Penutup Moto4 Asia Cup Yang Dramatik Dari Qabil Irfan
Tahun 2026 yang penuh cabaran untuk Qabil Irfan, 2 Pusingan bersamaan 4 perlumbaan (Japan & Indonesia) terpaksa direhatkan susulan insiden kemalangan di Valencia, Sepanyol untuk Kejuaraan Moto4 European Cup. Qabil melalui proses pemulihan selama lebih kurang 8 minggu di Malaysia dengan rawatan susulan seperti Fisioterapi berterusan, dan latihan riding ringan.
Kebangkitan Qabil bermula sewaktu perlumbaan Round 5 Race 1 di Sepang dengan membawa kemenangan pertama didalam karier Qabil di Moto4 Asia Cup walaupun belum pulih 100%, Qabil berjaya menawan perlumbaan tersebut.
Kini, bagi pusingan terakhir Moto4 Asia Cup 2026, Qabil sekali lagi berjaya membuktikan bahawa Qabil tidak sesekali berputus asa, P1 di Race 1 dan P2 di Race 2 dan berjaya menamatkan kejuaraan ditempat ke-4 keseluruhan iaitu hanya 27 perbezaan mata dengan pendahulu kejuaraan, walaupun tidak menyertai hampir 4 perlumbaan!!
What a comeback Qabil!! A season to be proud of!!
#ZKRacing #SICRacing #Moto4AsiaCup #TerengganuInc #QatarGP








Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD