๐ฒ๐พ SEPANG, Malaysia | 27 Oktober 2026 – Hakim Danish, kini mengalihkan sepenuh perhatian kepada Grand Prix (GP) Malaysia yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC), dengan tekad untuk menampilkan aksi terbaik di hadapan penyokong tanah air.
Menurut ZK Racing, Hakim Danish kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi perlumbaan di Sepang selepas penampilan sulungnya di GP Australia di Litar Phillip Island tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Pelumba berusia 19 tahun itu berdepan kesukaran mencari rentak optimum dalam keadaan litar yang mencabar, sekali gus menyaksikan beliau memulakan perlumbaan dari petak ke-25. Bagaimanapun, peluang untuk memperbaiki kedudukan pada hari perlumbaan tidak kesampaian apabila semua perlumbaan kategori MotoGP terpaksa dibatalkan susulan keadaan cuaca buruk.
Mengulas mengenai persiapan menghadapi GP Malaysia, Hakim Danish kini bersedia untuk melupakan kekecewaan tersebut dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan di laman sendiri.
GP Malaysia menjadi antara perlumbaan penting buat pelumba kelahiran Terengganu itu, bukan sahaja untuk mengutip mata kejuaraan, malah untuk membuktikan kemampuan bersaing di hadapan puluhan ribu peminat Malaysia yang dijangka membanjiri Litar Sepang.
Pada penampilan terdahulunya di litar sama menerusi tiket wildcard, Hakim Danish menunjukkan potensi yang membanggakan apabila berjaya melayakkan diri secara automatik ke sesi Kelayakan 2 (Q2) sebelum memulakan perlumbaan dari petak ke-12.
Bagaimanapun, peluang untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik tidak kesampaian apabila jentera yang ditungganginya mengalami masalah teknikal ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.
Menghadapi persaingan sengit dalam kategori Moto3, Hakim Danish kini memberi perhatian khusus kepada sesi latihan bebas dan kelayakan bagi memastikan beliau dapat memperoleh kedudukan permulaan yang lebih kompetitif.
ZK Racing percaya GP Malaysia bakal menjadi pentas penting buat Hakim Danish untuk memperlihatkan perkembangan dan kematangannya sepanjang musim pertamanya dalam Kejuaraan Dunia Moto3.
Dengan sokongan padu peminat tempatan serta persiapan yang rapi, Hakim Danish bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan memburu keputusan positif pada perlumbaan di laman sendiri.
๐ฌ๐ง SEPANG, Malaysia | 27 October 2026 โ Hakim Danish is now fully focused on the Malaysian Grand Prix at the PETRONAS Sepang International Circuit (SIC), determined to deliver a strong performance in front of his home supporters.
According to ZK Racing, Hakim Danish is concentrating fully on his preparations for the Sepang round following a challenging outing at his maiden Australian Grand Prix at the renowned Phillip Island circuit.
The 19-year-old struggled to find his optimum pace in the challenging circuit conditions, leaving him to start the race from 25th on the grid. However, his opportunity to make amends on race day never materialised, as all MotoGP category races were cancelled due to adverse weather conditions.
Determined not to dwell on the disappointment, the Terengganu-born rider is ready to reset and shift his attention towards the home race, which represents an important opportunity to deliver a strong result in front of Malaysian fans.
The Malaysian Grand Prix is a significant round for Hakim Danish, not only in terms of securing valuable championship points but also in demonstrating his competitiveness in front of tens of thousands of home supporters expected to fill the Sepang circuit.
Hakim Danish currently sits ninth in the Moto3 World Championship standings with 103 points, while holding third place in the Rookie of the Year standings.
During his previous appearance at Sepang as a wildcard rider, Hakim Danish demonstrated his potential by securing automatic qualification for Qualifying 2 (Q2) before starting the race from 12th on the grid.
However, his hopes of finishing inside the top 10 were dashed when his machine encountered a technical issue with just five laps remaining.
Aware of the intense competition in the Moto3 category, Hakim Danish is determined to make the most of every session, starting with free practice and qualifying, to secure a more competitive grid position for Sunday’s race.
ZK Racing believes the Malaysian Grand Prix will be an important opportunity for Hakim Danish to demonstrate his progress and maturity throughout his rookie season in the Moto3 World Championship.
With the support of his home fans and thorough preparation, Hakim Danish is determined to deliver his best performance and fight for a positive result on home soil.

๐ฒ๐พ โMinggu ini ialah minggu perlumbaan di laman sendiri dan saya sangat gembira serta teruja untuk beraksi di GP Malaysia. Semestinya saya lebih bersemangat untuk berlumba dan tidak sabar untuk beraksi pada hujung minggu ini. Sudah tentu saya mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan, Malaysia, keluarga dan semua orang. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik sepanjang hujung minggu ini.โ
๐ฌ๐ง โThis is my home race week, and I am very happy and excited to compete at the Malaysian Grand Prix. I am certainly feeling even more motivated to race and cannot wait to get out on track this weekend. Of course, I want to give my very best for the team, Malaysia, my family and everyone who has supported me. I hope to perform at my best throughout the weekend.โ

๐ฒ๐พ โBeraksi di laman sendiri sudah tentu memberikan motivasi tambahan buat Hakim Danish. Dia tahu sokongan yang bakal diterima daripada peminat Malaysia amat besar dan kami berharap dia dapat menggunakan sokongan itu sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik sepanjang hujung minggu ini.
Danish sudah membuktikan kemampuannya musim ini, termasuk meraih kemenangan di GP Republik Czech. Kami mahu dia membawa keyakinan itu ke Sepang, bekerja keras dalam setiap sesi dan mengambil peluang yang ada untuk mendapatkan keputusan terbaik.
Paling penting, kami mahu Danish menikmati perlumbaan di hadapan penyokong sendiri, kekal fokus dan memberikan segala-galanya bermula daripada sesi latihan pertama. Kami berharap hujung minggu ini menjadi pengalaman yang membanggakan buatnya dan semua peminat sukan permotoran negara.โ
๐ฌ๐ง โRacing on home soil will undoubtedly provide Hakim Danish with extra motivation. He knows the support from Malaysian fans will be tremendous, and we hope he can use that support as an additional source of motivation to deliver his best performance throughout the weekend.
Danish has already demonstrated his ability this season, including securing victory at the Czech Grand Prix. We want him to carry that confidence into Sepang, work hard in every session and make the most of every opportunity to achieve the best possible result.
Most importantly, we want Danish to enjoy racing in front of his home supporters, remain focused and give everything he has from the very first practice session. We hope this weekend will be a proud and memorable experience for him and all motorsport fans across the country.โ



Design & Developed by SENICODE SOLUTIONS SDN BHD