performances from the outset and hopes to challenge for a podium finish or at least a top-five result in his first race weekend.

After the Thailand opener, the championship proceeds to Qatar for Round 2 from 10 to 12 April. Round 3 will take place at the Sepang International Circuit from 31 July to 2 August. The decisive phase of the 2026 season will see riders compete in Japan (2–4 October) and Indonesia (9–11 October), before concluding with the final round in Malaysia from 30 October to 1 November, where the championship title will be determined.

 


 

🇲🇾 “Sesi ujian di Sepang memberikan petanda yang amat positif menjelang pusingan perlumbaan Moto4 di Thailand nanti. Secara keseluruhan saya sudah bersedia selepas melalui persiapan yang cukup baik di Malaysia dan saya bertekad melakukan yang terbaik pada Pusingan 1 nanti demi rakyat Malaysia. Apapun, saya akan buat sehabis baik seawal sesi latihan pertama dan mendapatkan catatan masa yang bagus sebagai persediaan menghadapi sesi kelayakan nanti.

“Mengenai pencabar dari Jepun dan Indonesia termasuk dari Australia, saya rasa mereka adalah pencabar utama saya, namun saya tidak pasti lagi bagaimana corak perlumbaan sebenar nanti, kita akan saksikan di litar minggu ini.”

 

🇬🇧 “The test session in Sepang provided a very positive indication ahead of the Moto4 round in Thailand. Overall, I feel fully prepared after undergoing solid preparations in Malaysia, and I am determined to give my very best in Round 1 for the people of Malaysia. Whatever the circumstances, I will give my maximum effort starting from the first practice session and aim to set competitive lap times as preparation for qualifying.

As for the challengers from Japan and Indonesia, as well as Australia, I believe they will be my main rivals. However, I am not entirely sure how the actual race dynamics will unfold — we will see how everything develops at the circuit this week.”

 


 

🇲🇾 “Saya sangat teruja untuk memulakan pusingan pertama ini memandangkan ini merupakan penampilan sulung (debut) saya di Asia. Ujian di Sepang menunjukkan banyak peningkatan terutamanya dari segi catatan masa dan tunggangan. Alhamdulillah, saya dapat menyesuaikan diri dengan jentera dengan cepat untuk mendapatkan pelarasan terbaik.

Dari segi saingan, ramai pelumba yang laju dalam kancah perlumbaan Moto4 Asia ini. Saya tidak boleh ambil mudah, perlu kekal fokus dan teruskan latihan fizikal untuk kekal bersaing dalam kelompok hadapan. Untuk perlumbaan pertama ini, saya mahu berada di kedudukan lima terbaik dan Insya-Allah menaiki podium. Saya akan cuba memberikan saingan sengit di barisan hadapan dan menyesuaikan diri dengan litar secepat mungkin.”

 

🇬🇧 “I am very excited to begin this opening round as it marks my debut appearance at Asian level. The Sepang test showed significant improvement, particularly in terms of lap times and riding performance. Alhamdulillah, I was able to adapt quickly to the machine and work towards achieving the best possible setup.

In terms of competition, there are many fast riders in the Moto4 Asia field. I cannot afford to take things lightly, I must remain focused and continue with my physical training to stay competitive among the front group. For this first race, my target is to finish within the top five and, God willing, challenge for a podium. I will do my utmost to fight at the front and adapt to the circuit as quickly as possible.”

 


 

🇲🇾 “Sesi ujian rasmi Moto4 selama dua hari di Sepang sangat membantu saya menyesuaikan diri dengan motosikal serta mendapatkan rentak. Dalam tempoh dua hari itu, saya dapat menimba ilmu daripada kru pasukan dan pelumba-pelumba lain.

Banyak peningkatan yang saya capai sepanjang dua hari tersebut dan saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Saingan di Moto4 Asia memang pantas seperti yang terlihat di Sepang. Kini di Thailand, saya akan kekal fokus dan menumpukan kepada latihan kecergasan.

Untuk Pusingan 1 ini, saya menyasarkan untuk berada dalam kelompok hadapan kerana saya mempunyai kelebihan pengalaman (mileage) di Litar Buriram sewaktu beraksi dalam Thailand Talent Cup (TTC) sebelum ini.”

 

🇬🇧 “The two-day official Moto4 test in Sepang was extremely beneficial in helping me adapt to the bike and find my rhythm. Over those two days, I was able to gain valuable knowledge from the team crew as well as from the other riders.

I achieved significant improvements throughout the test and I am very satisfied with the outcome. The competition in Moto4 Asia is indeed fast, as we could clearly see in Sepang. Now in Thailand, I will remain focused and continue to concentrate on my physical preparation.

For Round 1, I am targeting a position within the leading group, as I have the advantage of prior experience and mileage at the Buriram circuit from competing in the Thailand Talent Cup (TTC) previously.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
🇲🇾BURIRAM, Thailand | 01 Mac 2026 – Pelumba muda berbakat…
🇲🇾 BURIRAM, THAILAND | 01 Mac 2026 – Hakim Danish…
🇲🇾 KUALA LUMPUR, 26 February 2026 – AEON Credit Service…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.
Design & Developed by IBINA TECHNOLOGY SDN BHD
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia