TRIO MUDA NEGARA BAWA MISI BESAR DI SEPANG

🇲🇾 Sepang, Malaysia | 28 Oktober 2026 – Barisan tiga pelumba muda negara, Muhammad Qayyim Razin Razali, Muhammad Naqib Rifqi Zulhelmi dan Muhammad Qabil Irfan Azlan, bertekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri menjelang saingan Kejuaraan Idemitsu Moto4 Asia Cup sempena Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang pada hujung minggu ini.

Ketiga-tiga pelumba di bawah program pembangunan bakat ZK Racing dan SIC Racing itu membawa misi untuk memburu keputusan positif di hadapan penyokong tempatan selepas mengharungi saingan mencabar pada pusingan terdahulu di Jepun dan Indonesia.

Dengan persiapan rapi yang telah dilakukan, Qayyim dan Naqib bersedia untuk kembali memberikan aksi terbaik, manakala perhatian turut terarah kepada kemungkinan kepulangan Qabil Irfan ke grid perlumbaan selepas terlepas dua pusingan berturut-turut di Motegi, Jepun dan Mandalika, Indonesia.

Qabil sebelum ini terpaksa berehat susulan kecederaan patah tulang tibia dan fibula pada kaki kiri akibat kemalangan ketika beraksi dalam Kejuaraan Moto4 European Cup di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, pada September lalu.

Selepas melalui tempoh pemulihan dan menjalani latihan intensif bagi membina semula stamina serta kekuatan kaki, keadaan Qabil kini menunjukkan perkembangan positif. Qabil juga telah memulakan sesi ujian menggunakan jentera tanpa mengalami kesakitan atau komplikasi.

Bagaimanapun, penyertaannya pada GP Malaysia masih tertakluk kepada pemeriksaan perubatan yang dijadualkan berlangsung esok serta keputusan rasmi pihak berkuasa perlumbaan bagi menentukan sama ada cergas untuk beraksi.

ZK Racing berharap ketiga-tiga pelumba negara dapat memanfaatkan pengalaman yang diperoleh sepanjang musim ini untuk memberikan saingan terbaik di Sepang. Sekiranya mendapat pelepasan perubatan, kepulangan Qabil bakal menjadi suntikan semangat tambahan buat pasukan dalam misi memburu keputusan membanggakan di hadapan penyokong sendiri.

Dengan sokongan padu peminat tempatan, ketiga-tiga pelumba muda negara kini bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama Malaysia pada pentas Moto4 Asia Cup.

 


 

🇬🇧 Sepang, Malaysia | 28 October 2026 – Malaysia’s three young riders, Muhammad Qayyim Razin Razali, Muhammad Naqib Rifqi Zulhelmi and Muhammad Qabil Irfan Azlan, are determined to make the most of their home advantage as the Idemitsu Moto4 Asia Cup takes centre stage at the Malaysian Grand Prix at PETRONAS Sepang International Circuit this weekend.

The trio, who are part of the ZK Racing and SIC Racing talent development programme, are targeting positive results in front of their home fans after enduring challenging rounds in Japan and Indonesia.

With preparations well underway, Qayyim and Naqib are ready to deliver their best performances, while attention is also focused on Qabil Irfan’s potential return to the starting grid after missing two consecutive rounds at Motegi, Japan, and Mandalika, Indonesia.

Qabil was previously sidelined by fractures to the tibia and fibula in his left leg following a crash during the Moto4 European Cup at Circuit Ricardo Tormo in Valencia, Spain, in September.

After undergoing a period of recovery and intensive training to rebuild his stamina and leg strength, Qabil’s condition has shown encouraging progress. He has also resumed testing on the bike without experiencing any pain or complications.

However, his participation in the Malaysian GP remains subject to a medical examination scheduled for tomorrow and official clearance from the race authorities to determine whether he is fit to compete.

ZK Racing hopes all three Malaysian riders can capitalise on the experience gained throughout the season and deliver competitive performances at Sepang. Should Qabil receive medical clearance, his return would provide an additional boost to the team’s efforts to secure a strong result in front of the home crowd.

With the unwavering support of local fans, the three young Malaysian riders are determined to give their best and make the nation proud on the Moto4 Asia Cup stage.

 


 

🇲🇾 “Perasaan saya menjelang perlumbaan Moto4 Asia Cup di GP Malaysia ini bercampur-baur kerana sedikit gementar, namun pada masa sama, saya amat teruja untuk beraksi di laman sendiri.

Saya mahu mengulangi kejayaan sebelum ini, memberikan persembahan terbaik dan, insya-Allah, memburu podium untuk negara.

Berdasarkan pengalaman dan pengajaran daripada GP Indonesia, fokus utama saya adalah untuk mengekalkan tumpuan serta memperkukuh kekuatan mental ketika menunggang jentera. Saya bertekad memperbaiki keputusan berbanding aksi terdahulu di Motegi dan Indonesia.”

🇬🇧 “My feelings heading into the Moto4 Asia Cup at the Malaysian GP are mixed, as I’m a little nervous, but at the same time, I’m really excited to race on home soil.

I want to repeat my previous success, deliver my best performance and, God willing, fight for a podium finish for Malaysia.

Based on the experience and lessons I gained from the Indonesian GP, my main focus is to stay concentrated and strengthen my mental resilience on the bike. I’m determined to improve my results compared to my previous performances at Motegi and in Indonesia.”

 


 

🇲🇾 “Menjelang perlumbaan di Sepang minggu ini, sudah tentu saya sangat teruja kerana dapat beraksi di hadapan penyokong sendiri, lebih-lebih lagi dengan kehadiran penonton yang dijangka ramai. Saya mahu memberikan komitmen 100 peratus.

Selepas perlumbaan di GP Indonesia, banyak ilmu dan teknik berguna yang saya pelajari daripada jurulatih serta kru teknikal Moto4. Saya berharap panduan dan pelarasan teknik itu dapat membantu meningkatkan daya saing jentera saya sepanjang hujung minggu ini.”

🇬🇧 “Heading into this weekend’s race at Sepang, I’m really excited to compete in front of my home fans, especially with a large crowd expected to be there. I’m determined to give 100 per cent throughout the weekend.

After the Indonesian GP, I gained a lot of valuable knowledge and learned useful techniques from the Moto4 coaches and technical crew. I hope their guidance and the technical adjustments we’ve made will help improve my bike’s competitiveness throughout the race weekend.”

 


 

🇲🇾 “Sepanjang tempoh pemulihan daripada kecederaan, saya menjalani latihan intensif di gimnasium bagi membina semula stamina fizikal serta memulihkan kekuatan kaki kiri menjelang perlumbaan di laman sendiri.

Alhamdulillah, keadaan kaki saya kini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Saya juga sudah memulakan sesi ujian menggunakan jentera dan semuanya berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi atau kesakitan. Saya sudah bersedia untuk kembali berlumba.”

🇬🇧 “Throughout my recovery from the injury, I have been undergoing intensive training at the gym to rebuild my physical stamina and regain strength in my left leg ahead of my home race.

Alhamdulillah, my left leg has shown very positive progress. I have also started testing on the bike, and everything has gone smoothly without any complications or pain. I am now ready to return to racing.”

 


 

🇲🇾 “Minggu ini merupakan perlumbaan di laman sendiri buat kita semua, dan perkara paling penting ialah Qabil telah mendapat pelepasan untuk kembali berlumba. Beraksi di hadapan penyokong sendiri dan peminat sukan permotoran pastinya memberikan suntikan semangat tambahan kepada ketiga-tiga pelumba kita.

Saya berharap kita dapat mengulangi kejayaan seperti yang dicapai pada Pusingan Kedua sebelum ini. Apa yang paling penting, saya mahu melihat ketiga-tiga pelumba bersaing secara sihat, memberikan aksi terbaik dan meraih keputusan cemerlang di hadapan penyokong Malaysia.”

🇬🇧 “This weekend is our home race, and the most important thing is that Qabil has been cleared to return to racing. Competing in front of our home crowd and motorsport fans will certainly provide an extra boost of motivation for all three of our riders.

“I hope we can repeat the success we achieved in Round 2. Most importantly, I want to see all three riders compete fairly, deliver their best performances and achieve excellent results in front of the Malaysian fans.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Latest News
TRIO MUDA NEGARA BAWA MISI BESAR DI SEPANG
🇲🇾 Sepang, Malaysia | 28 Oktober 2026 – Barisan tiga…
HAKIM DANISH BERSEMANGAT HADAPI GRAND PRIX MALAYSIA
🇲🇾 SEPANG, Malaysia | 27 Oktober 2026 – Hakim Danish,…
HAKIM DANISH ALIH TUMPUAN KE GP AUSTRALIA, TEKAD TEBUS MATA BERHARGA
🇲🇾 PHILIP ISLAND, Australia | 20 Oktober 2026 – Hakim…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.

Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD

Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia