🇲🇾 PHILIP ISLAND, Australia | 20 Oktober 2026 – Hakim Danish, kini mengalihkan sepenuh tumpuan kepada Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island hujung minggu ini dengan sasaran meraih keputusan positif dan mengumpul mata berharga dalam saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2026.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu bertekad bangkit selepas mengharungi perlumbaan mencabar di GP Indonesia, apabila penalti grid memaksanya memulakan perlumbaan dari petak terakhir. Walaupun berjaya melakukan kebangkitan dan menghampiri kelompok 10 terbaik, insiden pada penghujung perlumbaan menyaksikan beliau menamatkan saingan di tempat ke-14.
Pengalaman di Mandalika itu tidak mematahkan semangat pelumba berusia 19 tahun berkenaan. Sebaliknya, Hakim Danish mahu menjadikan perlumbaan di Australia sebagai peluang untuk memperbaiki prestasi, mengutip mata dan membina momentum positif sebelum menghadapi perlumbaan di laman sendiri, GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dari 30 Oktober hingga 1 November ini.
GP Australia bakal memberikan cabaran berbeza buat Hakim Danish memandangkan Phillip Island merupakan litar baharu baginya. Litar ikonik itu terkenal dengan selekoh berkelajuan tinggi serta keadaan cuaca yang sukar diramal, sekali gus menuntut persediaan rapi dan tahap konsistensi yang tinggi sepanjang hujung minggu perlumbaan.
Perlumbaan kali ini turut membawa kepentingan tersendiri apabila Phillip Island dijadualkan menjadi tuan rumah GP Australia buat kali terakhir sebelum kejuaraan berpindah ke Adelaide bermula 2027.
Dengan baki perlumbaan yang semakin penting, Hakim Danish mahu memanfaatkan setiap sesi latihan untuk memahami karakter litar, menilai tahap prestasi jentera dan menentukan strategi terbaik bagi menghadapi sesi kelayakan serta perlumbaan sebenar.
Beliau turut meneliti semula rakaman perlumbaan terdahulu bersama pengurusnya, Zulfahmi Khairuddin, bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta mengurangkan risiko kesilapan yang boleh menjejaskan peluang meraih mata.
ZK Racing berharap Hakim Danish dapat memanfaatkan pengalaman daripada perlumbaan terdahulu, mengekalkan fokus dan mempamerkan aksi konsisten di Australia sebagai persiapan menghadapi perlumbaan di hadapan penyokong sendiri di Sepang.
🇬🇧 PHILLIP ISLAND, Australia | 20 October 2026 – Hakim Danish is now fully focused on this weekend’s Australian Grand Prix at Phillip Island, determined to secure a positive result and collect valuable points in the 2026 MotoGP World Championship.
The AEON Credit-MT Helmets-MSi rider is eager to bounce back after a challenging Indonesian GP, where a grid penalty forced him to start from the back of the grid. Despite mounting an impressive recovery and coming close to the top 10, an incident towards the end of the race saw him finish in 14th place.
The experience at Mandalika has not dampened the 19-year-old’s determination. Instead, Hakim Danish is looking to use the Australian round as an opportunity to improve his performance, score more points and build positive momentum ahead of his home race, the Malaysian GP at the Sepang International Circuit (SIC), from 30 October to 1 November.
The Australian GP presents a different challenge for Hakim Danish, as Phillip Island is a new circuit for him. The iconic track is renowned for its high-speed corners and unpredictable weather conditions, requiring thorough preparation and a high level of consistency throughout the race weekend.
This year’s event also carries added significance, as Phillip Island is scheduled to host the Australian GP for the final time before the championship moves to Adelaide from 2027.
With every remaining round becoming increasingly important, Hakim Danish aims to make the most of every practice session to familiarise himself with the circuit, assess the performance of his machinery and develop the best possible strategy for qualifying and the race.
He has also been reviewing footage of previous races with his manager, Zulfahmi Khairuddin, to identify areas for improvement and minimise the risk of mistakes that could compromise his chances of scoring valuable points.
ZK Racing hopes Hakim Danish will draw on the lessons learned from previous races, maintain his focus and deliver a consistent performance in Australia as he prepares to compete in front of his home supporters at Sepang.

🇲🇾 “Persiapan saya menjelang GP Australia berjalan dengan baik dan saya sangat teruja untuk berlumba di Phillip Island kerana litar ini masih baharu bagi saya.
Saya juga tidak sabar untuk beraksi di sana kerana melihat kepada litar itu, saya rasa ia sangat menarik. Saya menantikan sesi latihan pertama pada Jumaat ini.
Bagi persiapan menghadapi perlumbaan di Phillip Island, saya menjalani latihan di Malaysia selain meneliti semula kesilapan yang dilakukan dalam dua perlumbaan sebelum ini.
Saya cuba memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti dan mahu memberikan aksi terbaik minggu ini sebelum pulang untuk menghadapi perlumbaan di laman sendiri di GP Malaysia.
Kecederaan akibat kemalangan sebelum ini juga semakin pulih. Walaupun masih ada sedikit rasa sakit, keadaan itu bukan penghalang untuk saya terus berjuang dan memberikan yang terbaik.”
🇬🇧 “My preparations for the Australian GP are going well, and I’m really excited to race at Phillip Island as it is a new circuit for me.
I’m also looking forward to riding there because, from what I’ve seen, the circuit looks really interesting. I can’t wait for the first practice session on Friday.
In preparation for the race at Phillip Island, I’ve been training in Malaysia and reviewing the mistakes I made in the previous two races.
I’m working to improve the areas where I’ve identified weaknesses, and I want to give my best performance this weekend before returning home for my home race at the Malaysian GP.
My injuries from the previous crash are also gradually healing. Although I still feel some pain, it won’t stop me from fighting on and giving my very best.

🇲🇾 “Menjelang GP Australia minggu ini, saya sudah banyak berbincang dengan Hakim Danish mengenai litar Phillip Island. Litar ini agak berbeza berbanding litar lain, terutama dari segi susun aturnya dan kedudukannya yang terletak berhampiran laut.
Litar ini mempunyai ciri berkelajuan tinggi dan keadaan angin yang agak kuat. Cuaca di sana juga selalunya tidak menentu, terutama pada penghujung Oktober.
Minggu lalu, saya turut meluangkan banyak masa bersama Hakim Danish untuk meneliti semula rakaman video perlumbaan serta merancang perkara yang perlu dilakukan ketika sesi latihan pada Jumaat nanti.
Saya berharap segala usaha yang dilakukan minggu lalu dapat memberikan perubahan positif kepada Hakim Danish. Kami mahu melihat dia beraksi cemerlang di litar Phillip Island.
Bagaimanapun, saya tidak dapat bersama Hakim Danish pada minggu ini. Saya berharap dia dapat mengharungi perlumbaan dengan baik tanpa sebarang gangguan atau penalti, selain memastikan keselamatannya ketika berlumba dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi GP Malaysia minggu hadapan.”
🇬🇧 “Ahead of this week’s Australian GP, I’ve had several discussions with Hakim Danish about the Phillip Island circuit. It is quite different from other circuits, particularly in terms of its layout and its location close to the sea.
The circuit features high-speed sections and can be quite windy. The weather is also often unpredictable, especially towards the end of October.
Last week, I also spent a considerable amount of time with Hakim Danish reviewing race footage and planning what he needs to do during Friday’s practice sessions.
I hope the work we put in last week will bring positive improvements for Hakim Danish. We want to see him perform strongly at Phillip Island.
Unfortunately, I won’t be able to accompany Hakim Danish this week. I hope he can get through the race weekend smoothly, without any setbacks or penalties, while prioritising his safety on track and ensuring he is fully prepared for next week’s Malaysian GP.”



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD