ZK Racing berlepas ke Valencia bagi MotoMini World Final.
ZK Racing selaku penganjur bagi kejohanan FIM MotoMini Malaysia berlepas ke Sepanyol petang tadi u untuk bersama-sama Top 2 bagi kategori MotoMini 160 dan MotoMini 190.
Sebelum berlepas ke Sepanyol, ZK Racing sempat bersama-sama KBSMalaysia untuk Majlis Flag Off bertempat di Menara KBS Putrajaya yang dihadiri oleh YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail – Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Encik Azhan Shafriman Hanif – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sepang International Circuit (SIC).
FIM MotoMini World Final membariskan pelumba-pelumba seluruh dunia seramai 48 pelumba bagi kategori 160 dan 33 pelumba bagi kategori 190.
Ikuti social media MotoMini Malaysia untuk update terkini dan segala info berkenaan FIM MotoMini World Final
#ZKRacing #SICRacing #MotoMiniMalaysia KitaSemuaTeamMAS








Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD