QABIL IRFAN CEMERLANG DI NAVARRA, KEKAL PENDAHULU CARTA ESBK TALENT

🇲🇾 Circuito de Navarra, Sepanyol | 20 Julai 2025 – Minggu perlumbaan Espana Superbike Championship bagi kategori ESBK Talent menyaksikan prestasi yang boleh dikatakan cemerlang daripada Qabil Irfan. Pada permulaan minggu, Qabil menamatkan sesi Free Practice 3 di tempat ke-3 dengan perbezaan masa +0.510 saat, manakala dalam Free Practice 4 pula Qabil berada di tempat ke-4 dengan perbezaan +0.424 saat berbanding pendahulu.

Dalam sesi kelayakan, Qabil dan pasukan merancang strategi yang baik apabila Qabil memilih untuk tidak menyertai kelompok pelumba lain sepanjang sesi. Pendekatan ini membolehkannya memberi tumpuan sepenuhnya untuk mencari pace dan rentaknya sendiri, yang boleh dimanfaatkan semasa perlumbaan. Hasilnya, Qabil mencatat masa kedua terpantas dengan perbezaan +0.213 saat.

Race 1
Perlumbaan 1 menyaksikan saingan sengit melibatkan sembilan pelumba dalam kelompok hadapan sejak awal perlumbaan. Qabil memulakan perlumbaan dengan cemerlang apabila mendahului pada pusingan awal, sebelum dipintas beberapa pelumba dan berada di kedudukan ke-4 seawal lap kedua.Perlumbaan yang berlangsung pada jam 1.00 tengah hari waktu tempatan di Navarra itu turut menyaksikan cabaran cuaca panas musim panas Sepanyol, yang memberi kesan kepada prestasi tayar. Namun, dengan strategi yang bijak, Qabil mengekalkan kedudukan ke-4 sebelum melakukan gerakan cemerlang di lap terakhir, memintas satu demi satu pelumba dan akhirnya muncul pememang bagi Race 1. Tidak terhenti di situ, Qabil turut mencatatkan masa terpantas bagi kategori ESBK Talent dengan catatan 1:56.004, lebih pantas daripada masa yang direkodkan semasa sesi kelayakan oleh pelumba Sepanyol, Marco Holt, iaitu 1:56.783.

Race 2
Perlumbaan yang agak sukar pada Race 2 apabila lima pelumba di kelompok hadapan bersaing sengit sejak awal perlumbaan. Qabil memulakan perlumbaan dengan agak yakin dan mengetuai di awal pusingan sebelum diserang bertubi-tubi oleh pelumba lain.

Pada pertengahan perlumbaan, Qabil dilihat agresif memintas dan mengetuai perlumbaan untuk seketika. Qabil hampir mencipta jurang dengan pelumba lain, namun kelompok belakang berjaya mengejar dan memintas semula, menyaksikan Qabil kekal di tempat ke-4 hingga ke pusingan akhir. Ketika Qabil cuba melakukan serangan untuk merebut kedudukan podium, beliau dihalang dan ditentang sengit oleh pelumba lain sehingga ke garisan penamat. Qabil menamatkan Race 2 di tempat ke-4 dan berjaya mengumpul mata berharga.

Qabil kini mengetuai carta keseluruhan dengan 173 mata, berkelebihan 49 mata daripada pelumba di tempat ke-2, Izan Rodriquez (Sepanyol). Perlumbaan seterusnya bagi Qabil ialah FIM MiniGP Malaysia yang akan berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor pada hujung minggu ini.


🇬🇧 Circuito de Navarra, Spain | 20 July 2025 – The race week of the ESBK Talent category in the España Superbike Championship saw an impressive performance from Qabil Irfan. At the start of the week, Qabil finished Free Practice 3 in third place with a time gap of +0.510 seconds, while in Free Practice 4 he placed fourth, just +0.424 seconds behind the leader.

In the qualifying session, Qabil and his team executed a well-thought-out strategy, opting not to join the main group of riders during the session. This approach allowed him to fully focus and find his own pace and rhythm, which proved valuable for race day. As a result, Qabil recorded the second-fastest qualifying time, just +0.213 seconds off the top spot.

Race 1
Race 1 featured intense competition, with nine riders battling at the front from the very beginning. Qabil got off to a strong start, leading in the early laps before being overtaken and settling into fourth position by the second lap.

The race, held at 1:00 PM local time in Navarra, took place under the scorching Spanish summer heat, which posed a challenge for tyre performance. However, with smart strategy and calculated moves, Qabil maintained his position before launching a brilliant charge on the final lap, overtaking his rivals one by one to claim victory in Race 1.

Qabil also clocked the fastest lap time in the ESBK Talent category with an impressive 1:56.004, beating the qualifying benchmark set by Spanish rider Marco Holt, who recorded a time of 1:56.783.

Race 2
Race 2 proved to be a more challenging affair, with five front-running riders locked in a fierce battle from the start. Qabil began confidently, leading in the early laps before facing relentless pressure from his competitors.

Midway through the race, Qabil launched aggressive overtakes to briefly regain the lead. He nearly broke away from the pack, but the chasing group managed to close the gap and overtake him again, placing Qabil in fourth going into the final laps. As he attempted a late push for a podium finish, he was strongly challenged and blocked by other riders right up to the chequered flag. Qabil eventually finished fourth, collecting valuable championship points.

Qabil now leads the overall standings with 173 points, holding a 49-point advantage over second-placed Izan Rodriguez of Spain. His next race will be in the FIM MiniGP Malaysia Series, taking place this coming weekend at the Tangkak Racing Circuit in Johor.

 


 

#4 Qabil Irfan

Frando Racing VHC Team Liqui Moly

🇲🇾”Race 1 saya berjaya dapatkan hole shot dan mendahului pada pusingan pertama. Kemudian, beberapa pelumba memintas saya dan saya memilih untuk kekal di belakang kerana strategi saya adalah untuk menyerang pada pusingan terakhir.
Pada lap terakhir, saya lebih fokus kerana berada di kedudukan ke-4. Saya berjaya memintas seorang demi seorang pelumba, dan walaupun cuba dihalang di selekoh terakhir, saya kekal tenang dan fokus sehingga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama.”

“Race 2 bermula dengan agak baik, tetapi agak sukar untuk ke hadapan kerana saingan daripada pelumba lain sangat sengit. Saya cuba menyerang seawal perlumbaan dan berjaya mendahului untuk beberapa pusingan sebelum dipintas semula. Race 2 sememangnya satu perlumbaan yang sangat mencabar dan sengit bagi saya.”

🇬🇧 “Race 1 i managed to get the hole shot and led on the first lap. A few riders overtook me after that, and I chose to stay behind as my strategy was to make my move on the final lap.
On the last lap, I stayed fully focused as I was in fourth position. I overtook the riders one by one, and although I was challenged at the final corner, I remained calm and focused to take the win.

“Race 2 started off quite well, but it was difficult to move to the front as the competition from the other riders was very intense. I tried to attack early and managed to lead for a few laps before being overtaken again. It was definitely a very tough and hard-fought race for me.”

 


 

RESULT | RACE 1 | RACE 2 | OVERALL STANDING

 


 

Zulfahmi Khairuddin

Pengurus Pasukan SIC Racing

🇲🇾”Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan prestasi Qabil. Qabil terus menunjukkan prestasi kompetitif dari sesi latihan hinggalah ke hari perlumbaan, memenangi Race 1 dan menamatkan Race 2 di tempat ke-4, sambil kekal mendahului carta kejuaraan. Ini merupakan permulaan yang sangat baik untuk Qabil dalam membina karier di Eropah, dan kita dapat lihat bagaimana dia menguruskan perlumbaan dengan baik. Walaupun tamat di tempat ke-4, secara keseluruhan saya sangat gembira dengan pencapaiannya.

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ayah Qabil yang sentiasa memberikan sokongan, serta kepada semua penaja yang terlibat.”

🇬🇧 “Overall, I’m very pleased with Qabil’s performance. He remained competitive from the practice sessions right through to race day, winning Race 1 and finishing fourth in Race 2, while still leading the championship. This is a very good start for Qabil as he begins his career in Europe, and we can see that he managed the races well. Even though he finished fourth, I’m very happy with his overall performance.

I’d like to extend my sincere thanks to Qabil’s father, who has always been by his side, and to all the sponsors involved.”

 


 

Unit A22, PETRONAS Sepang
International Circuit,
Sepang Motorsport Park,
64000 Sepang, Selangor
  • Monday-Friday: 9:30am - 17:30pm
Riders
Hakim Danish
Qabil Irfan
Sharf
Adam
Latest News
🇲🇾 Sepang, 15 Oktober 2025 – Susulan pengumuman baru-baru ini…
🇲🇾 Sepang, Malaysia | 05 Oktober 2025 – Minggu perlumbaan…
🇲🇾 Sepang, Malaysia | 24 September 2025 – Dua pelumba…
Locate Us
The information provided on this website is for general informational purposes only. While we strive to ensure the accuracy and reliability of the content, ZK RACING Malaysia makes no warranties or representations regarding the completeness, accuracy, or reliability of any information on this site.All events, schedules, and details are subject to change without prior notice. Participation in racing activities involves inherent risks, and FIM MiniGP Malaysia, its partners, and affiliates shall not be held liable for any injuries, damages, or losses arising from participation or reliance on the information provided. By using this website, you acknowledge and agree to these terms. For official updates, always refer to our latest announcements or contact us directly.
Copyright © 2025. Own by ZK Racing. All Right Reserved.
Design & Developed by IBINA TECHNOLOGY SDN BHD
Select your map preference
  • FIM MiniGP Malaysia